loading...

GUNA SANTAN UNTUK CEGAH BOTAK, PRAKTIK PETUA INI SUPAYA RAMBUT ANDA KEMBALI LEBAT MENGURAI






Like Page Kami Di Facebook!

GUNA SANTAN UNTUK CEGAH BOTAK, PRAKTIK PETUA INI SUPAYA RAMBUT ANDA KEMBALI LEBAT MENGURAI
Masalah wanita bila berambut nipis, walaupun berhijab, tetap merunsingkan fikiran. Takkan muda-muda lagi dah botak?

Percaya tak sebenarnya penjagaan rambut adalah sangat berbeza dengan wajah kerana ia melibatkan hormon. Rawatan bersyampu sahaja langsung TIDAK MEMADAI untuk mencegah masalah rambut putus, bercabang, gugur dan berkelemumur.

Nah, kalau masalah-masalah ini mula membingungkan anda, cuba amalkan petua santan segar ini. Menurut kajian, santan sebenarnya kaya dengan vitamin B1, B3, B5, B6, vitamin C dan E, juga zat besi, selenium, kalsium, magnesium dan fosforus yang baik untuk menguatkan rambut.

NUTRISI UNTUK RAMBUT

Santan memberi kesan dingin pada kulit kepala. Segala nutrisi santan disalurkan dari hujung rambut sehingga ke akar. Kandungan lemak dan vitamin dalam santan dapat merangsang pertumbuhan rambut agar lekas panjang serta lebat. Kedua-dua kandungan ini diperlukan oleh kulit kepala untuk memperkuatkan akar rambut supaya tidak mudah putus.

MENCEGAH BOTAK

Apabila digabungkan dengan bahan organik lain, santan berkuasa untuk menggalakkan pertumbuhan rambut. Hanya urutkan santan pada rambut dan kulit kepala untuk meningkatkan peredaran darah seterusnya membuka folikel yang boleh tersumbat. Santan juga adalah penyelesaian terbaik untuk mereka yang mengalami keguguran rambut kerana kelemumur.

ATASI RAMBUT KUSUT

Ketika bangun daripada tidur atau selepas bersyampu, biasanya rambut berada dalam keadaan kusut dan sukar untuk bersikat. Hakikatnya rambut akan putus atau gugur ketika disikat dalam keadaan kusut. Sapu sedikit santan ketika menyikat rambut terutama pada bahagian yang kusut. Sikat dengan lembut sehingga rambut terurai rapi.

ELAK KEKERINGAN RAMBUT

Santan mengandungi protein penting yang diperlukan oleh rambut. Kombinasi santan bersama minyak kelapa dan madu sangat mujarab untuk rambut kering. Ramuan ini memberi kelembapan yang diperlukan oleh rambut yang kering dan menjadi rawatan utama bagi mengekalkan rambut yang hitam lebat.

MELEMBAPKAN RAMBUT

Santan mengandungi beberapa lemak baik seperti Omega-3 dan Omega-6. Lemak ini sangat bermanfaat sebagai pelembap rambut dan kulit kepala. Caranya, titiskan santan kelapa dan urut kulit kepala secara lembut.

SINGKIR KELEMUMUR

Kelemumur biasanya berlaku kerana pengelupasan kulit kepala akibat bakteria atau ketidakseimbangan pH. pH santan hampir sama dengan pH kulit kepala, jadi ia boleh mengembalikan keseimbangan pH di kulit kepala yang terganggu akibat pencemaran bahan kimia dalam produk perawatan rambut. Apabila santan diadun dengan jus nanas dan air kelapa, ia berkesan untuk menyingkirkan kelemumur pada kulit kepala.

PERAPI SEMULA JADI

Santan kelapa adalah perapi semula jadi untuk rambut kering dan bercabang. Ia kaya dengan karbohidrat, mineral dan vitamin yang boleh membantu memperkuatkan rambut sehingga tidak mudah putus. Komponen ini membekalkan nutrisi yang mencukupi dan tidak mudah putus. Kandungan antioksidan, antivirus dan antibakteria pada santan membebaskan rambut daripada fungus, virus atau bakteria yang menjadi punca gangguan rambut seperti rambut bercabang, kering, gugur dan kutu.

Oleh: HAMIZATUL MAIZAN MOHAMED








loading...

0 Response to "GUNA SANTAN UNTUK CEGAH BOTAK, PRAKTIK PETUA INI SUPAYA RAMBUT ANDA KEMBALI LEBAT MENGURAI"

Post a Comment