loading...

Cemburu Dan Dengki Pasti Akan Ada!!Suami Isteri Mimpi Pelik Setelah 2 Hari Nikah,Ustaz BONGKAR Perlakuan KEJI....






Dendam kesumat yang tidak di neutralkan oleh iman boleh buatkan seseorang hilang pertimbangan. Sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan apa yang dihajati. Begitulah yang berlaku kepada pasangan suami isteri ini. Kisah yang dikongsikan seorang pengamal perubatan Islam di laman Facebooknya. Mereka disihir bekas tunangan si isteri. semoga jadi pengajaran..

Dendam dan hasad dengki yang tidak di neutralkan oleh iman boleh buatkan seseorang hilang pertimbangan. Sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan apa yang dihajati. Begitulah yang berlaku kepada pasangan suami isteri ini. Kisah yang dikongsikan seorang pengamal perubatan Islam di laman Facebooknya. Mereka disihir bekas tunangan si isteri. Sampaikan sanggup nak musnahkan rumahtangga orang lain.

“Inilah “barang sihir” (gambar) yang dijumpai tertanam dihadapan rumah pesakit pasangan suami isteri yg baru dua hari bernikah. Selepas di buang benda khurafat ini, pasangan suami ini mengalami kejadian pelik dan mimpi yang sangat mengganggu tidur.

Akibat tidak tahan dengan gangguan tidur dan lain2, pasangan ini berusaha utk merawati dan merungkai permasalahannya setelah lebih setengah tahun terganggu. Hasil dari ruqyah kepada si isteri, tindakbalas gangguan jelas muncul. Tangisan yang kuat seakan kepanasan dan kasihnya “gangguan” itu pada pesakit, dan meronta kegelisahan. Saya tanya, “siapa kau?, Apa kau nak dari jasad ini?, Siapa yang arahkan kau ganggu dia?” Akibat kepanasan, jin itu menyerah dgn menjawab, “aku sayang dia, dia milik aku, aku nak pisahkan dia dgn suaminya, aku tidak mahu dia ada anak”.

Perbincangan dengan jin ini berterusan hingga mengetahui dari mana ia datang. Bekas tunang wanita ini berdendam akibat terputus pertunangan dahulu dan kini mahu pasangan ini berpisah. Setelah selesai dirawati, Pesakit sedar dalam kebingungan. Suaminya juga seakan tergamam dengan pengalaman pertama situasi begini dihadapi. Dendam bekas tunang si isteri rupanya hingga terpalit dalam kejahilan sihir. Limau yang dicucuk jarum dan paku itu adalah “simbolik” jasad yg disihir untuk diserang pada bahagian tertentu.

Kepada si penyihir, bertaubatlah, ingatlah Allah. Mungkin hari ini anda puas menyihir orang lain, siapa tahu mungkin suatu hari ahli keluarga anda pula ditimpa musibah kejahilan ini. Semoga Allah beri kesembuhan dan perlindungan pada pasangan ini dan dibukakan hati penyihir agar bertaubat di jalan Allah. Allahuakbar.”

Sumber:- ZaihanJohari Perubatan Islam








loading...

0 Response to "Cemburu Dan Dengki Pasti Akan Ada!!Suami Isteri Mimpi Pelik Setelah 2 Hari Nikah,Ustaz BONGKAR Perlakuan KEJI...."

Post a Comment

loading...
'));