loading...

KENAPA PERLU TUTUP CERMIN DI RUMAH BILA BERLAKU KEMATIAN DAN APAKAH HUKUMNYA?






Seolah telah menjadi satu kebiasaan masyarakat kita, bila ada jenazah di rumah maka kesemua cermin-cermin muka akan ditutup dengan kain. Pernah tak amalan pelik ini menjadi tanda tanya buat anda? Sebenarnya ramai yang tidak tahu jawapan sebenarnya tetapi tetap mengamalkannya.

Apa kaitan cermin muka dengan jenazah? Amalan pelik ini dikatakan telah wujud sejak zaman nenek moyang dan masih menjadi ikutan sehingga kini.

Mungkin ramai yang ingin tahu apa hukumnya dalam Islam bila ada yang menutup cermin muka ketika ada jenazah di dalam rumah. Di bawah ini adalah satu perkongsian berkaitan persoalan Kenapa Perlu Tutup Cermin Di Rumah Bila Berlaku Kematian dan juga hukumnya..

Assalamualaikum ustaz,

Ada tuan rumah yang cover cermin-cermin muka di rumah dengan kain semasa ada jenazah. Saya ingin bertanya mengapa. Harap ustaz jelaskan hukum melakukannya. Terima kasih.

Ini jawapannya:

Kami tidak menjumpai saranan dari Rasulullah saw supaya menutup cermin-cermin muka ketika terdapatnya jenazah dalam rumah tersebut. Apa yang kami temui ialah ianya merupakan amalan orang tua-tua dahulu yang beranggapan bahawa, cermin hanya digunakan oleh si mati ketika hidupnya sahaja. Apabila telah mati, cermin tersebut tidak berguna lagi kerana mengikut Kepercayaan Kuno Masyarakat Hindu, roh atau hantu tidak boleh melihat dirinya dalam cermin.

Maka untuk menjaga hati dan perasaan serta bagi menghormati roh tersebut, setiap cermin muka dirumah si mati tersebut perlulah ditutup. Perbuatan tersebut mengikut syarak adalah dilarang kerana ianya adalah perbuatan yang tidak dilakukan oleh Rasulullah saw serta dianggap sebagai satu perbuatan khurafat yang menyalahi syarak.

Sumber : supermario16.com

KISAH SAYU SUAMI ISTERI DALAM HUJAN BUAT RAMAI SAYU


Sebuah posting di laman Facebook hari ini oleh seorang lelaki bernama Dan Shan di mana beliau telah menceritakan pengalaman yang disaksikannya terjadi di depan matanya iaitu perbualan antara sepasang suami isteri yang pasti membuatkan ramai rasa cemburu…


Bak kata pepatah, ‘Hidup ini umpama roda, sekejap kita diatas dan sekejap kita di bawah’, di dunia yang fana ini tidak semua orang kaya dan tidak semua orang miskin.

Sudah pasti ada antara inginkan menjadi seorang yang kaya dan hidup mewah, dan ada diantara kita tidak kisah kaya atau miskin asalkan bahagia.

Setiap ikatan yang dibina untuk membentuk sebuah keluarga sudah pasti ramai inginkan kebahagian, perlu diketahui, kebahagiaan bukan boleh dibeli dengan wang ringgit tapi dari keihklasan dan kejujuran yang dibina atas ikatan yang sah.

Sebuah posting di laman Facebook hari ini oleh seorang lelaki bernama Dan Shan di mana beliau telah menceritakan pengalaman yang disaksikannya terjadi di depan matanya iaitu perbualan antara sepasang suami isteri yang pasti membuatkan ramai rasa cemburu.

Berikut adalah tulisan beliau yang telah dialih ke bahasa Malaysia.

Cara Suami Hiburkan Isterinya Dalam Hujan Buat Ramai Sebak

Pertama sekali, Syukur Alhamdulillah kepada semua yang Allah telah berkati bersama saya. Amin.

Saya terlihat pasangan ini sedang memakai baju hujan kerana hujan lebat ketika itu. Ini adalah perbualan antara mereka ..

Suami: Kita tunggu kejap la sayang, Hujan lebat Sangat ni

Isteri: kalau tunggu takut lambat nak ambik Aishah (saya menganggap ia adalah anak perempuan mereka)

Suami: call la kak Nah cakap Kita Lambat sikit, Sutuh dia bagi makan dulu Ke apa.

Isteri membuat panggilan kemudian melihat suami dan berkata ..

Isteri: dah call, Kak Nah kata ok.

Beberapa minit kemudian selepas merenung ke dalam hujan, isteri berpaling kepada suaminya dan berkata .. “kalau kita ada rezeki lebih tahun ni, kita beli la kete second hand ye bang”

Suami: InSyaAlllah sayang, nanti abang usahakan. Senang la jugak kita, tapi nanti bil air kita la pulak naik pasal dah tak mandi hujan.. (kedua-dua mereka ketawa bersama-sama)

Walaupun dengan kesusahan yang dihadapi mereka, mereka masih mampu ketawa dan senyum bersama-sama. Di depan mata saya kini ada sebuah keluarga yang begitu bahagia. Semoga Allah memberkati anda dan keluarga anda dengan rezeki yang melimpah dan gembira sentiasa.








loading...

0 Response to "KENAPA PERLU TUTUP CERMIN DI RUMAH BILA BERLAKU KEMATIAN DAN APAKAH HUKUMNYA?"

Post a Comment

loading...
'));