loading...

Limau Kasturi Dan Perubatan Islam...Ini 7 Khasiat Dan Penawar Yang Ramai Tidak Tahu!!






Biarpun bentuk dan saiz limau kasturi ini kecil, namun tahukah anda bahawa limau kasturi ini mempunyai 1001 khasiat dan kebaikan yang umumnya ramai tidak mengetahuinya.

Rata-rata menggunakan limau kasturi untuk memberi rasa masam pada hidangan atau paling tidak dijadikan minuman yang cukup menyelerakan. Oleh itu jom semak khasiat limau kasturi yang diamalkan oleh orang dulu-dulu dalam merawat beberapa masalah kesihatan.

1. Batuk

Ambil limau, kicap dan garam. Minum setiap pagi dan malam secara teratur. Lama-kelamaan batuk akan beransur pulih.

2 . Demam

Petiklah 2-4 genggam daun limau kasturi. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan basahkan kain pada air rebusan lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

3 . Pening kepala

Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

4 . Lelah

Ambil sesudu madu, kemudian campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Amalkan cara ini seminggu sekali.

5. Kegemukan

Perahan limau kasturi yang di campur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

7 Penawar Daripada Limau Kasturi Yang Ramai Tak Tahu
6. Kelemumur

Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau kasturi. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

7 . Kepala Berbau

Sumber dari HambaFakir

Ambil beberapa biji limau kasturi dan hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kulit kepala.

Apa kaitan limau nipis dengan Jin?
Ramai yang tak tahu!
In Syaa Allah..

Khasiat Limau Nipis dalam Perubatan

Islam dan Tradisional
Gabungan bahan-bahan seperti bunga-bungaan yang
terpilih dan beberapa biji limau nipis yang disatukan ke
dalam air mutlak mengikut tatacara petua-petua orang
tua-tua dahulu yang arif yang didoakan dengan doa yang
khusus maka tersedialah suatu bahan yang menjadi salah
satu ikhtiar bagi mengubati penyakit yang disebabkan
oleh gangguan jin dan sihir.

Untuk merawat seseorang yang terkena gangguan jin dan
sihir maka kami melangsungkan rawatan kami dengan 2
kaedah yang dijalankan serentak didalam satu tindakkan.
Kaedah yang pertama ialah PENGOSONGAN dan kaedah
yang kedua ialah PEMULIHAN. Menurut kajian, ada dua
perkara yang perlu diselesaikan ke atas seseorang yang
diganggu jin iaitu yang pertama menyelesaikan jin yang
mengganggu (PENGOSONGAN) dan merawat tubuh yang
diganggu (PEMULIHAN). Maka dengan itulah kami
menggunakan limau nipis dan juga bunga-bungaan yang
disatukan dalam air sebagai salah satu cara ikhtiar.
-------------------------------------------
Mengapa guna limau
-------------------------------------------
Jin adalah makhluk ciptaan Allah yang berkongsi hidup
dengan manusia dibumi ini. Mereka berjisim halus tidak
seperti manusia yang berjisim kasar, oleh kerana itu
golongan mereka ini tidak dapat dilihat bagaimanakah
hal keadaan jisimnya dengan penglihatan mata kasar
manusia. Pun begitu, mereka juga mempunyai akal dan
perasaan, justeru mereka juga tergolong dalam golongan
yang diperintahkan Allah agar mentaati titah perintah
Allah selain manusia.

Oleh kerana mereka juga berjisim maka tubuh mereka
juga akan bertindakbalas dengan jisim-jisim yang lain.
Sebab itulah tubuh mereka akan mudharat apabila
terkena air limau sebagaimana mudharatnya tubuh kasar
kita ini apabila direndam dengan air limau dalam
kuantiti yang banyak. Bukankah sesuatu akan mengalami
hakisan apabila direndam dalam cecair yang mempunyai
kepekatan asid yang tinggi? Begitulah yang akan terjadi
pada tubuh jin yang akan terhakis atau hancur apabila
dikenakan dengan air perahan limau walaupun dalam
kadar kuantiti yang sedikit kerana tubuh mereka
berjisim halus. Maka, air perahan limau adalah alat
ampuh yang dapat memudharatkan tubuh jin sehingga
mereka terpaksa merasai pengalaman sakit yang tidak
terhingga.

Maka khasiat mandi limau berkesan untuk
memudharatkan tubuh jin yang bersarang dalam tubuh
penghidap gangguan jin sehingga tubuhnya kosong dari
diinap jin.
------------------------------------------
Mengapa guna bunga?
------------------------------------------
Ada 3 cara gangguan jin ke atas tubuh manusia iaitu
yang pertama jin pengganggu yang menetap secara kekal
didalam tubuh manusia (mengeram), yang kedua jin
pengganggu yang menetap secara kekal diluar tubuh
manusia (mendampingi) dan yang ketiga jin pengganggu
yang bekerja memasukkan barang-barang mudharat ke
dalam tubuh manusia dan kemudian pulang ke sisi
tuannya (khadam).

Selalunya, air limau hanya berkesan untuk
mengosongkan jin dari menginapi tubuh pesakit dan
aromanya mendindingi pesakit dari didekati jin namun
ianya tidak bersekali merawat tubuh dan organ-organ
dalaman pesakit yang telah dirosakkan oleh jin. Maka
oleh sebab itulah kita menggunakan khasiat bunga-
bungaan yang menurut kajian sains auranya dapat
memulihkan kembali organ-organ dalaman agar bekerja
dengan normal kembali.

Maka khasiat mandi bunga berkesan secara saintifik
untuk menyeimbangkan kembali aura tubuh terlangsung
merangsang kembali organ-organ dalaman yang telah
dirosakkan oleh jin sehingga pulih seperti biasa.
-------------------------------------
Mengapa guna air?
-------------------------------------
Menurut fakta saintifik, air adalah alat perakam terbaik
kerana ketepatannya apabila disukat pada dasarnya. Air
sebenarnya berkebolehan merakam gema getaran samada
dari bunyi termasuk kata-kata dan juga dari niat kita.

Oleh itu air bukan saja dapat membersihkan dan
menyegarkan kembali keadaan badan tetapi ia juga dapat
merakam ayat-ayat suci Al Quran dan juga doa-doa yang
dibacakan padanya sehingga air itu terakam dengan
gema getaran yang hebat yang dapat memudharatkan jin.

Menurut fakta saintifik lagi, air mempunyai gelombang
bulat yang dapat mencari sasaran tekanan rendah secara
rawak tanpa banyak halangan, oleh itu ia dapat
membawa masuk tenaga dan gema getaran yang telah
terakam samada dari khasiat bunga atau bacaan ayat suci

Al Quran meresapi tubuh badan melalui reseptor bulu
roma lalu merangsang hormon-hormon didalam badan.
Namun yang paling utama mengapa air digunakan ialah
ianya adalah panduan dari Tuhan kita sendiri untuk
kemudahan kita dalam menghadapi penyakit yang
berpunca dari gangguan jin dan syaitan. Dalam Al Quran

Allah SWT telah mengajar kepada kita betapa air telah
dijadikan asbab bagi penyembuhan penyakit Nabi Ayyub
a.s. Firman Allah SWT yang bermaksud,
Dan ingatlah akan hamba Kami Ayub ketika ia menyeru
Tuhannya, "Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan
kepayahan dan siksaan". (Allah berfirman):
"Hentakkanlah kakimu! inilah air yang sejuk untuk
mandi dan untuk minum.” Surah Shaad ayat 41 dan 42

Makanya, dengan tergabungnya khasiat limau, bunga-
bungaan dan doa-doa yang disatukan ke dalam air yang
sejuk menurut tatacara petua yang khusus, insyaAllah
mana-mana penyakit akibat dari gangguan jin dan sihir
pun dapat diatasi.
caranya ialah .
* 1- Pesakit akan mandi seperti biasa seperti mandi -
mandi yg biasa dilakukan oleh pesakit pada hari -hari yg
lain .
* 2- Setelah itu pesakit itu akan mengambil wuduk
* 3- Setelah itu barulah limau yg telah di bacakan ayat
suci Al quran itu di potong dan diperahkan ke dalam air
mutlak yg telah di isi ke dalam baldi yg bersaiz
sederhana .
* 4- Pesakit akan duduk mengadap kiblat dan menarik
nafas sedalam-dalamnya dan berniat mudah-mudahan
segala penyakit dari pelbagai punca seperti salah
sendiri .rasukan jin ,saka dan sebagainya akan keluar
seperti aliran air keluar daripada tubuh badan
pesakit .In syaa Allah .
* 5- Ketika berniat seperti di atas maka air akan di
jiruskan secara perlahan-lahan yg pada masa yg sama
nafas pun di lepaskan secara perlahan-lahan sehingga lah
air limau yg dijirus itu habis dan nafas pun telah
dikeluarkan sepenuhnya secara serentak .
* 6- Air limau yg membasahi tubuh badan itu hendaklah
dibiarkan sahaja kering sendiri yg bermaksud tidak perlu
dilap menggunakan kain tuala . maka selesailah proses
mandi limau itu .

# Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk. #








loading...

0 Response to "Limau Kasturi Dan Perubatan Islam...Ini 7 Khasiat Dan Penawar Yang Ramai Tidak Tahu!!"

Post a Comment

loading...
'));