loading...

Inilah Kata Nabi SAW Tentang Punca Amalan Isteri Tak Diterima Allah Yang Ramai Wanita TAK TAHU






Subhanallah. Nabi SAW kata ada 3 golongan yang Allah tak terima amalannya. Antaranya adalah terdiri dari para isteri. Ramai yang “buat” tapi tak sedar sebab tak tahu. Sila baca, tag dan kongsikan pada yang lain. Semoga bermanfaat. Masih belum terlambat untuk berubah… πŸ˜€πŸ˜€

Inilah Kata Nabi SAW Tentang Punca Amalan Isteri Tak Diterima Allah Yang Ramai Wanita TAK TAHU… | Khalifah Mail Online – Selepas sahaja selesai lafaz akad nikah, segala tanggungjawab termasuk tanggungan dosa dan pahala ke atas wanita itu dipindahkan tugasnya kepada sang suami. Jadi, sebagai seorang isteri perlu lah taat kerana syurga yang dikejarnya akan diperolehi dengan redha seorang suami. Astaghfirullahalazim.



SABDA RASULLULAH

Dari Jabir bin ‘Abdillah dia berkata bahawa “Rasulullah saw bersabda “Ada tiga orang yang solatnya tidak akan diterima, dan amalan kebaikan mereka tidak akan naik kepada Allah, (iaitu) orang yang mabuk sehingga dia sedar, seorang wanita yang sedang dibenci oleh suaminya (akibat kesalahan yang dilakukan oleh wanita itu), dan seorang hamba sahaya yang lari sehingga dia kembali dan meletakkan tangannya di tangan tuannya.”



Dari Ibnu ‘Umar dia berkata bahawa “Rasulullah saw bersabda “Ada dua orang yang solat mereka tidak pernah melepasi kepala mereka (tidak diterima Allah), (iaitu) seorang hamba sahaya yang lari dari tuannya sehingga ia kembali kepada mereka, dan seorang wanita yang memurkakan suaminya (dengan melakukan kesalahan terhadap suami) sehingga ia kembali (dan memohon ampun/suami memaafkan).”



Kedua-dua hadis ini diriwayatkan oleh At-Thabrani dalam al-Ausath, kedua-dua hadis ini hadis hasan, atas syawahid-syawahid yang saling menguat.



Allah dah pesan pada kita di dalam al-Quran, solat ni dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Tapi kenapa bila kita (isteri-isteri sekalian) ada salah faham dengan suami, walau kita dah solat pun, ego kita tetap makin menebal?



SOLAT DAH CUKUP TAPI HATI TAK TENTERAM

Kenapa walau dah solat pun, syaitan makin ligat hasut kita agar kita makin burukkan masalah kita dengan suami? Kenapa walau dah solat pun, hati masih tak tenteram dengan suami, masih menyampah dengan suami, makin benci suami, makin membuak-buak rasa nak cerai?



Sebab, solat yang sepatutnya mencegah diri dari mungkar tu, tak diterima Allah. Solat complete, selesai, tapi tak sempurna, tak sampai matlamat.



Banyak kes cerai atau masalah rumah tangga yang berlaku, 50% adalah berpunca dari kesalahan suami, dan 50% berpunca dari kesalahan isteri. Yang kes berpunca dari suami tu pulak, ibarat api disimbah minyak, makin meruncing bila dapat isteri yang jenis tak sabar.



Zikir “Ceraikan aku! Ceraikan aku! Ceraikan aku” dah jadi amalan isteri-isteri yang sedang dalam keadaan marah dan ego menggunung.



Manusia haram sujud kepada sesama manusia. Tapi jika dibenarkan untuk manusia sujud kepada manusia, Rasulullah saw sendiri ingin isteri sujud kepada suaminya (riwayat Bukhari). Ini menunjukkan betapa amat sangat tingginya darjat suami berbanding isteri.







SIFAT AMARAH ITU DARI SYAITAN

So, setiap kali ada salah faham dengan pasangan, tak kira la suami ke isteri, kita kena sedar 3 perkara:

1. Yang buat kita marah, makin marah, ego makin tinggi, makin benci pasangan kita, adalah syaitan. Jadi, jangan ikut sangat nafsu amarah dan ego tu.

2. Bila ada salah faham, jangan bergaduh memekak terpekik terlolong. Duduk sama-sama, berbincang dua-dua bertentang mata. Cool je. Rilek-rilek je. Jangan bagi panas line.

3. Sesiapa yang salah, minta maaf lah pada pasangan masing-masing, dan berjanji serta berusaha untuk tidak mengulangi kesalahan tu, atau ubah situasi tu jadi lebih baik akan datang.



Besar masalah tau, kalau solat tak diterima Allah ni. Kita penat-penat solat tapi jadi sia-sia. Mintak maaf dan dapatkan redha suami cepat-cepat.



Sumber : Syapik Hassan









loading...

0 Response to "Inilah Kata Nabi SAW Tentang Punca Amalan Isteri Tak Diterima Allah Yang Ramai Wanita TAK TAHU"

Post a Comment

loading...
'));