loading...

TEKNIK MENCARI BARANG SIHIR SEMUANYA DENGAN IZIN ALLAH!!






TEKNIK MENCARI BARANG SIHIR

Sebelum saya nak kongsikan teknik nak mencari barang sihir ini, saya nak tegaskan bahawa teknik/kaedah yang saya nak kongsikan ni tiada sebarang keajaiban pun. Takde yang istimewa. Cara ini lebih kepada mengharap seratus peratus bantuan dari Allah s.w.t.



Ini kerana Rasulullah s.a.w sendiri apabila hendak mencari barang sihir, baginda mengharapkan bantuan dari Allah semata-mata. Cara-caranya ialah:

1) Sebelum nak masuk tidur di waktu malam, ambil wuduk dengan sebaik yang mungkin, kemudian lakukan solat sunat empat rakaat dua salam. Niatkan di dalam hati tujuan solat sunat itu ialah untuk mendapatkan bantuan dan pertolongan dari Allah untuk mengetahui di mana letaknya barang-barang sihir yang ditanam.

2) Di dalam solat, dianjurkan agar membaca surah al-Kautsar sebanyak tiga kali di dalam setiap rakaat. Selepas anda selesai solat, duduk sebentar dan amalkan zikir di bawah:

1) ‘Audzubillaahi Minash Shyataanirrajiim Bismillahirrahmaan irrahiim-3x

2) Astaghfirullaaha rabbi, Lailaaha illallaahu Muhammadur Rasulullah shallallahu `alaihi wa Sallam-10x

3) Subhaanallahi Walhamdu-Lillaahi, wa laa ilaahaillaahu wallahu Akbar-10x

4) ALLAH humma Solli’ala sayidina Muhammad shallallahu `alaihi wa Sallam-11x

5) Surah Fatihah 7x (setiap kali ketika Anda sampai ke ayat Ihdinas sirataal Mustaqiim, baca sebanyak 7x dan kemudian teruskan bacaan surah al-Fatihah sehingga akhir ayat dan lafazkan perkataan Amin (seperti bacaan dalam solat). Kemudian baca Surah Al Ikhlas 3x.

6) Kemudian bacalah Ya ‘Aalimu ‘Al-limni, Ya Khabiru Akhbirni-100x atau ikut kemampuan.

Selepas anda selesai membaca zikir-zikir di atas, bacalah doa berikut:

“Ya Allah hanya Engkau yang saya sembah dan hanya kepada Engkau saya meminta pertolongan. Ya Allah hanya Engkau yg mengetahui segalanya dan hanya Engkau yang punya pengetahuan yang tak terlihat, oleh kerana itu melalui kekuatan daya Engkau dan kekuasaanMu, hamba mohon tunjukkanlah penyembunyian semua benda/barang sihir yg digunakan terhadap (saya,keluarga,nama orang yang sakit)Ya Allah, berilah hamba-Mu petunjuk dan bantuan untuk menghancurkan mereka (penyihir dan yang menyuruh) sehingga kebenaran menang atas dusta” -7x

ALLAH humma Salli ‘ala saiyidina Muhammad shallallahu `alaihi wa Sallam-11x

Meniup diri anda 3x dan ke dalam beberapa air mawar atau minyak wangi kasturi (jika boleh yang telah diruqyah). Jangan bercakap dengan sesiapapun tapi terus pergi tidur setelah membaca doa tidur dan tetap membaca selawat sampai anda tertidur. Selain itu, anda juga harus memakai minyak mawar atau minyak wangi kasturi yang telah didoakan seperti di atas ke baju anda sebelum tidur.



Semoga bermanfaat dan dapat diamalkan. Jangan lupa untuk kongsikan tip ini dengan rakan-rakan anda.


Dalam artikel kali ini, saya nak fokuskan pula pada ciri-ciri barang yang akan digunakan oleh tukang sihir.
Sebelum saya membahaskan tentang perkara ini, apa yang perlu kita semua faham ialah sihir adalah satu bentuk kezaliman yang dilakukan ke atas mangsa dengan cara yang tersembunyi.
Ada dua sebab saya katakan ianya tersembunyi.
Pertama, saya katakan tersembunyi kerana ianya dilakukan secara tersembunyi oleh tukang sihir tanpa pengetahuan mangsa.
Kemudian, akibat daripada sihir itu pula berlaku secara tiba-tiba dan tidak diketahui apakah sebab musababnya dan tidak diketahui apakah puncanya.
Kedua, saya mengatakan ianya tersembunyi kerana sihir yang akan dihantar itu pula  menggunakan perantaraan makhluk ghaib, iaitu jin yang juga tersembunyi.
Maksud tersembunyi di sini ialah ianya tersembunyi (tidak dapat dilihat) dari pandangan mata kasar manusia.
Jadi, bila kita dah faham perkara asas ini, mudahlah untuk kita memahami perkara seterusnya.
Realiti Sihir
Saya sering diajukan dengan pelbagai pertanyaan. Antara pertanyaan yang agak banyak juga saya terima ialah apakah tanda jika mereka menjumpai sesuatu di rumah mereka.
Sebagai contoh, ada yang menceritakan kepada saya mereka menjumpai bangkai tikus depan rumah, jumpa serpihan kaca depan pintu rumah, dan sebagainya.
Persoalannya, adakah itu petanda ada orang yang nak menghantar sihir kepada ahli rumah tersebut.
Jawapan saya, boleh jadi ya dan boleh jadi tidak.
Tetapi, seperti yang saya katakan di atas bahawa sihir ini ialah sesuatu yang tersembunyi. Jadi, sekiranya memang benar ada orang yang berniat nak menyihir anda, adalah lebih bijak mereka ini meletakkan barang-barang sihir di tempat yang tersembunyi dan tak mudah dijumpai.
Kerana barang-barang tersebut adalah diantara syarat berhasilnya sihir yang akan dihantar kepada mangsa.
Mengapa & Apa Yang Patut Dilakukan?
Mungkin anda bertanya kepada saya, apa tujuan barang-barang seperti bangkai tikus, serpihan kaca diletakkan di rumah anda?
Dan apa yang perlu dilakukan sekiranya perkara tersebut berulang?
Untuk soalan pertama, pada pandangan saya mungkin orang yang lakukan begitu kepada anda mempunyai rasa marah atau dendam. Jadi mereka lakukan begitu dengan tujuan untuk menakutkan anda dan membuatkan anda menyangka ada yang ingin menyihir anda.
Tetapi, saya tidak nafikan juga boleh jadi apa yang dilakukan tersebut adalah sebagai ‘signal’ atau petanda bahawa rumah dan keluarga anda telah disihir.
Tetapi barang-barang yang digunakan untuk sihirkan anda telah ditanam atau disembunyikan supaya anda tidak dapat mencarinya.
Dan selagi tidak dapat dicari barang sihir tersebut, sihir yang dihantar kepada anda mungkin tidak dapat disembuhkan (hakikatnya Allah yang menyembuhkan sihir) ataupun sihir tersebut akan sentiasa berulang-ulang walaupun telah banyak kali anda melakukan rawatan.
Apa yang perlu anda lakukan jika situasi di atas berlaku kepada anda?
Saya cadangkan anda lakukan langkah-langkah di bawah:
Sediakan air paip lebih kurang sebaldi bersama dengan lada hitam yang telah dikisar dan juga garam kasar.
Kesemua bahan di atas hendaklah diruqyah terlebih dahulu. Samada anda boleh ruyahnya sendiri atau minta bantuan dari orang lain, sebagai contoh perawat.
Setelah diruqyah bahan-bahan di atas, campur lada hitam dan garam kasar tadi ke dalam sebaldi air.
Ambil air yang secukupnya dan siramkan ke atas bahan-bahan yang anda jumpa tadi sambil membaca “Bismillah Hillazi La Yadhurru Ma’asmihi Syaiun…(hingga akhir ayat)”, Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi dan juga 3 Qul. Setelah disiram dengan air, buang bahan-bahan tersebut ke dalam sungai.
Baki air di dalam baldi tadi, anda tuangkan sedikit demi sedikit disekeliling rumah anda sambil membaca Ayat Kursi tanpa putus.
Untuk di dalam rumah pula, saya mencadangkan agar anda membaca bacaan ayat ruqyah sekerap yang mampu. Sekiranya anda tidak mampu membaca dengan kerap, anda boleh gunakan mp3 ataupun cd-cd bacaan ayat-ayat ruqyah sebagai alternatif.
Semoga perkongsian artikel ini memberikan manfaat kepada anda. Jika ada soalan, boleh tuliskan soalan anda dalam ruangan komen di bawah.








loading...

0 Response to "TEKNIK MENCARI BARANG SIHIR SEMUANYA DENGAN IZIN ALLAH!!"

Post a Comment

loading...
'));