loading...

Khas Untuk Wanita!Tidur Ketika Rambut Basah Boleh Menyebabkan Muka Anda Lumpuh!






Pasti ada dikalangan anda yang suka mandi sebelum tidur, apabila badan basah, terasa sejuk dan membuatkan anda lena.

Tetapi ada di antara mereka yang mengetahui bahawa tidur dalam keadaan rambut basah memberikan kesan yang tidak baik pada tubuh.

Walaupun mengetahui kebenaran tersebut, ramai wanita yang ambil mudah akan perkara tersebut dan menganggap ianya hanyalah mitos semata-mata.

Baru-baru ini, seorang wanita berusia 32 tahun dari Wuhan, China mengalami lumpuh di muka disebabkan oleh rambut basah, memetik laporan China Times.

Hanya mahu dikenali sebagai Xiong, wanita itu bekerja di pusat membeli-belah dan sering pulang lewat malam. Disebabkan itu dia sering tertidur sebelum rambutnya sempat kering.

Walau bagaimanapun, dia mendapat kejutan dalam hidupnya apabila dia bangun dari tidur dan mendapati sebelah kiri wajahnya tidak dapat bergerak.



Namun Xiong tidak merasakan sesuatu yang luar biasa sehinggalah dia memandang ke dalam cermin sambil memberus gigi dan mendapati mulutnya juga turut bengkok.

Xiong yang panik bergegas ke hospital dan pemeriksaan mendapati bahawa dia menghidap lumpuh saraf muka. Ia berkemungkinan disebabkan oleh tabiat tidur dengan rambut yang basah.

Doktor menjelaskan lumpuh itu mungkin disebabkan oleh perubahan suhu badannya dan rambut basah menyebabkan wajahnya mengalami kekejangan.

Jika anda benar-benar menitikberatkan kesihatan anda, jangan sesekali mengabaikan tips ini. Jangan sesekali tidur dalam keadaan rambut basah.
Mandi sebelum malam untuk mnegatasi masalah tidur dalam keadaan rambut basah.










loading...

0 Response to "Khas Untuk Wanita!Tidur Ketika Rambut Basah Boleh Menyebabkan Muka Anda Lumpuh!"

Post a Comment

loading...
'));