loading...

Mengejutkan!! Inilah Tips Kesihatan Yang Diberitahu Malaikat Kepada Rasulullah,Tapi Kini Telah Dilupakan...Ramai Tak nak Ikut






Apakah itu bekam? Bekam ialah mengeluarkan darah dari kulit dengan cara menghisap, kemudian melakukan sayatan nipis pada kulit, kemudian disedut lagi agar darah boleh keluar dan menimbulkan kesembuhan dengan izin Allah swt.

Proses pengubatan bekam melibatkan tiga peringkat :-

1- Penyedutan
2- Penyayatan
3- Pengeluaran darah

Sejarah Bekam.
Penggunaan bekam pertam kali oleh manusi ialah pada zaman Nabi Luth as , kaum Nabi Luth as apabila ada orang asing lalu dikawasan mereka . Mereka akan melempari kepala oran itu dengan batu sehingga mengalirkan darah, lantas mereka mendatangi orang tersebut dan meminta bayaran daripadanya sebagai upah atas darah kotor yang telah mereka keluarkan.

Kisah ini mensyariatkan sudah lama penggunaan bekam sebagai cara perubatan sejak zaman itu hingga zaman Rasullulah saw dan pada masa kini.

Bekam Merupakan Perubatan Yang Dipakai Oleh Rasullulah Saw

Sabda Rasullulah Saw :
“Penyembuhan itu terdapat pada tiga hal, minum madu,torehan alat bekam dan kay (bakar dengan api), Sesungguhnya aku melarang umatku dari ‘kay’ “. – Hadis Bukhari

Janji Rasullulah Saw Bahawasanya Bekam Di Satu Titik Sekitar Kepala Sahaja Dapat Menyembuhkan 72 Jenis Penyakit.

Sabda Rasullulah Saw :
“Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan dengan bekam di Qomahduah (satu titik dibahagian belakang kepala) kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat bagi 72 jenis penyakit .- Hadis Thobrani.

Penduduk Langit Menganjurkan Supaya Penduduk Bumi Berbekam.

Sabda Rasullulah Saw :
“Aku tidak berjalan di hadapan sekumpulan malaikat pada malam ketika aku di isra’ kan kecuali mereka (para malaikat) berkata : wahai muhammad! Perintahlah umatmu berbekam” – HR Tarmizi & Baihaqi

Daripada kedua-dua hadis tersebut dapat difahami bahawa bekam ini merupakan saru kaedah pengubatan yang sangat ampuh bagi umat manusia sejagat.

Manfaat & Kelebihan Bekam

– Dapat mengamalkan sunnah Rasullulah saw dalam perubatan.
– Meningkatkan daya tubuh badan
– Mencuci darah
– Dapat mengatasi kemalasan dan kelesuan
– Sangat berkesan mengatasi racun
– Bermanfaat mengatasi luka-luka berdarah
– Dapat mengatasi sakit kepala dan sakit gigi
– Mengatasi gangguan tekanan darah
– Merawat berbagai jenis penyakit yang tidak boleh diubati dengan kaedah rawatan moden

Bekam Adalah Sunnah Nabi S.A.W dan Merupakan Mukjizat Perubatan.

Sabda Rasullulah saw diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan Hakim :
“Berubatlah wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan sesuatu penyakit kecuali dia menciptakan ubat baginya .. diketahui bagi yang mengetahui dan tidak diketahui bagi yang tidak mengetahui.”

Dari Jabir ra beliau berkata Rasullulah saw bersabda :
“Setiap penyakit ada ubatnya , apabila ubat tepat mengenai penyakit maka akan wujudlah kesembuhan dengan izin Allah SWT.” – Hadis Muslim

Dapat difahami daripada hadis tersebut bahawasanya berubat adalah merupakan sunnah Rasullulah saw.

Petikan :
Majalah “At-Takwa”
Cetusan Ilmiah Mukmin

Berikut adalah kumpulan hadis yang menganjurkan kita untuk berbekam

Dari Said bin Jubair, dari Ibnu Abbas RA, Rosulullah bersabda: ” Kesembuhan-kesembuhan itu pada tiga hal: Minum madu, pembekaman, dan kay dan sesungguhnya saya melarang umatku untuk melakukan kay“. HR. Bukhari
Dari Kastir bin Salim, ia berkata bahwa Anas bin Malik berkata Rasulullah bersabda: ” Saya tidak melewati di hadapan para Malaikat kecuali mereka berkata: Wahai Muhammad SAW perintahkan umatmu dengan berbekam!”. HR. Ibnu Majah dan didalam riwayat yang lain ” Wahai Muhammad, hendaklah kamu berbekam!“.
Dari Anas RA bahwa Rasulullah bersabda: ” Sesungguhnya jika ada sesuatu yang boleh menyembuhkan maka itu adalah bekam dan qustul bahri” HR. Muslim
Diriwayatkan oleh Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim bahwa Rasulullah bersabda:” Hendaklah kalian berbekam pada tengah qomahduwah kerana dapat menyembuhkan 72 penyakit”
Dalam Sahih Bukhari Muslim dari Anas bahwa Rasulullah dibekam tiga kali; sekali pada kahil dan dua kali pada akhdaiin.
Dalam sebuah hadis marfu Rasulullah bersabda: ” Hendaklah kalian melakukan bekam pada qomahduwah sebab itu akan menyembuhkan lima macam penyakit“.

Wallahualam








loading...

0 Response to "Mengejutkan!! Inilah Tips Kesihatan Yang Diberitahu Malaikat Kepada Rasulullah,Tapi Kini Telah Dilupakan...Ramai Tak nak Ikut"

Post a Comment

loading...
'));