loading...

Ujian imbasan menunjukkan bayi akan ‘menutup mulut dan hidung’ sebaik sahaja terhidu asap rokok....Sayangi lah bayi Anda






Para pengkaji telah mengeluarkan satu imej yang bertujuan untuk menyedarkan ibu-ibu supaya berhenti merokok sewaktu bayi berada di dalam kandungan.

Hasil kajian perbandingan yang dilakukan terhadap wanita merokok dan wanita yang tidak merokok pada usia kehamilan mencecah minggu ke-24, minggu ke-28, minggu ke-32 dan minggu ke-36 menunjukkan keputusan yang sangat mengejutkan!

Melalui ujian imbasan ultrabunyi 4D, didapati bayi kepada ibu perokok akan menunjukkan reaksi muka berkerut selain menutup hidungnya sebaik sahaja si ibu merokok.

Seperti yang kita sedia maklum, asap rokok membawa pelbagai kemudaratan kepada kandungan seperti risiko melahirkan bayi pramatang, masalah pernafasan selain boleh mengakibatkan kematian.
.

Dr. Nadja Reissland telah mengkaji pergerakan imej imbasan 4D dan merekodkan jutaan pergerakan kecil di dalam rahim. Beliau turut mengawasi 20 orang ibu mengandung di Hospital Universiti James Cook di Middlebrough di mana empat daripadanya merupakan perokok yang menghisap lebih kurang 14 batang rokok dalam tempoh 24 jam.

Hasil kajian tersebut mendapati bayi ibu yang merokok menunjukkan kadar pergerakan mulut dan sentuhan yang lebih tinggi berbanding bayi yang dikandung ibu tidak merokok.

Di samping itu, kajian oleh Dr. Nadja mendapati bayi perokok turut mengalami gangguan perkembangan sistem saraf. Beliau turut percaya video yang menunjukkan perbezaan perkembangan pra-kelahiran ini akan membantu para ibu supaya berhenti merokok demi kesihatan bayi mereka.



Janin bayi ibu yang merokok 14 batang rokok setiap hari (kiri) dengan janin bayi bukan perokok (kanan).

Merokok bukan sahaja boleh menyebabkan impak negatif terhadap kandungan tetapi juga mengganggu proses kehamilan wanita. Rokok dikatakan akan mengurangkan jumlah sperma, menggugat kualiti telur, mempercepatkan menopaus selain meningkatkan bahaya kelahiran bayi pramatang.

Tambahan pula, rokok akan mengurangkan peluang wanita untuk mengandung dan melahirkan bayi yang sihat. Justeru, para ibu mengandung disarankan untuk berhenti merokok bagi menyelamatkan nyawa kandungan anda.

KENAPA ASAP ROKOK ITU TERLALU BAHAYA?

Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4,000 bahan kimia beracun yang berbahaya dan boleh membawa maut.

Setiap sedutan menyerupai satu sedutan maut.

Tahukah anda, Asap Rokok Mengandungi:

2 kali lebih banyak nikotin
5 kali lebih banyak karbon monoksida
3 kali lebih banyak tar
50 kali lebih bahan kimia yang berbahaya bagi kesihatan
Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Dalam lebih 4,000 bahan kimia berbahaya ini, terdapat 2 yang paling utama iaitu nikotin dan karbon monoksida.

Bayangkan setiap kali ibu merokok atau terdedah dengan asap rokok, bayi yang dikandung akan turut mengalami kesan dari asap toksik yang disedut ibu dan setiap kali juga akan mengalami kekurangan oksigen.

Banyak kesan buruk yang bakal terjadi seperti keguguran, kelahiran pramatang, masalah pada plasenta dan banyak lagi.

BAGAIMANA ASAP ROKOK BOLEH MENJEJASKAN KANDUNGAN?

Kesan Asap Rokok Kepada Ibu Hamil dan Janin Yang Dikandung

KESAN #1: Kelahiran Bayi Yang Kurang Berat Badan 20 – 30% , Kelahiran Bayi Tidak Cukup Bulan, Kematian Janin Dalam Kandungan, Keguguran Janin

Kandungan nikotin dan karbon monoksida ini boleh mengurangkan bekalan oksigen yang mencukupi kepada bayi. Nikotin yang terkandung di dalam asap rokok boleh menyempitkan saluran darah sekaligus membuatkan bayi terpaksa bernafas dengan menggunakan aliran darah yang kecil dan penuh tekanan. Lebih menyedihkan adalah sel darah merah yang sepatutnya mengangkut oksigen juga terpaksa membawa bersama karbon monoksida. Kekurangan bekalan oksigen dapat merencatkan perkembangan fetus. Secara tak langsung ia akan menggandakan peluang untuk bayi lahir lebih awal atau pun mempunyai berat yang kurang.

berhenti merokok dengan shaklee
Asap Rokok Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang

KESAN #2: Komplikasi Pernafasan Disebabkan Tumbesaran Janin Terencat – 30% Lebih Tinggi

Selain itu, perkembangan anggota badan bayi juga boleh terjejas. Ia menyebabkan perkembangan bayi yang tak sempurna dan saiz bayi menjadi terlalu kecil. Paru-paru bayi mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik terutamanya ketika di awal kelahiran. Sekiranya mereka sudah mula bernafas dengan tanpa menggunakan bantuan, berkemungkinan besar mereka akan terus menghadapi masalah pernafasan seperti asthma atau Sindrom Kematian Secara Mengejut (SIDS).

kesan asap rokok terhadap fetus
Asap Rokok Menyebabkan Tumbesaran Anggota Bayi Terjejas

KESAN #3: Jantung Bayi Berlubang

Meningkatkan risiko bayi untuk dapat jantung berlubang. Menghalang aliran keluar saluran ventrikal dan menyebabkan kecacatan septal atrial.

berhenti merokok dengan cepat vivix
Asap Rokok Menyebabkan Risiko Bayi Jantung Berlubang

KESAN #4: Kesan Sistem Saraf Pusat (CNS Effect)

Kesan sepanjang hayat pada otak bayi. Gangguan pembelajaran, masalah tingkah laku dan IQ yang rendah. Hyper aktif dan sukar menumpukan perhatian.

berhenti merokok dengan vivix
Asap Rokok Beri Kesan Sepanjang Hayat Kepada Perkembangan Otak Bayi

KESAN SELEPAS ANAK DILAHIRKAN

Bukan sahaja semasa dalam kandungan bayi akan mengalami pelbagai masalah, malah setelah dilahirkan juga akan mengalami beberapa masalah yang sepatutnya boleh kita elak.

Sedih bukan?

Jika ada orang tersayang yang merokok, mintalah mereka untuk tidak merokok di depan anda atau kalau suami berbuat demikian mungkin boleh memintanya berhenti demi yang tersayang.








loading...

0 Response to "Ujian imbasan menunjukkan bayi akan ‘menutup mulut dan hidung’ sebaik sahaja terhidu asap rokok....Sayangi lah bayi Anda"

Post a Comment

loading...
'));