loading...

Wanita Mohon Baca!!Inilah Syarat Sah Solat Tanpa Telekung...Tolong Kongsikan Kepada Isteri Dan Anak-Anak Perempuan Anda






Terkejut sy bila tau sebenarnya ramai wanita islam yg xde keuzuran di shopping kompleks kebanyakkan TAK SOLAT atas alasan takde telekung atau telekung di surau masam !!! Di sini adalah cara solat tanpa telekung yg wajib wanita tahu… Laki nak tau pun x salah sbb nnti akan ada isteri atau anak2 perempuan kan. Kongsikan kalau bermanfaat….. 😮😮

Wanita WAJIB BACA… 6 Syarat Solat TANPA Telekung Yang Ramai TAK TAHU. Kongsikan !!! | Terdapat segelintir wanita mengabaikan solat ketika leka membeli belah di Shopping Kompleks. Alasannya tak bawa telekung atau telekung yang disediakan di surau kat shopping kompleks kotor dan tak menyenangkan. Yang agak beragama pula memberikan jawapan yang terlalu menyimpang dari landasan agama, iaitu nak qada solat kat rumah nanti. Entah kitab mana yang dirujuk dan entah ulama mana yang dijadikan sandaran.

Sebenarnya, Qada solat adalah untuk orang yang meninggalkan solat tanpa sengaja seperti tertidur dan terlupa. Bagi yang meninggalkan solat secara sengaja,termasuk dengan alasan tidak bawa telekung hukumnya berdosa besar. Pelakunya mesti bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan menqada solat yang ditinggalkan itu sesegera mungkin. Jadi dalam situasi sebegini, jika wanita tersebut telah memakai pakaian yang memenuhi kriteria menutup aurat sebagaimana yang telah dijelaskan, maka wanita tersebut boleh langsung bersolat dengan pakaian tersebut.



Soalan :

Saya pernah melihat seorang rakan bersolat di pusat membeli belah tanpa memakai telekung . Menurutnya, tidak wajib memakai telekung, yang wajib hanya menutup aurat. Saya keliru kerana semua muslimah di Malaysia bersolat dengan memakai telekung . Apakah boleh bersolat tanpa telekung?

Jawapan :

Menutup aurat adalah salah satu syarat sah solat. Aurat dalam solat ialah bahagian tubuh yang wajib ditutup ketika bersolat. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan apa yang ditegaskan Allah dalam al-Quran :

"Wahai anak-anak adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhiasan pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (mengerjakan solat)."

Ibn Abbas mentafsirkan perkataan"zinatakum" sebagai pakaian yang wajib dipakai ketika bersolat. Kajian ahli fikah mengariskan aurat wanita ketika bersolat ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan . Ketetapan ini bersumberkan beberapa hadis Rasullulah saw.

Oleh itu, wanita yang menutup auratnya ketika solat, maka sah solatnya. Pakaian apa yang dipakainya untuk memenuhi syarat itu tidak diambil kira. Apabila seorang wanita memakai jubah atau baju kurung atau seluar yang memang menutup aurat dan memakai stoking atau kain labuh hingga menutup kaki , solatnya sah.

Penggunaan telekung hanya terkenal dalam kalangan Muslimah Nusantara dan tidak digunakan  di negara-negara lain. Ia bukan satu kewajipan. Sudah tentu sukar untuk sentiasa membawa telekung, terutama ketika musafir atau bekerja. Oleh itu, memadai bersolat dengan pakaian yang dipakainya dengan syarat pakaian tersebut menutup aurat dan bersih.

Malangnya sekiranya diperhatikan, sebahagian Muslimat memakai telekung yang menutup aurat dengan sempurna dan tertib ketika solat, tetapi memakai pakaian "ala telanjang" ketika di luar solat .

Petikan :


Buku "Anda Bertanya Ustad Menjawab Mengenai Solat"










loading...

0 Response to " Wanita Mohon Baca!!Inilah Syarat Sah Solat Tanpa Telekung...Tolong Kongsikan Kepada Isteri Dan Anak-Anak Perempuan Anda"

Post a Comment

loading...
'));