loading...

Wajib Baca!!Pastikan 3 Benda Ini Tidak Ada Didalam Najis Anda Ketika Ketandas!






3 Benda ini Jangan Ada Dalam Najis Anda | Ramai yang mengatakan mereka berfikir dengan lebih baik apabila mereka berada di dalam tandas. Tetapi ada satu perkara yang mungkin anda tidak mahu fikir apabila anda “melepas” kandungan najis anda.

Adakah ia menjijikkan? Sudah tentu! Dan ianya sangat penting kerana kandungan najis mampu menunjukkan keadaan semasa kesihatan badan anda.

Jadi jangan sesekali terus menjirus atau pam najis anda, tanpa melihat sebentar kerana siapa tahu, ianya mampu menyelamatkan nyawa anda satu hari nanti?

3 Benda Ini Jangan Ada Dalam Najis Anda 1

Dan pastikan tidak ada 3 benda ini dalam najis anda, dan 3 benda ini juga petanda kesihatan dalaman anda sebenarnya.

1. LENDIR

    Saluran pencernaan anda dipenuhi dengan lendir untuk membantu makanan bergerak lancar dalam usus. Jika anda merupakan seseorang yang membuang air besar dengan kerap (Irritable Bowel Syndrome), ianya normal jika najis anda mengandungi lendir
    Bila perlu risau? : Jika anda tidak merasakan anda seseorang yang mempunyai “irritable bowl syndrome”, anda di nasihatkan untuk berjumpa doktor untuk ujian diagnosis. Sindrom ini menyebabkan beberapa gangguan dalam badan seperti sakit perut, kembung , gas , cirit-birit , dan sembelit , tetapi anda boleh menguruskannya dengan diet dan gaya hidup tweak.
    Kebimbangan yang lebih besar adalah jika anda mendapati terdapat darah bersama-sama dengan lendir , yang boleh menunjukkan keradangan, jangkitan, atau ketumbuhan dalam rektum mahupun saluran pencernaan anda.

2. DARAH

    Darah dalam najis biasanya berkaitan dengan penyakit buasir., iaitu gumpalan urat yang membengkak di dalam rektum atau dubur ketika anda membuang air besar. Namun, ianya mungkin juga berkaitan dengan keradangan.
    Ubat seperti “ibuprofen” dan juga “aspirin” mampu menyebabkan pendarahan dalam saluran pencernaan anda. Jika keadaan ini terjadi, najis anda akan berwarna kehitam-hitaman.
    Bila perlu risau? : Ianya jelas bahawa sebarang kehadiran darah di dalam najis perlu dirujuk kepada doktor. Doktor akan membuat keputusan sama ada perlu untuk melakukan ujian “colonoscopy”, sejenis ujian bagi memastikan kehadiran buasir, kancer usus, mahupun IBD.

3. CACING
    Jika anda melihat najis anda mengandungi cacing berwarna putih, bersaiz kecil dan seakan akan benang, ia dikenali sebagai “pinworms”.
    Jika cacing berekor panjang , berbadan rata, juga berwarna putih, ia dikenali sebagai “tapeworms”.
    Anda berkemungkinan tinggi akan berasa gatal di bahagian dubur terutamanya waktu malam ketika cacing bertelur di sekitar dubur.
    Bila perlu risau? : Jika anda mendapati ulat cacing berada di dalam najis anda, jangan risau! Pergi berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Rawatan yang akan diberikan adalah berbentuk antibiotik atau anti-parasit bergantung kepada jenis cacing.

Jenis-Jenis Najis!


Rutin membuang air besar hampir setiap hari. Malah ada yang buang air besar hampir 2-3kali sehari. Itulah hakikatnya, semua orang malu membicarakan soal tahi.

Tahukah anda, tahi anda jenis apa?
Berdasarkan “Bristol Stool Chart”, “Meyers Scale” atau bahasa melayu“Skala Tahi Bristol”. Tahi boleh dikelaskan kepada 7 jenis. Skala ini telah dinamakan “Skala Tahi Bristol” kerana skala ini telah diperkenalkan oleh Lewis S.J. dan Heaton K.W di University of Bristol, UK.

Jenis 1: Berbentuk biji-biji, agak keras seperti ketulan batu.
Jenis 2: Berbentuk seperti sosej, tetapi berketak-ketak.
Jenis 3: Juga berbentuk seperti sosej, tetapi macam merekah sedikit.
Jenis 4: Berbentuk seperti ular, agak licin, halus dan lembut. Just Nice.
Jenis 5: Bergumpal-gumpal, lembut dengan potongan hujungnya jelas.
Jenis 6: Yang ni dia macam cirit sikit, likat, gabungan cecair dan pepejal.
Jenis 7: Sangat cair, tiada pepejal.

Najis jenis 1 dan 2
Sekiranya anda mempunyai tahi seperti ini, itu maksudnya anda sedang mengalami sembelit. Kalau dapat tahi sebegini, memang susah sedikit nak ‘meneran’ sebab tahi itu dah menjedi keras. Selalunya situasi ni terjadi kalau seseorang tu malas untuk berak setiap hari. Semakin lama tahi berada dalam usus besar, semakin banyak air daripadanya yang akan diserap, maka semakin keraslah ia.

Najis jenis 3 dan 4
Seperti juga berat badan, tahi juga ada kategori yang ideal  iaitu normal, dan kategori ideal untuk tahi ini jatuh pada jenis yang ke-3 dan ke-4. Selalunya tahi sebegini dihasilkan kalau seseorang itu rajin ke tandas setiap hari.

Najis jenis 5,6 dan 7
Bagaimana pula dengan jenis 5 hingga 7? Kalau pernah mengalami yang ke-5, itu mungkin disebabkan angin atau gas yang terlalu banyak dalam usus, atau anda telah mengambil sesuatu yang boleh menyebabkan anda cirit birit seperti susu berlaktosa. Namun untuk kategori 6 hingga 7, anda kena berhati-hati sedikit kerana itu mungkin membawa maksud ‘diarrhea‘ iaitu masuk ke tandas dan cirit lebih daripada 3 kali sehari. Ingat, diarrhea yang berterusan boleh membawa maut!
Diet juga sangat mempengaruhi rupa tahi yang dihasilkan. Jangan sesekali mengabaikan sayur dan buah-buahan. Itu merupakan sumber serat nombor satu yang harus diambil secara berterusan selagi kita masih bernafas. Dan jangan malas untuk buang air besar!
.................
Terdapat juga kondisi dimana terjadinya sembelit seperti najis jenis 1 dan 2,apabila tahi ditahan, ia akan kembali ke usus yang mana tahi tersebut boleh diserap kembali airnya menjadikan tahi sangat padat. kemudian jika pembuangan tahi tidak dilakukan dalam tempoh masa yang lama maka, ia akan semakin mengeras dan waktu inilah sembelit terjadi.

Walaubagaimanapun, terdapat juga kondisi seperti saya iaitu cirit-birit.Apabila ada infeksi bakteria di usus maka secara refleks usus akan mempercepat perjalanan tahi sehingga penyerapan air sedikit oleh usus besar atau kerana masukan air yang berlebihan, makanan tercampur dengan sejumlah besar air. Oleh kerana itu makanan yang dicerna terdiri dari cairan sebelum mencapai usus besar.Usus besar menyerap air, meninggalkan material yang lain sebagai kotoran yang setengah padat. Apabila usus besar rosak atau terkena radang,penyerapan tidak terjadi dan hasilnya adalah kotoran yang berair. Akibatnya, tahi menjadi lebih cair sehingga perut terasa memulas berterusan.

Pemantauan tahi adalah penting. Orang kata kita sihat apabila tahi kita sihat.Jika kita buang air besar hari-hari maknanya sistem pencernaan kita bagus. Jika kita buang air besar selang beberapa hari atau lebih teruk seminggu sekali,pergi jumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan pemantauan kesihatan.

Warna Najis kita pula;
Jika warnanya cerah macam kuih maruku, itu tanda tahi kawan-kawan sihat.
Jika tahi kawan-kawan bewarna gelap macam dodol, itu tandanya tahi kawan-kawan tidak sihat.
Jika tahi kawan-kawan berwarna kelabu, mungkin kawan-kawan ada masalah organ dalaman.
Kalau warna tahi hijau atau warna hitam kemerah merahan, mungkin usus kawan-kawan ada barah atau pendarahan.

Tanda lain tahi yang sihat adalah, tahi kawan-kawan tenggelam macam keropok lekor rebus yang belum masak. Tapi jika tahi kawan-kawan timbul dalam air macam keropok lekor nipis yang digoreng dalam kuali besar yang banyak minyak, itu tandanya tahi kawan-kawan ada masalah 'celiac disease',mungkinlah. Cuba kawan-kawan  kurangkan makanan dalam tin atau makanan segera.

Tapi ada juga perbezaan pendapat dikalangan doktor yang mengatakan, Tahi tenggelam itu tidak bagus kerana ada banyak toksik dan tahi yang terapung pula yang bagus hurmmnn...mungkin doktor betul tak?
tapi ada kesimpulan yang diberi, jika tahi timbul tiada bau, itu bagus dan jika tahi timbul tapi busuk dari biasa macam tahi, itu tidak bagus.








loading...

0 Response to "Wajib Baca!!Pastikan 3 Benda Ini Tidak Ada Didalam Najis Anda Ketika Ketandas!"

Post a Comment

loading...
'));