loading...

Kisah Benar Seorang Ustaz Membantu RM100 Kepada Seorang Fakir. Apa Yang Berlaku Kepadanya Lepas Tu Betul2 Tak Sangka !






Seorang pemuda yg bekerja sebagai penceramah agama sepenuh masa telah mengalami satu kejadian yang sangat aneh. Dikala dia kesempitan wang, dia telah terjumpa seorang warga emas yg terketar2 kelaparan. Dia tak sampai hati, & terus memberikan kesemua duitnya. Namun, kejadian yg berlaku xlama lepas itu adalah SANGAT MENGEJUTKAN !!!


Kisah Benar Seorang Ustaz Membantu RM100 Kepada Seorang Fakir. Apa Yang Berlaku Kepadanya Lepas Tu Betul2 Tak Sangka !!!| Kemaman, Terengganu. Ini merupakan kisah benar yang dialami oleh seorang Ustaz yang juga seorang penceramah bebas mengajar ilmu-ilmu agama kepada Surau-surau, Masjid-masjid & juga Syarikat-syarikat korporat di sekitar Terengganu. Ustaz ini bersetuju dikenali sebagai Ustaz Rosman (Bukan nama sebenar).

Ustaz Rosman menyara keluarga hanya dengan mendapat upah-upah sebagai penceramah bebas & tenaga pengajar ilmu agama. Pendapatan Ustaz Rosman adalah tidak menentu. Kadang lebih, kadang kurang. Dia perlu menyara isteri berserta 5 orang anak-anaknya yang kesemuanya masih belajar & bersekolah. Namun Ustaz Rosman percaya bahawa rezeki ini adalah dari Allah. Dia percaya dengan menyebarkan Agama Allah ini maka Allah juga akan memelihara rezekinya untuk menyara keluarga. Dia tidak pernah sekali-kali menetapkan berapa bayaran untuk setiap kali dia dijemput untuk mengajar walau dimana sahaja pun. Apa sahaja yang dibayar maka itulah yang menjadi rezekinya.

Pada suatu hari di Bulan Ramadhan. Duit bakinya yang tinggal padanya untuk membeli lauk untuk isteri memasak juadah berbuka hanya berbaki RM 120. Dia sudah berjanji mahu belikan ayam,sayur beserta perkakas lain untuk isterinya memasak. Namun pada hari itu, dia telah diuji berjumpa dengan seorang hamba Allah di tepi jalan yang mana sedang terketar-ketar kelaparan. Pakcik itu dianggarkan umurnya dalam lingkungan 60-an. Sudah tua orangnya. Apabila ditanyakan, rupa-rupanya pakcik itu metupakan seorang gelandangan yang tinggal sendirian sedang menahan sakit gastrik ditepi jalan. Ustaz Rosman tanpa berlengah telah membawanya menaiki motorsikalnya & pakcik itu ke hospital Kemaman.

Setibanya di Hospital, pakcik itu terus dimasukkan ke wad akibat sakit gastrik yang kronik. Apabila ditanya rupa-rupanya dia sudah beberapa hari tidak makan & berbuka puasa dengan hanya meminum air paip. Pakcik itu sangat berterima kasih kepada Ustaz Rosman kerana sudi menghantarnya ke Hospital. Ustaz Rosman sangat bersimpati kepada pakcik ini namun duit dalam koceknya hanya tinggal RM120. Setelah berfikir panjang dia merasakan Pakcik ini lebih memerlukan wang berbanding dirinya yang masih mempunyai beras & telur dirumah untuk makan. Ustaz telah mengambil keputusan untuk menghulurkan RM 100 kepada pakcik itu & mendoakan supaya cepat sembuh seperti sediakala sebelum beredar. Jadi pada hari itu keluarga Ustaz Rosman hanya berbuka dengan nasi putih & telur dadar. Syukur dengan rezeki.

Seminggu selepas kejadian itu, Ustaz Rosman telah dikejutkan dengan sumbangan RM 60K daripada 2 orang individu yang dirahsiakan identitinya. Sumbangan itu diterima melalui cek & ada orang yang tidak dikenali menghantar ke rumahnya dengan pesanan supaya wang itu digunakannya untuk berjihad & mengajar di jalan Allah. Nak menolak tidak tahu siapa tuannya kerana yang menghantar cek itu bukanlah individu yang menyumbang sebaliknya hanyalah orang yang diamanahkan untuk menghantar cek itu kepadanya. Mengalir air mata Ustaz Rosman. terus terlintas dikepalanya mengenai kejadian dia menderma Rm100 kepada seorang pakcik fakir miskin tetapi hari ini Allah membalas dengan wang yang jauh lebih besar iaitu sebanyak RM60,000. Benarlah ajaran islam yang menggalakkan kita bersedekah. Lebih banyak kita bersedekah, lebih banyak yang kita dapat. Ini baru ganjaran dunia, belum lagi ganjaran diakhirat kelak. Kisah ini saya karang berdasarkan ceramah Ustaz Rosman di syarikat saya tempoh hari.

Kesimpulannya banyakkanlah bersedekah jariah dengan ikhlas. Dalam setiap wang pendapatan kita itu sebenarnya terdapat jugak ‘hak’ orang lain. Semoga kisah ini boleh menjadi pengajaran. Wallahualam.

Sumber: Karya MMSS








loading...

0 Response to "Kisah Benar Seorang Ustaz Membantu RM100 Kepada Seorang Fakir. Apa Yang Berlaku Kepadanya Lepas Tu Betul2 Tak Sangka !"

Post a Comment

loading...
'));