loading...

Menggelikan! Doktor mengeluarkan lipas hidup dari dalam tengkorak seorang wanita Kerana Perkara Yang Kita Anggap Biasa Dalam Hidup Seharian






Kebanyakan kita sering mencemuh serangga perosak lipas selama zaman berzaman semenjak beribu tahun lamanya. Serangga ini amat licik, mudah membiak dengan banyaknya, penyebab segala penyakit dan menjijikkan.

Biasanya lipas-lipas ini akan mengerumuni dan membiak serta mendapat makanan dari dalam dan luar sesebuah rumah kediaman dan kadangkala akan menggigit manusia yang dianggap pengacau yang cuba menghapuskan mereka. Akan tetapi, lain ceritannya di India, apabila ada seekor lipas yang memutuskan untuk tinggal di dalam badan seorang manusia hidup sebagai habitat idealnya.

Sebuah hospital di Chennai , India dikejutkan oleh aduan seorang wanita berusia 43 tahun yang menyatakan yang kepalanya berasa sakit seperti ‘dibakar’ dari dalam. Dia dilaporkan telah bangkit dari tidurnya pada suatu malam dan merasai seperti ada sesuatu ‘benda yang merayap’ di atas bahagian kanan lubang hidungnya.

Bayangkan serangga ini hidup di dalam badan anda.



Seorang pembantu rumah dari Injambakkan, India bernama Selvi telah bergegas ke klinik berdekatan rumahnya ditemani anak lelakinya dengan mengadu kepada doktor di klinik berkenaan yang dia mengalami sakit kepala yang amat sangat dan berasa seperti ada benda yang merayap di dalam kepalanya. Akan tetapi setelah diperiksa , doktor di situ tidak dapat mencari punca sakit kepalanya itu.

Dengan kepalanya masih berasa sakit yang amat sangat, Selvi telah pergi ke Hospital Stanley Medical College di Chennai untuk memastikan punca penyakitnya itu. Katanya:

“Reaksi segera saya selepas merasa ada sesuatu benda yang merayap di bahagian kanan lubang hidung itu ialah dengan menggosok-gosok hidung saya dalam keadaan separuh sedar dari tidur.

Sebelum saya mengambil apa-apa tindakan, saya melihat-lihat di dalam hidung. Saya tidak dapat menjelaskan perasaan ini tetapi saya berasa pasti yang ia adalah seperti seekor serangga.

Saya berasa seperti ada benda yang merayap dan menggelikan. Apabila ia bergerak, mata saya berasa seperti dibakar dan terasa panas.”

Para doktor berasa terkejut apabila menemui lipas hidup berlingkar di dalam tengkoraknya!



Selepas diperiksa alangkah terkejutnya para doktor apabila mendapati adanya seekor lipas di dalam tengkorak Selvi. Mereka terpaksa menggunakan penyepit dan penyedut khas yang dimasukkan ke dalam hidung Selvi untuk mengeluarkan lipas itu dari dalam kepalanya.

Nasib Selvi agak baik kerana lipas itu tidak terlalu lewat dikeluarkan dari dalam kepalanya.



Menurut pihak hospital terbabit, lipas yang hidup itu hanya menginap di bahagian hadapan tengkorak Selvi, hanya berada di antara dua matanya dan agak dekat juga dengan otak. Menurut ketua doktor pakar ENT hospital terbabit , Dr. M.N. Shankar, “Ini adalah kes pertama semenjak tiga puluh tahun dalam amalan praktis saya sebagai seorang doktor.”

Para doktor mengambil masa selama 45 minit untuk menyedut keluar lipas yang hidup itu.


Menurut Dr. Shankar lagi, lipas yang berada di dalam kepala Selvi itu mungkin hidup tidak lama. Dan jikalau ia mati sebelum dijumpai dengan segera , pesakit mungkin akan mendapat jangkitan yang mungkin juga akan merebak ke bahagian otak.

Amat merbahaya! Selvi mungkin boleh maut sekiranya tidak mendapat bantuan perubatan segera .

Melalui kamera ternyata Dr.Shankar bergelut juga untuk mengeluarkan lipas hidup itu dari tengkorak Selvi. Lipas itu agak berdegil untuk keluar walaupun telah disedut dan disepit. Dr. Shankar terpaksa menghalakan penyedut dengan haluan yang betul sebelum lipas itu berjaya ditarik keluar.

Ramai menyatakan yang India itu cantik dan menawan tetapi India juga terkenal dengan pencemaran sampah sarap dan persekitaran yang tidak bersih. Jadi boleh dikatakan yang seekor lipas yang telah dikeluarkan dari tengkorak Selvi itu bukanlah serangga yang datang dari persekitaran yang bersih.

Selepas prosedur mengeluarkan lipas dari tengkorak Selvi itu telah berjaya, pihak hospital tidak lagi mendengar berita dari Selvi.

Diharapkan Selvi telah pulih dan sihat dan tidak mengalami apa-apa jangkitan  pada otaknya kesan lipas yang telah merayap di dalam kepalanya.








loading...

0 Response to "Menggelikan! Doktor mengeluarkan lipas hidup dari dalam tengkorak seorang wanita Kerana Perkara Yang Kita Anggap Biasa Dalam Hidup Seharian"

Post a Comment

loading...
'));