loading...

Setiap Orang Beriman Pasti Mengimpikan Masuk Syurga,'TETAPI' Inilah Orang TERAKHIR Yang Keluar Dari NERAKA Yang Ramai TAK TAHU !!!






Bagi orang yang beriman, setiap orang yang banyak dosanya akan dimasukkan ke dalam neraka sehingga suatu tempoh yang ditentukan Allah dan akhirnya akan dimasukkan ke dalam syurga. tetapi tahukah kita siapakah orang yang terakhir keluar dari neraka? Jangan terkejut ya. Ikuti penjelasan daripada Ustaz Azhar Idrus ini

Setiap orang yang beriman pasti mengimpikan akan masuk ke dalam syurga dan dijauhkan daripada neraka. Selain mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan tegahan Allah, kita semua berharap dengan rahmat Allah kita dimasukkan ke dalam syurganya kerana kita hanya hamba yang lemah dan dipenuhi dosa.

Bagi orang yang beriman juga, setiap hamba yang banyak dosanya akan dimasukkan kedalam neraka sehingga suatu tempoh yang ditentukan Allah dan akhirnya akan dimasukkan ke dalam syurga. tetapi tahukah kita siapakah orang yang terakhir keluar dari neraka? Ikuti penjelasan daripada Ustaz Azhar Idrus ini:-

Imam Al-Qurtubi meriwayatkan :

عن عبد الله بن مسعود قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم انِّي َلأَ عْلَمُ آخِرَ أَهْلِ النَّارِخُرُوجًا مِنْهَا وَآخِرَ أَهْلِ الْجَنَّةِ دُخُولاً الْجَنَّةَ رَجُلٌ يَخْرُجُ مِنْ النَّارِ حَبْوًا فَيَقُولُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى لَهُ اذْهَبْ فَادْخُلْ الْجَنَّةَ فَيَأْتِيهَا فَيُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهَا مَلْأَى فَيَرْجِعُ فَيَقُولُ يَا رَبِّ وَجَدْتُهَا مَلْأَى فَيَقُولُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى لَهُ اذْهَبْ فَادْخُلْ الْجَنَّةَ قَالَ فَيَأْتِيهَا فَيُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهَا مَلْأَى فَيَرْجِعُ فَيَقُولُ يَا رَبِّوَجَدْتُهَا مَلْأَى فَيَقُولُ اللَّهُ لَهُ اذْهَبْ فَادْخُلْ الْجَنَّةَ فَإِنَّ لَكَ مِثْلَ الدُّنْيَا وَعَشَرَةَ أَمْثَالِهَا أَوْ إِنَّ لَكَعَشَرَةَ أَمْثَالِ الدُّنْيَا قَالَ فَيَقُولُ أَتَسْخَرُبِي أَوْ أَتَضْحَكُ بِي وَأَنْتَ الْمَلِكُ قَالَ لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِصَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضَحِكَ حَتَّى بَدَتْ نَوَاجِذُهُ قَالَ فَكَانَ يُقَالُ ذَاكَ أَدْنَى أَهْلِ الْجَنَّةِ مَنْزِلَةً
التذكرة القرطبي :

Artinya : Dari Abdullah bin Mas’ud berkata : Telah bersabda oleh Rasulullah s.a.w “Sungguhnya aku mengetahui seorang yang paling akhir keluar dari neraka dan paling akhir masuk ke dalam syurga iaitu seorang lelaki yang keluar dari neraka dalam keadaan merangkak.

Maka Allah berkata kepadanya “Pergilah kamu masuk ke dalam syurga. Lalu dia pun pergi ke syurga maka disangkanya syurga telah penuh lalu dia kembali. Katanya ” Wahai Tuhanku, aku dapati syurga telah penuh. Maka Allah berkata kepadanya ” Pergilah kamu masuk ke dalam syurga”. Lalu dia pun pergi ke syurga maka disangkanya syurga telah penuh lalu dia kembali. Katanya ” Wahai Tuhanku, aku dapati syurga telah penuh.

Maka Allah pun berkata kepadanya “Pergilah kamu masuk ke dalam syurga. Maka bagimu di dalam syurga itu sepuluh kali apa yang didalam dunia. Maka berkata lelaki itu ” Adakah Engkau permainkan aku sedangkan engkau Tuhan yang sebenar?
Berkata Abdullah bin Mas’ud “Aku lihat Rasulullah saw ketawa sampai nampak gigi geraham baginda. Bersabda Rasulullah saw : “Dikatakan kepada lelaki itu dialah sekurang2 kedudukkan ahli syurga.” ( Kitab Tazkirah Qurtubi )
Wallahua’lam

Sumber:- Fb Ustaz Azhar Idrus








loading...

0 Response to "Setiap Orang Beriman Pasti Mengimpikan Masuk Syurga,'TETAPI' Inilah Orang TERAKHIR Yang Keluar Dari NERAKA Yang Ramai TAK TAHU !!!"

Post a Comment

loading...
'));