loading...

Awas!! Kenali 9 Peringkat Kencing Manis Supaya Kita Berhati-hati






Kencing manis memang bahaya, bila dah kena kencing manis atau diabetes memang susah nak baik macam sediakala. Jadi, marilah kita sedari awal mencegah dari terkena kencing manis. Kencing manis antara penyakit pembunuh di negara kita.

Dalam keluarga kami terutamanya di sebelah encik suami memang ada sejarah kencing manis. Memang teruk nak menjaganya. Tak boleh langsung salah makan. Akan ada kesannya. Berminggu-minggu terseksa. Nak kena jaga makan tu yang susah...

Awas!! Kenali 9 Peringkat Kencing Manis Supaya Kita Berhati-hati

Kenali 9 Peringkat Kencing Manis Supaya Kita Berhati-hati

Mari kita perhatikan 9 peringkat kencing manis yang sesetengah dari kita terlepas pandang hinggakan keadaan telah menjadi parah. Perhatikan betul-betul jika kita ada tanda kencing manis peringkat demi peringkat seperti di bawah.

Peringkat Pertama: Darah Menjadi Pekat dan Gelap

Disebabkan paras gula dalam darah bertambah, dan insulin tidak dapat dihasilkan untuk memproses gula tersebut menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap dan pekat. Keadaan ini mengakibatkan perjalanan darah menjadi tidak lancar.

Peringkat Ke-2: Kerap Rasa Panas dan Dahaga

Disebabkan kepekatan gula semakin bertambah di dalam darah akan meningkatkan tekanan osmosis darah dan menyebabkan air 'diserap' keluar daripada sel-sel badan. Sel-sel akan menghantar signal dahaga kepada otak untuk meminta bekalan air untuk menstabilkan keadaan fungsi badan.

Peringkat Ke-3: Kerap Rasa Letih dan Mengantuk

Apabila darah dah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan, kandungan oksigen & nutrien yang dibawa dalam darah keseluruh organ badan berkurang. Jadi, otak tidak menerima bekalan oksigen yang mencukupi dan menyebabkan kita rasa penat & mengantuk.

Peringkat Ke-4: Tompok atau Bintik Mula Muncul Pada Kulit, Rasa Gatal atau Kebas-kebas

Sel badan kita memerlukan tenaga untuk berfungsi. Tetapi, apabila gula tidak dapat ditukarkan kepada glukosa (sumber tenaga), tenaga tidak dapat dihasilkan dan menyebabkan aktiviti sel-sel badan mula merosot. Kandungan gula yang terlalu pekat dalam darah akan menyebabkan kesesakan pengaliran darah yang akhirnya mengeras menjadi gumpalan yang muncul dalam bentuk tompok-tompok.

Peringkat Ke-5: Bahagian Kulit, khasnya pada Kaki Mula Mati dan Menjadi Hitam dan Gelap.

Pengerasan darah pada tompok-tompok tadi menyekat bekalan oksigen dan nutrien kepada sel-sel kulit. Sel-sel kulit akan mula mati dan keadaan akan bertambah semakin cepat.

Peringkat Ke-6: Gangrene Bernanah Mula Muncul di Hujung Jari Kaki

Jari-jari kaki merupakan bahagian yang paling jauh daripada jantung, darah yang sampai dekat sana sudah pun kehilangan daya tolakan. Tambahan lagi darah bergula yang pekat. Makanan dan oksigen tidak dapat sampai dan sisa toksik tidak dapat diangkut keluar, keadaan ini akan mempercepatkan pertumbuhan bakteria. Ini adalah kerana sel darah putih yang bertugas untuk bunuh bakteria tidak dapat sampai ke tempat yang dijangkiti. Bakteria akan merebak dalam masa sangat singkat dan keadaan menjadi semakin teruk.

Peringkat Ke-7: Jakitan Gangrene Merebak, Bakteria Sudah Makan Daging Sampai Tulang Terdedah!

Jangkitan bakteria yang tidak terkawal akan menyebabkan doktor terpaksa memotong kawasan yang telah terkena jangkitan tersebut. Mula-mula potong tapak kaki je dulu. Tapi, Kalau jangkitan masih merebak naik, potong betis, kemudian paha... Scary sangat...

Peringkat Ke-8: Penglihatan Menjadi Semakin Kabur

Kapilari yang terdapat pada mata adalah yang paling halus. Jadi, bila pengaliran darah (yang pekat) terjejas, sel-sel mata akan semakin merosot dan akhirnya menjadi katarak atau boleh juga menyebabkan buta.

Peringkat Ke-9: Masalah Buah Pinggang, Pertumbuhan Batu Karang, Tekanan Darah Tinggi, dan lain-lain Penyakit Sekunder.

Buah pinggang menjadi semaking lemah kerana beban yang semakin bertambah untuk memproses darah yang mengandungi banyak toksin. Bukan sahaja ia perlu menanggung penapisan glukosa yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sisa kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang kita makan itu. Daripada masalah ini akan menyebabkan masalah kesihatan yang lain.

Nampak tak, permulaannya disebabkan benda yang kecik aje, akhirnya banyak kesan buruk yang boleh berlaku. Mulanya hanya disebabkan oleh kekurangan insulin yang tak boleh nak proses gula dalam darah, tapi akibatnya boleh menyebabkan kaki dipotong, buah pinggang bermasalah, masalah batu karang, darah tinggi dan macam-macam lagi.

Begitulah kesannya daripada penyakit kencing manis. Jika anda telah terjebak, memang tak ada jalan pulang.. kena rawat, jaga makan dan displin diri mengawal kadar gula dalam darah. Tidak mengapa tidak boleh sembuh, tetapi perlahan-lahan ubati diri dengan dekatkan diri kepada Allah, lakukan perkara yang boleh dan tidak boleh secara istiqamah. Insyaa Allah.. anda berjaya atasi masalah penyakit kencing manis anda itu. 








loading...

0 Response to "Awas!! Kenali 9 Peringkat Kencing Manis Supaya Kita Berhati-hati"

Post a Comment

loading...
'));