loading...

Ketum Bukan Kategori Dadah, Jadi Kategori Apa?






Ketum bukan kategori dadah yang perlu dikawal sepenuhnya termasuk melarang penanaman secara komersil berikutan harganya tinggi untuk pasaran antarabangsa.

Pengerusi Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, Malaysia agak ketinggalan berbanding Indonesia dan Thailand berkaitan penanaman ketum secara komersial walaupun idea berkenaan disuarakan oleh pihak tertentu negara ini.

Beliau berkata, kajian dilaksanakan pihaknya bersama Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati ketum sejenis tumbuhan yang begitu berguna dalam bidang rawatan pelbagai penyakit.

“Malah, daun ketum juga berpotensi menjadi ubat penahan sakit yang cukup berkesan berbanding produk sedia ada di pasaran sekarang selain turut digunakan sebagai rawatan kepada penagih dadah.

“Ladang yang akan diusahakan nanti akan dikawal ketat oleh pihak berkaitan malah RISDA akan bekerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk memantau penanaman terbabit supaya tidak disalah guna,” katanya.

“Ketum tumbuhan berguna untuk bidang perubatan dan idea menjadikannya sebagai tumbuhan komersial daripada negara ini sudah dipraktikkan negara lain yang mendatangkan keuntungan lumayan.

“Oleh itu, diharapkan pihak berkaitan memperkenalkan undang-undang bagi penanaman ketum dengan memberi peluang kepada pekebun kecil mengusahakannya secara terkawal,” katanya.

Menurutnya, pihak berkaitan juga perlu mengambil kesempatan dengan harga ketum yang begitu tinggi di pasaran membolehkan pekebun kecil menambah pendapatan mereka.

“Timbul masalah apabila daun ketum digunakan secara salah iaitu dicampurkan dengan bahan lain yang boleh memudaratkan kesihatan.

“Namun ladang ketum yang akan diusahakan nanti hanya bertujuan komersil dan bidang perubatan saja,” katanya.

Harian Metro semalam mendedahkan kewujudan berpuluh ekar ladang ketum haram di utara tanah air dengan kebanyakannya bertujuan memenuhi pasaran seludup ke negara jiran Thailand.

Sindiket didakwa memperolehi pendapatan sehingga ratusan ribu sebulan berikutan harga daun ketum yang mampu mencecah sehingga RM100 sekilogram di negara jiran.

Ini menyebabkan sindiket berlumba-lumba menyeludup daun ketum berbanding memprosesnya menjadi air khayal seperti dilakukan sebelum ini.

“Ketum” dilencongkan di sini. Jangan dikelirukan dengan kesum.
Pokok Ketum
Mitragyna speciosa111.JPG
Pengelasan saintifik
Alam: Plantae
(tanpa pangkat): Angiosperms
(tanpa pangkat): Eudicots
(tanpa pangkat): Asterids
Order: Gentianales
Keluarga: Rubiaceae
Subkeluarga: Cinchonoideae
Tribus: Naucleeae
Genus: Mitragyna
Spesies: M. speciosa
Nama binomial
Mitragyna speciosa
(Korth.) Havil.
Sinonim[1]
Nauclea korthalsii Steud. nom. inval.
Nauclea luzoniensis Blanco
Nauclea speciosa (Korth.) Miq.
Stephegyne speciosa Korth.
Pokok Ketum,[2] juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa (Korth.) Havil..

Daun ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.[3][4] Ketum dan terbitannya telah digunakan bagi pengurusan pengeluaran opioid oleh pengguna-pengguna opioid kronik. [9]

Data mengenai berapa kerap ia adalah penggunaan yang kurang kerana ia tidak dikesan oleh ujian saringan dadah biasa.

Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003










loading...

0 Response to "Ketum Bukan Kategori Dadah, Jadi Kategori Apa?"

Post a Comment

loading...
'));