loading...

Inilah 6 Kebaikan Dan Khasiat Mandi Sebelum Menunaikan Solat Subuh Yang Masih Ramai Tidak Tahu...Mohon Amalkan Dan Sebarkan!






Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda.
jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. Antara kelebihan dan kebaikan mandi sebelum subuh adalah seperti berikut:

Fakta 6 Kelebihan Dan Kebaikan Mandi Sebelum Subuh

1. Kulit lebih lembut dan halus -Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang “water heater” untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah -Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.…
3. Meningkatkan kesuburan -Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi -Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang – Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih. Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit


Tips Menjadi Ibu Penyabar Dalam Mendidik Anak-Anak Kecil. Mohon BACA & SEBARKAN..

Andai kita mendapat apa yang diinginkan mesti kita akan suka dan gembira, bahkan menjaganya dengan baik. Begitulah juga anak, walaupun pelbagai ragam sebagai ibu hendaklah menerima hakikat bahawa ragam anak-anak kecil sememangnya begitu, lasak.
Menghadapi karenah dan gelagat anak-anak yang sedang membesar merupakan situasi yang memerlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi. Anak-anak yang gemar bergaduh, berebutkan barangan mainan, menyelerakkan peralatan rumah memberikan ujian yang tinggi untuk ibu bapa mengendalikannya.

Terdapat beberapa tips bagi para ibu untuk berhadapan dengan anak-anak kecil yang pelbagai karenah ini:

#1 – Banyakkan Berdoa
Doa merupakan jalan terpenting dalam menangani apa jua keadaan. Tambahan lagi doa dari seorang ibu mudah dimakbulakn oleh Allah s.w.t.

Berdoalah agar anak-anak kita dilembutkan dan senang dikendalikan, selain itu seorang ibu juga harus berdoa agar diberi kesabaran dan ketenangan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak.
#2 – Sentiasa Bersabar
Kesabaran sangat penting bagi seseorang ibu untuk mengatasi karenah anak-anak yang sedang membesar. Melalui kesabaran inilah ibu masih mampu mengendalikan anak-anak melaui pujukan, nasihat.

Bahkan sabar juga sangat penting apabila seseorang ibu itu berada dalam keadaan beremosi yang memungkinkan dia memarahi anak-anaknya mahupun memukul mereka.

Rasulullah s.a.w telah memberi contoh yang baik melalui kelembutan, dakwah akan lebih mudah diterima. Jadi sabar itu sangat penting untuk menjadikan ibu bapa itu lembut dan terkawal emosinya.

#3 – Banyakkan Mengingati Tuhan
Banyakkanlah mengingati Allah, dengan mengingati Allah menjadikan kita seorang yang lebih tenang dan membentuk kesabaran dalam diri. Ini sangat membantu dalam memenangi anak-anak. Sentiasa menyebut 99 nama Allah juga menambahkan keberkatan dalam didikan.

Alunan ayat-ayat al-Quran memang sebaik-baiknya dibaca setiap hari oleh ibu bapa dalam proses membesarkan anak-anak. Seperti dengan membaca surah Yasin dapat melembutkan hati anak-anak. Selain itu, banyakkan istighfar dan mengingati Allah untuk menjauhkan gangguan syaitan.
#4 – Memberi Pujian
Ibu bapa seharusnya memberikan pujian kepada setiap kejayaan atau tindakan baik yang dilakukan oleh anak-anak. Ini sedikit sebanyak memberi semangat dan galakan kepada mereka untuk meneruskan perbuatan baik itu.

“Wah… rajinnya anak mama, tolong kemaskan barang mainan. Macam nilah Allah sayang.”

Setiap anak sangat sukakan belaian dan kasih sayang, dengan memberi pujian akan membuatkan anak-anak tahu bahawa ibunya sangat mengasihinya.

Anggaplah usia anak yang masih kecil berkelakuan nakal dan aktif ini hanya sementara. Layanilah karenah mereka tanpa rotan, dan amarah. Pujian kadang-kadang lebih berkesan daripada menghukum.
#5 – Ibu Yang Sihat
Setiap ibu mestilah dalam keadaan sihat, bertenaga dan terkawal emosinya. Oleh itu, seseorang ibu itu mestilah cukup tidur, cukup minum air, tidak manahan lapar serta terbawa-bawa akan permaslahan lain ketika mengasuh anak-anak.

Ini akan membuatkan sesorang ibu itu mudah tertekan dan melepaskan tekanan itu kepada anak-anaknya. Kadang-kadang inilah yang menjadi punca kepada kes penderaan.

#6 – Fahami Keadaan Anak-anak
Memahami keadaan anak juga sangat penting. Anak-anak mestilah dalam keadaan sihat, tidak lapar, tidak sakit bagi mengelakkan anak-anak tidak selesa dan menganggu ibu mereka. Contohnya jika anak membuang air besar, sudah pasti mereka merengek lantaran tidak selesa.

Kadang anak-anak sering melakukan pelbagai karenah hanya kerana mereka ingin perhatian dan kasih sayang. Lalu, berilah tumpuan dan masa untuk mereka, seperti menemani mereka membuat kerja sekolah, membawa anak-anak beriadah bersama-sama dan sebagainya.

#7 – Bersyukur Dan Sentiasa Gembira
Selalunya jika kita mendapat apa yang diinginkan dan gembira mendapatnya mesti kita akan suka dan gembira, bahkan menjaganya dengan baik.
Begitulah juga anak, walaupun banyak ragam dan karenah sebagai ibu haruslah menerima hakikat bahawa ragam anak-anak kecil sememangnya begitu, lasak dan ada ragam yang tersendiri. Bayangkan hidup tanpa anak-anak, pasti akan rasa kosong dan sunyi.

Sememangnya bukan mudah untuk membesarkan dan mendidik anak-anak, terutamanya sewaktu kanak-kanak yang benar-benar menguji emosi dan fizikal ibu dan bapanya.

Terutamanya para ibu haruslah menanam kesabaran yang tinggi dari mula-mula berkahwin agar lebih bersedia untuk menjadi ibu yang penyabar.

Sesungguhnya besar pahala ibu bapa yang mendidik anak-anak ini, apatah lagi jika anak yang dididik itu berjaya di dunia dan akhirat.…
sumber : sehinggit

Sharing is caring!








loading...

0 Response to "Inilah 6 Kebaikan Dan Khasiat Mandi Sebelum Menunaikan Solat Subuh Yang Masih Ramai Tidak Tahu...Mohon Amalkan Dan Sebarkan!"

Post a Comment

loading...
'));