loading...

Aku Terlalu Kejam Dengan Madu Sehinggalah Dia Menghembuskan Nafas Terakhir...






Like Page Kami Di Facebook!

Tiada wanita yang sanggup untuk hidup bermadu walaupun dalam Islam poligami itu dibenarkan jika menepati segala syarat serta berkemampuan.

Di sini saya ingin meluahkan kekesalan yang saya tanggung dan dengan cara ini dapat mengurangkan beban perasaan bersalah yang saya tanggung selama ini saya pendamkan sendirian.

Kisah saya bermula ketika saya mengenali seorang lelaki yang saya gelarkan abang Jali dan ketika saya mengenali beliau telah pun bergelar suami orang tetapi disebabkan perasaan kasih yang aku rasakan terhadapnya aku nekad melakukan sesuatu.

Aku telah bertindak menggoda Abang Jali sehinggalah akhirnya kami berkahwin, memang aku sedar tindakan aku ketika itu amat kejam kerana sanggup merampas hak milik kaum aku sendiri namun aku tidak mampu menidakkan perasaan aku terhadapnya.

Kebetulan ketika kami berkahwin isterinya itu baru sahaja menimang cahaya mata mereka yang pertama, tetapi aku sebagai perampas tergamak merampas kebahagiaan mereka menerima orang baru dalam hidupnya.

Semenjak aku berkahwin dengan Abang Jali, aku sering mengganggu kehidupan madu aku itu sehinggakan aku selalu pergi serang rumah dia kalau Abang Jali tidak ada di rumah tapi madu aku itu langsung tidak melawan.

Kadang-kadang itu aku bertindak kejam dengan madu aku itu sehinggakan melebih-lebih minta Abang Jali itu tinggal di rumah aku sahaja walaupun ketika itu giliran aku dah tamat sehinggakan aku sanggup berpura-pura sakit.

Kalau di fikirkan masa itu aku betul-betul kejam dengan madu aku itu dan langsung tidak hiraukan keadaan madu aku yang ketika itu sedang berpantang serta memerlukan perhatian yang rapi.

Aku amat bertuah serta bersyukur amat sangat kerana madu aku itu seorang yang betul-betul teramat baik dan tidak pernah sekali pun dia terfikir nak serang aku walaupun dengan kelakuan aku ini dia mempunyai banyak alasan untuk menyerang aku.

Satu hari itu aku pernah serang rumah madu aku itu serta menamparnya hanya kerana gara-gara Abang Jali tidak pulang ke rumah aku walaupun ketika itu sepatutnya giliran maduku itu sehinggakan Abang Jali terpaksa masuk campur tetapi akhirnya dia terpaksa mengalah dan pulang ke rumah aku.

Terlalu banyak dosa aku terhadap madu aku itu dan satu hari itu aku jatuh sakit tetapi suamiku ketika itu tiada di sini kerana ada urusan di Johor, nak di jadikan cerita madu aku datang berkunjung ke rumah hanya semata-mata untuk menghantarkan lauk kepadaku dalam mangkuk bertingkat.

Ketika itu aku pun tak tahu syaitan apa yang merasuk aku sehinggakan mangkuk bertingkat terbabit aku campakkan tepat ke badan madu aku, pada masa itu aku rasa amat benci dengannya seperti dia yang merampas suami aku sedangkan aku yang merampas suaminya dari dia.

Aku turut cuba untuk menolak anak perempuannya itu jatuh ke lantai tetapi madu aku itu malah tidak melawan tetapi hanya bertindak melindungi anak dia dan terus cepat-cepat beredar dari rumah aku manakala makanan yang dia bawakan untuk aku habis berterabur bersepah-sepah atas lantai.

Masa itu aku rasa amat puas hati sebab dapat memperlakukan dia sedemikian rupa tetapi selepas beberapa bulan sejak kejadian terbabit aku dengar bahawa madu aku itu sakit tetapi sekali pun aku tidak datang menjenguknya di rumah.

Malah ketika suami aku itu sibuk menjaga madu aku itu yang sedang sakit aku hanya mementingkan diri sendiri dan sering menggesa dia pulang ke rumah aku sehinggalah madu aku itu menghembuskan nafas terakhirnya.

Berita permergiannya itu seperti menyentak hati aku yang selama ini terlalu kejam dengannya, ketika dia meninggal barulah aku tahu bahawa dia menghidap barah dan selama ini dia telah berusaha berjuang melawan penyakitnya itu.

Mungkin Allah nak menyedarkan aku yang terlalu banyak dosa dengannya dengan perbuatan aku terhadapnya dan aku amat berharap semoga dia sudah memaafkan aku sebelum dia meninggal dunia kerana sesungguhnya dosa dengan manusia ini hanya manusia sahaja yang boleh ampunkan.

Aku benar-benar rasa teramat bersalah terhadapnya dan kematiannya itu meninggalkan kesan mendalam dalam hidup aku serta banyak menyedarkan aku supaya memperbaiki segala kekurangan diri ini, semoga beliau tenang di sana serta ditempatkan dalam golongan yang beriman.


Kredit:http://www.wartawanjalanan.com








loading...

0 Response to "Aku Terlalu Kejam Dengan Madu Sehinggalah Dia Menghembuskan Nafas Terakhir..."

Post a Comment

loading...
'));