loading...

Pelbagai Kegunaan Air Yasin Malam Jumaat Yang Ramai Orang Tidak Mengetahui Khasiatnya… Inilah 3 Kegunaan Air Yasin yang Memberi Faedah Besar Kepada Kita, Kongsikan Agar Ramai Tahu!






Diperhatikan tidak ramai yang mahu membawa bekas air semasa tahlil Yaasiin di rumah atau di masjid, walhal air yang telah dibacakan Surah Yaasiin oleh 21 orang atau lebih jemaah, amat bernilai dari segi perawatan.

.

Di sini disenaraikan 3 kaedah penggunaan air Yaasiin, semoga bermanfaat:

(A) Rawatan untuk keluarkan angin dari badan:

Rawatan ini sesuai untuk sesiapa yang selalu perut kembung, kencing tidak teratur dan juga mereka yang terasa terkena sampuk atau sihir.

.

1.  Ambil 1/2 gelas air biasa, masukkan dalam periuk dan panaskan selama 5 minit.

2.  Kemudian tumbuk halia basah sebesar ibu jari, dan masukkan dalam periuk.

3.  Tapiskan air halia dalam gelas.

4.  Penuhkan gelas dengan air Yaasiin.

5.  Tambahlah sedikit ais dan gula (untuk sedapkan rasa).

6.  Bila air dah sejuk minum, InsyaAllah, sendawa kita, dan terkeluar angin dari badan.

.
.

(B) Rawatan untuk badan bagi cramp, lenguh-lenguh, sesak nafas:

Rawatan ini sesuai untuk mereka yang sudah berapa kali berurut tetapi cramp dan lenguh-lenguh masih tidak mahu hilang.

1.  Ambil halia basah satu genggam.

2.  Tumbuk sampai lumaat (atau guna blender tetapi jangan tambah air). Basuhkan dulu bekas cili di blender atau lesung dengan air limau nipis – untuk elakkan pijar cili pada kulit kita.

3.  Curahkan 1-2 sudu air Yaasiin.

4.  Bancuhkan dalam bekas plastik (yang ada tudung).

5.  Sapu bancuhan halia pada bahagian badan yang hendak dirawat:-

.

Kejang kaki (cramp) – sapu seluruh kaki dari paha ke jari kaki, juga dari pusat ke ari-ari (elakkan kemaluan untuk elakkan pijar)
Lenguh-lenguh otot – sapu di seluruh tulang belakang, perut, dan bahagian lenguh tersebut kalau kencing tidak teratur – sapu dari ari-ari
Sesak nafas – sapu di dada dan perut
Penyeri muka – sapu di seluruh muka, termasuk kelopak mata (hati-hati jangan sampai masuk mata)

.

6.  Halia yang lebih simpan dalam peti ais.

.

InsyALLAH mana-mana tempat yang ada angin akan rasa panas (seperti terbakar) selama 20 minit lebih. Ulang lagi selama 3-4 hari sehingga rasa panas dari halia tidak terasa lagi.

.

.

(C) Memagar rumah:

.

Cara memagari guna sembur air Yaasiin untuk rumah baru, sekiranya kita tidak tahu amalan pagar rumah, atau tidak mampu/sempat panggil orang memagari rumah. Selain itu cara memagar ini amat sesuai sekiranya kita menginap di kediaman sementara seperti di hotel.

.

1.  Ambil penyembur baju.

2.  Masukkan air paip biasa sampai 3/4 penuh.

3.  Masukkan air Yaasiin.

4.  Sembur semua penjuru-penjuru bilik rumah kecuali bilik air — Tidak perlu basah, sembur sikit sahaja.

5.  Untuk tempat-tempat yang selalu kita duduki seperti bilik TV, bilik makan dan bilik tidur, sembur ke siling-siling.

6.  Sembur bahagian luar pintu rumah dan pintu dapur.

7.  Sembur pagar-pagar di sekeliling rumah.

.

InsyaAllah, dapat mengurangkan mimpi-mimpi benda masuk rumah/tempat kediaman kita.

.
.

Credit to Author: Perawat Darussalam

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

KONGSIKAN ARTIKEL INI
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah ramai yang akan mendapat manafaat.








loading...

0 Response to "Pelbagai Kegunaan Air Yasin Malam Jumaat Yang Ramai Orang Tidak Mengetahui Khasiatnya… Inilah 3 Kegunaan Air Yasin yang Memberi Faedah Besar Kepada Kita, Kongsikan Agar Ramai Tahu!"

Post a Comment

loading...
'));