loading...

Zizan kehilangan selipar selepas solat di masjid,Lelaki Prihatin Bagi Selipar, Tapi Zizan Lupa Tanya Nama…






HANYA kerana dikerumuni oleh ramai orang untuk mengambil gambar bersamanya, pelawak Zizan Razak telah terlepas peluang untuk bertanyakan nama individu yang telah memberikan pertolongan kepadanya.

Jumaat lalu, Zizan telah dibantu oleh salah seorang jemaah di sebuah masjid yang disinggahnya untuk menunaikan solat Jumaat.

Keprihatinan jemaah berkenaan telah membuka mata Zizan bahawa di dalam dunia ini masih ada lagi individu berhati mulia yang akan membantu orang lain yang sedang berada dalam kesusahan.

“Saya akui, atas alasan tertentu, memang tidak ramai lagi di kalangan masyarakat kita yang ingin membantu insan di luar sana. Tetapi sikap seorang lelaki yang membantu saya, Jumaat lalu, sungguh membuatkan saya terharu. Ketika itu juga saya kembali terfikir, masih ada sebenarnya insan berhati mulia,” katanya.

Lelaki berkenaan terus menghampirinya ketika dia sedang ralit mencari seliparnya yang hilang.

Disebabkan itu pelawak, pelakon dan pengacara terkenal itu meneruskan ‘misinya’ untuk mencari seliparnya dan tidak mungkin dia akan menyarungkan selipar orang lain hanya kerana dia tidak menjumpai selipar miliknya?

“Dia sanggup memberikan selipar dipakainya kepada saya dan dia sendiri berkaki ayam menuju ke kereta. Katanya, dia ada menyimpan kasut dalam kereta. Saya risau juga, bagaimana keadaannya yang terpaksa berjalan di atas jalan bertar yang panas? Tetapi dia tetap meminta saya memakai selipar yang diberikan,” tambahnya lagi.



Bagaimanapun, penyanyi kelahiran Kuala Terengganu itu berasa sedikit ralit kerana tidak sempat untuk bertanyakan nama lelaki terbabit disebabkan dia telah dikerumuni oleh beberapa orang jemaah masjid berkenaan untuk bergambar.

Namun, sampai sahaja dia di rumahnya, mulalah banyak persoalan yang timbul antaranya ialah nama lelaki berkenaan.

Oleh disebabkan itu, dia hanya mampu untuk mendoakan kesejahteraan hidup individu berkenaan sahaja.

“Saya hanya mampu berdoa semoga dia dan keluarganya dibalas dengan segala kebaikan. Saya memang terharu dan kagum dengan pekertinya,” tambah pelakon filem Abang long Fadil itu.

Dalam masa yang sama, Zizan turut berharap agar sikap sedemikian akan tetap diteruskan dalam kehidupan ramai masyarakat tidak kira pangkat mahupun kedudukan.

“Saya berharap, sikap mulia sebegini harus dikekalkan dan pertolongan pula perlu diberikan kepada semua orang, bukan golongan tertentu saja. Tidak kiralah orang itu selebriti atau sebaliknya, kita hulurkan pertolongan apabila mereka memerlukan,”katanya lagi.

Selain itu, Zizan turut berkongsi detik berkenaan di laman Instagram miliknya dengan menceritakan secara ringkas tentang kejadian yang berlaku kepadanya pada minggu lalu.

Ramai netizen turut memuji sikap lelaki berkenaan dan berharap agar ada ramai lagi masyarakat yang bersikap mulia seperti itu.








loading...

0 Response to "Zizan kehilangan selipar selepas solat di masjid,Lelaki Prihatin Bagi Selipar, Tapi Zizan Lupa Tanya Nama…"

Post a Comment

loading...
'));