loading...

BIDADARI TERCANTIK DI JANNAH MENANTI LELAKI YANG MENINGGAL DENGAN AMALAN INI!RUGILAH KITA!






Ainul Mardhiah adalah seorang bidadari yang paling cantik di syurga yang Allah SWT ciptakan untuk sesiapa yang mati syahid berjuang di jalan-Nya. Secara bahasa Ainul Mardhiah bererti mata yang diredhai. Atau setiap pandangan yang melihatnya pasti akan menemukan keredhaan di hati.

Kisah Ainul Mardhiah diceritakan dalam hadits Baginda Nabi SAW riwayat Tirmidzi (lebih kurang ceritanya):

Pasa suatu pagi di bulan Ramadhan, Nabi SAW sedang memberikan targhib (semangat untuk berjihad) kepada pasukan tentera Islam. Baginda SAW bersabda (mafhumnya): “Sesungguhnya orang yang mati syahid kerana berjihad di jalan Allah, maka Allah akan menganugerahkannya Ainul Mardhiah, bidadari paling cantik di syurga”. Salah seorang sahabat yang masih muda yang mendengar cerita tersebut menjadi penasaran. Namun, karena malu kepada Baginda Nabi SAW dan sahabat-sahabat lain, sahabat ini membatalkan hasratnya untuk mengambil tahu secara lebih mendalam tentang Ainul Mardhiah ini.

Waktu Zuhur akan masuk sebentar lagi. Sesuai dengan sunnah Baginda Rasul, para sahabat dijemput untuk tidur sejenak sebelum solat dan kemudiannya pergi berperang. Bersama kafilah perangnya sahabat yang seorang ini pun tidur terlelap dan sampai bermimpi.

Di dalam mimpinya beliau berada di tempat yang sangat indah yang belum pernah beliau kunjungi sebelumnya lalu bertemu dengan seorang wanita yang sangat cantik, juga belum pernah beliau lihat sebelumnya.

Beliau pun bertanya kepada wanita tersebut, “Di manakah ini?”.
“Inilah syurga.”, jawab wanita itu.
Kemudian sahabat tersebut pun bertanya lagi, “Apakah anda Ainul Mardhiah?”.
“Bukan, saya bukan Ainul Mardhiah. Kalau anda ingin bertemu dengan Ainul Mardhiah, dia sedang berada di bawah pohon yang rendang itu.”

Sahabat tersebut mendapati ada seorang wanita yang berkali-kali ganda kecantikannya daripada wanita pertama yang dilihatnya tadi.
“Apakah anda Ainul Mardhiah?”
“Bukanm saya ini hanyalah penjaganya. Kalau anda ingin bertemunya di sanalah singgasananya.”

Lalu sahabat ini pun berjalan menuju ke singgasana tersebut sehingga sampailah ke suatu mahligai. Didapatinya ada seorang wanita yang berkali-kali ganda kecantikannya daripada wanita sebelumnya sedang mengelap-ngelap perhiasan. Sahabat ini pun memberanikan diri untuk bertanya.

“Apakah anda Ainul Mardhiah?”
“Bukan, saya bukan Ainul Mardhiah. Saya penjaganya di mahligai ini. Jika anda ingin menemuinya, temuilah ia di mahligai itu.”

Pemuda itu pun beranjak dan sampailah ke mahligai yang ditunjukkan. Didapatinya seorang wanita yang berkali-kali ganda kecantikannya dari wanita sebelumnya dan sangat pemalu. Pemuda itu pun bertanya.

“Apakah anda Ainul Mardhiah?”
“Ya, benar saya Ainul Mardhiah,” ujarnya pelan dengan malu-malu.

Pemuda itu pun mendekat, tetapi Ainul Mardhiah menghindar dan berkata, “Maaf, Anda bukan seseorang yang mati syahid.”

Seketika itu juga pemuda itu terbangun dari mimpinya. Dia pun menceritakan kisah mimpinya itu kepada seorang sahabat kepercayaannya dan memohonkan agar dirahsiakan kisah mimpinya itu sehinggalah beliau mati syahid.

Seruan jihad pun berkumandang. Sahabat ini pun dengan semangatnya berjihad agar dapat bertemu dengan Ainul Mardhiah. Beliau akhirnya menemui syahid.

Ketika berbuka puasa, sahabat kepercayaan ini pun menceritakan mimpi sahabat yang syahid tadi kepada Baginda Nabi. Nabi SAW membenarkan mimpi sahabat muda ini dan seraya bersabda (mafhunmya), “Sekarang dia bahagia bersama Ainul Mardhiah”.








loading...

0 Response to "BIDADARI TERCANTIK DI JANNAH MENANTI LELAKI YANG MENINGGAL DENGAN AMALAN INI!RUGILAH KITA!"

Post a Comment

loading...
'));