loading...

MENGEJUTKAN !! TengOk Wanita Tua MerAngkak Keluar Tandas. Rupa-Rupanya LelAki Di Luar Tadi Ialah….






Like Page Kami Di Facebook!


Jasa dan penat lelah ibu mengandung, melahirkan serta membesarkan sungguh tidak terhitung besarnya. Oleh itu di usia mereka yang semakin singkat ini, anak-anak hendaklah mencurahkan kasih sayang sepenuhnya dan berbakti sehingga ke akhir hayat mereka.

Seperti kisah yang nak kami kongsi ini, wanita ini melihat betapa besarnya kasih sayang seorang anak kepada ibunya. Dalam keadaan ibu yang merangkak keluar dari tandas, si anak menunggu di depan pintu dengan riak wajah risau akan keadaan ibu.

LIHAT SEORANG LELAKI SEDANG MENINJAU KEADAAN DALAM TANDAS WANITA

Dukungan Ke Syurga.

Ketika saya melangkah masuk ke tandas wanita salah sebuah lapangan terbang, terlihat seorang lelaki botak, berbaju kolar bulat, berseluar paras bawah lutut sedang berdiri tepat di pintu masuk tandas wanita tersebut.

Beliau kelihatan sedang meninjau keadaan dalam tandas wanita. Matanya liar seolah mencari sesuatu. Terlihat saya, dia senyum sedikit. Kemudian wajahnya serius kembali.

Walaupun berasa pelik, saya tetap segera meneruskan langkah masuk ke tandas. Ada urusan perlu selesai secepat mungkin.

Sepatutnya saya rasa risau dan berhati-hati apabila melihat lelaki tadi. Bukan sedikit kejadian di tandas awam yang tidak sedap didengar sudah berlaku dan dilaporkan di media.

Tetapi entahlah… Saya tidak rasa pelik, tidak rasa risau, tidak rasa terancam.

Selesai urusan, saya melangkah terus ke sinki untuk membersihkan tangan. Saya terdengar suara berdehem di tandas belakang saya ketika itu.

‘MAK, SUDAHKAH MAK?’

Oh! Ada pengguna tandas yang lain, fikir saya. Tidak perasan pula ketika masuk tadi.

Sedang saya asyik membersihkan tangan, pintu tandas di belakang saya itu tiba-tiba dibuka. Tidak pula saya dengar selak pintu dibuka sebelum itu. Agak saya, pintu itu ditutup begitu sahaja tanpa diselak.

Kedengaran seseorang sedang keluar dari tandas tersebut, tetapi saya tidak nampak susuk tubuhnya.

Tidak lama kemudian, melalui cermin di hadapan sinki di mana saya berdiri, saya melihat seorang wanita berusia merangkak keluar dari tandas itu. Ya, merangkak.

Saya terkejut. Bukan kerana takut. Terkejut kerana apa yang saya sedang lihat adalah jauh daripada apa yang saya jangkakan akan lihat.

Wanita tua itu merangkak perlahan dan sempat memberikan senyuman kepada saya dalam perjalanannya perlahan-lahan keluar.

“Mak, sudahkah mak?” Saya terdengar suara lelaki dari pintu masuk utama tandas. Ya, lelaki di pintu masuk itu tadi.

“Sudah.” Balas wanita tuan itu perlahan, masih merangkak perlahan ke arah anaknya.

Saya mengundur beberapa langkah dari sinki, lalu terpandang lelaki tersebut menyambut ibunya. Membersihkan tapak tangan ibunya lalu membetulkan posisi ibunya.

Dalam tempoh sekejap itu, saya dapat lihat betapa lembutnya lelaki itu melayan ibunya. Lelaki itu sempat membetulkan tudung ibunya dan memegang pipi yang sudah berkedut itu.

‘MINTA MAAF MAK, TIDAK DAPAT IKUT TADI’

“Minta maaf, mak. Tidak dapat ikut tadi.” Sebak saya mendengar ucapan maaf lelaki itu. Ibunya senyum sahaja.

Oh… Indahnya pemandangan itu bagi saya.

Lelaki itu perlahan-lahan meletakkan tangan ibu ke bahunya. Memperbetulkan rangkulan ibunya agar kemas. Kemudian perlahan-lahan juga dia berdiri, mendukung ibunya di belakang tubuhnya yang sederhana itu.

“Ok mak? Boleh saya gerak sekarang?” Lelaki itu bertanya lembut.

“Geraklah…” Balas ibunya perlahan.

Mereka beredar. Saya masih di sinki. Menangis. #HatiTisu. Terharu. Pilu. Kagum. Sebak. Banyak perasaan bercampur-baur.

Cukup bertuah lelaki itu diberikan kesempatan berbakti dan menyantuni ibunya. Semoga Allah berikan kesempatan begitu juga buat kita dan anak-anak kita.

Namun jika ibunda sudah tiada, doa kita amat berharga. Jangan putus berdoa. Semoga kasih sayang kita bertemu semula di syurga.








loading...

0 Response to "MENGEJUTKAN !! TengOk Wanita Tua MerAngkak Keluar Tandas. Rupa-Rupanya LelAki Di Luar Tadi Ialah…."

Post a Comment

loading...
'));