loading...

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi.” ...Meminta Hantaran Tinggi Adalah Budaya Jahiliyyah






Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh kepada adat resam, terutamanya dalam tuntutan perkahwinan. Sesuatu perkahwinan akan dianggap seperti tidak lengkap jika adat resam diketepikan.

Semua orang mahu kahwin tetapi ramai lelaki bujang terpaksa menangguh niat itu kerana beberapa sebab. Salah satu sebabnya berkait rapat dengan kos yang perlu ditanggung. Mengapa masyarakat Melayu amat mementingkan adat resam yang membebankan tanpa sedar telah mengikut budaya jahiliyyah.

Sebenarnya prinsip ajaran islam itu mudah dan sederhana. Wang hantaran bukanlah sesuatu yang wajib diberikan kepada pengantin perempuan tetapi ianya dibenarkan di dalam islam sebagai bantuan kewangan untuk majlis perkahwinan dengan syarat selagi tidak melampau.

Mas kahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka “. (Surah An-Nisaa’ – Ayat 4) , Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud : “Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi.” (Riwayat Bukhari ) .

Dari hadith di atas nyatalah bahawa mas kahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanafaat .

Bahagian Mahar:

Mahar Misil. Iaitu Mahar yang dinilai mengikut mas kahwin saudara-saudara perempuan yang telah berkahwin lebih dahulu dan hendaklah yang dinilai sama dengan mas kahwin keluarganya yang paling dekat sekali seperti kakak, ibu saudaranya dan seterusnya disamping menilaikan keadaan perempuan itu sendiri dari segi kecantikan, kekayaan, pelajaran dan sebagainya.
Mahar Musamma. Iaitu mas kahwin yang telah ditetapkan dan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dengan tidak memandang kepada nilai mas kahwin saudara-saudara perempuan itu.
Wang hantaran yang tinggi inilah yang menjadi masalah kepada kaum lelaki sekarang untuk berkahwin. Apabila sudah ramai muslim yang berfikir dan bertindak sedemikian, mereka seperti “membudayakan” kebiasaan meminta mas kahwin yang berlebih-lebihan sebagaimana yang berlaku dalam zaman jahiliyyah.

Akibatnya ramai kaum pemuda yang tidak mampu mendirikan rumah tangga, penyakit sosial bertambah luas dan akhirnya banyak sekali lelaki & wanita yang hidup merana disebabkan oleh” krisis perkahwinan”.

Islam tidak pernah menyusahkan umatnya untuk berkahwin. Tetapi, memang susah untuk kita laksanakan syariat Islam, ditambah pula persekitaran kita yang memaksa perkara sebegini berlaku








loading...

0 Response to "Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi.” ...Meminta Hantaran Tinggi Adalah Budaya Jahiliyyah"

Post a Comment

loading...
'));