loading...

KISAH KEBERKATAN DISEBALIK SERING MEMBACA BISMILLAH..SUBHANAALLAH..SUNGGUH MENAKJUBKAN..






Perempuan itu sentiasa membaca ‘Basmallah’. Setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan ‘Bismillah..’. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejek, “Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah.”

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah SWT. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : “Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu.”

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, “Simpan duit ini.” Isterinya mengambil wang itu dan menyimpan di tempat yang selamat.

Dalam pada itu, suaminya telah mengintip dan melihat tempat isterinya menyimpan wang tersebut. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil wang tersebut dan mencampakkan beg duit itu ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, “Berikan padaku duit yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan.”

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan wang itu dia membuka dengan membaca,“Bismillahirrahmanirrahiim.” Ketika itu juga Allah SWT menghantar malaikat Jibrail AS untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan wang itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah SWT, dan dia juga membaca ‘Basmallah’ apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

‘Ta’awwuz’ ialah ucapan “A’uzubillahi minas Syaitonir Rajim” yang diucapkan sebelum membaca ‘Bismillah’ apabila kita membuat sesuatu, kerana dengan bacaan ” Ta’awwuz ” akan membersihkan lidah daripada kekotoran yang dibawa oleh syaitan.

Firman Allah SWT :

وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّـهِ ۚ إِنَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٠٠﴾

“Jika engkau diganggu Syaitan dengan sesuatu gangguan, hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.” (Al A’raf : ayat 200)

Hadits yang diriwayatkan oleh Al Imam Abu Dawud, Ibnu Majah, Daraquthni dan Hakim, menyatakan, bahawa Nabi biasa membaca Ta’awwudz yang berbunyi:

“A’UUDZUBILLAHI MINASY SYAITHONIR RAJIIM MIN HAMAZIHI WA NAFKHIHI WANAFTSIHI”


.

Atau mengucapkan:

“A’UUZUBILLAHIS SAMII’IL ALIIM MINASY SYAITHONIR RAJIIM.”

(Hadits diriwayatkan oleh Al Imam Abu Dawud dan Tirmidzi r.a.).

.

Ucapan Ta’awwuz itu ibarat meminta izin dan ibarat mengetuk pintu, seumpama seseorang yang hendak masuk ke istana berkata-kata dengan Raja, maka hendaklah dibersihkan dirinya daripada kekotoran. Hukum membaca Ta’awwuz itu sunat dan ia adalah sunnah Nabi SAW.

.

.
Bertawakal Kepada Allah SWT
Membaca ‘Doa Ta’awwuz’ disunatkan dalam setiap raka’at solat, begitu juga ketika membaca Al-Quran sebagaimana firman Allah Ta’ala:

فَإِذَا قَرَ‌أْتَ الْقُرْ‌آنَ فَاسْتَعِذْ بِاللَّـهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّ‌جِيمِ ﴿٩٨﴾ إِنَّهُ لَيْسَ لَهُ سُلْطَانٌ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَعَلَىٰ رَ‌بِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ ﴿٩٩﴾

“Apabila engkau membaca Al Quran, maka ucapkanlah ” A’uzubillahi minas Syaitonir Rajim.” Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai kekuatan dapat memaksa orang-orang beriman yang bertawakkal kepada Allah.” ( An Nahl : 98 – 99)

Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai kekuatan dapat memaksa orang yang beriman kepada Allah untuk masuk ke dalam perangkapnya. Maka pengertian daripada ayat di atas, fahamlah kita bahawa Ta’awwuz seseorang mukmin itu adalah merupakan satu cara untuk bertawakal kepada Allah SWT.


.
Penyapu Al-Quran
Diterangkan oleh Ibnu Abbas r.a. : “Kebesaran Al Quran itu dengan A’uzubillahi minas syaitonir Rajim dan pembukaan Al Quran itu dengan Bismillahirrahmanirrahim.”

Berkata ulama’ bahawa A’uzu itu adalah seperti penyapu Al Quran… Maka setiap orang yang hendak membaca Al Quran, perlulah menyapu hatinya dari segala keraguan dan was-was.Dan berkata Al Hassan bin Abi Tolib : “Sesiapa yang membaca “A’uzubillahi minas Syaitonir Rajim “ itu, maka tidak ada jalan Syaitan yang boleh menggodanya.”


Khasiat Lain Membaca Ta’awwudz;

Mengutuk Syaitan
2.  Dapat Mengusir Syaitan
3.  Mengatasi Mimpi Buruk
4.  Menhilangkan Perasaan Takut
5.  Menghentikan Pertanyaan Menyesatkan

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Syaitan akan menghampirimu dan bertanya: “Siapakah yang menciptakan ini dan itu?” sehingga akhirnya dia bertanya: “Siapakah yang menciptakan tuhanmu ini?” Apabila sudah sampai di situ, maka berlindunglah kepada Allah SWT (mengucapkan : A’uzubillahi minas Syaitonir Rajim).” (HR.Muslim)

Ketika duduk bersendirian dan mengagumi alam, sering muncul difikiran betapa indah ciptaan Allah SWT, kita pun menyedari segala sesuatu itu memang terjadi kerana Kehendak-Nya, namun pada tika itu syaitan mencari kesempatan untuk menyesatkan,dengan memberi pertanyaan yang menyesatkan,hingga akhirnya,kita boleh terjerumus menjadi musyrik, A’uudzubillaah minzalik.

.

.
Mengalahkan Syaitan
Kebanyakan hati manusia dikalahkan oleh Syaitan yang telah berjaya menyerap masuk ke dalam hatinya dengan pengaruh nafsu. Sehingga hati itu memilih keduniaan dan melupakan akhirat. Hal ini tidak dapat dikalahkan melainkan manusia itu kembali kepada zikir Allah ( mengingati Allah ) dan membanyakkan membaca Ta’awwuz.

.

Berkata Jabir bin Ubaidah Al Adawi : Saya pernah mengeluh kepada Al A’la bin Ziyad : tentang was-was yang terdapat di dalam dada saya. Maka ia berkata : “Bahawa Hati itu umpama sebuah rumah yang dilalui beberapa pencuri. Pencuri-pencuri itu berusaha mencuri apa-apa yang menjadi kegemarannya di dalam rumah tersebut. Tetapi jika di dalam rumah tersebut tidak mempunyai apa-apa, maka pencuri-pencuri itu akan melalui sahaja rumah itu dan akan meninggalkannya. Iaitu hati yang bersih daripada syahwat nafsu tidak akan dimasuki Syaitan.”

.

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya hamba-hambaKu itu tidak ada kekuasaan bagimu ( Syaitan ) ke atas mereka.” (Bani Israil : 65)

Dan Firman Allah SWT lagi: “Bahawasanya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka diganggu oleh Syaitan, lantas mereka ingat kepada Allah, maka jika begitu mereka akan melihat.” (Al A’raf : 201)

Untuk mengalahkan Syaitan hati perlu diisi dengan zikrullah dan iman. Sifat iman ilmu yang belum lagi meresap ke dalam hati boleh naik dan adakalanya turun. Maka ianya perlu dibajai dan disuburkan dengan ibadah dan mujahadah yang ikhlas dan tawadhuk.

Seterusnya akan timbul di dalam hati rasa kebesaran Allah, hati akan lebih mengenal Allah, takut kepada Allah, menghina diri dan malu dengan Allah SWT, takut ancaman Allah dan harap akan nikmat Allah, terasa gerun dan cinta kepada Allah Ta’ala.

Maka secara sendirinya hati akan beramal dengan amalan yang baik dan sentiasa mengingati Allah dengan zikrullah yang akhirnya mendatangkan ketenangan pada batin manusia dan akan memundurkan Syaitan daripada menguasai hati kita.

Rasulallah SAW bersabda : “Tergesa-gesa itu daripada Syaitan dan tenang itu dari Allah.”

.

Bagi menyelamatkan mereka dari dikuasai oleh nafsu dan Syaitan laknatullah alaih di dalam melaksanakan ketaatan dan ibadah kepada Allah SWT, perbanyakkanlah membaca A’uzubillahi minas Syaitonir Rajim sebagai satu zikir dan senjata di dalam usaha kita menghindarkan diri kita daripada gangguan dan godaan Syaitan.

.

Selamat Mengamalkan Bacaan Ta’awwuz. Semoga Kita Selalu Dilindungi Oleh Allah SWT. Amiin!








loading...

0 Response to "KISAH KEBERKATAN DISEBALIK SERING MEMBACA BISMILLAH..SUBHANAALLAH..SUNGGUH MENAKJUBKAN.."

Post a Comment

loading...
'));