loading...

USTAZ MILIKI 4 ISTERI DITANGKAP KHALWAT DENGAN REMAJA SEBELAH RUMAH.






Poligami itu di haruskan bagi mengelak sesuatu hubungan itu menjerumus kepada kemaksiatan, namun poligami tersebut hanyalah bagi mereka yang layak sahaja iaitu mampu dari segi zahir serta batin serta mampu untuk bersikap adil.

Bagi mengawal nafsu seseorang itu di haruskan untuk berpoligami, tetapi bagaimana pula jika sudah memiliki 4 isteri namun si suami itu masih tidak puas juga.

Maka dekatkanlah diri itu dengan Penciptanya agar dengan cara tersebut dapat mengawal segala hasutan syaitan dalam menyesatkan manusia.

Di bulan mulia ini seharusnya kita lebih mendekatkan diri dengan Allah dan memperbanyakkan amal ibadah.

Namun berlainan pula dengan seorang ustaz berusia 54 tahun ini yang namanya tidak didedahkan, ustaz tersebut dikatakan telah pun memiliki 4 orang isteri namun masih lagi menjalinkan hubungan bersama dengan seorang remaja berusia 18 tahun yang merupakan jirannya sendiri.

Kejadian itu bermula ketika ibu gadis berkenaan curiga dengan sikap anaknya yang terlalu kerap tidak pergi sembahyang tarawih dengan alasan yang tidak munasabah.

Pada malam kejadian itu, ibu gadis berkenaan dengan sengaja mengintai dari belakang rumah mereka selepas memaklumkan dia pergi tarawih kepada anaknya.

Tanpa diduga jiran mereka yang merupakan seorang ustaz dilihat masuk ke rumahnya, ibu remaja tersebut yang terkejut dengan perbuatan ustaz tersebut telah memaklumkan kejadian tersebut kepada penduduk sekitar sebelum membuat serbuan.

Kedua-duanya ditangkap dalam keadaan mengaibkan dalam sebuah bilik di rumah itu serta kedua pasangan tersebut diseret keluar dari rumah dan  menjadi perhatian penduduk sehinggalah akhirnya diserahkan kepada pihak berkuasa.

  Isu Khalwat –  perlakuan khalwat adalah satu kesalahan yang berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah dan bidang kuasa Lembaga Tatatertib adalah untuk melaksanakan prosiding tatatertib selepas sabitan dibuat terhadap pertuduhan jenayah tersebut.

 Perkataan Khalwat bermaksud bersunyi-sunyi seorang diri seperti yang dilakukan Rasulullah s.a.w. di Gua Hira’ sebelum Baginda diangkat menjadi Rasul. Tetapi sekarang ini, istilah khalwat yang dahulunya digunakan untuk maksud suci sekarang dipakai untuk menunjukkan perbuatan yang jahat dan keji di negara ini masyhur dengan maksud berdua-duaan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan di tempat sunyi atau tertutup dalam keadaan syak. Khalwat dalam maksud yang difahami umum di negara Malaysia merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang jenayah syariah dan ia adalah satu tingkah laku keji.

  Menurut Pensyarah di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Puan Che Maryam asas kepada larangan ini adalah daripada ayat al-Quran yang bermaksud; ”Janganlah kamu menghampiri zina”(Surah Al-Israa’,ayat32). Para ulama mentafsirkan ’menghampiri zina’itu sebagai perbuatan berdua-duaan, bersentuh-sentuhan, meraba, berkucupan dan sebagainya yang akhirnya boleh membawa membuat pasangan terlanjur.

   Dari sudut pandangan Agama. Allah telah menegaskan di dalam Al-Quran tentang dua tanggungjawab utama manusia iaitu untuk mengabdikan diri kepada Allah iaitu mematuhi segala perintah dan dalam waktu yang sama menjauhi segala larangan-Nya. Manusia juga dilantik sebagai khalifah Allah bagi menegakkan keadilan Islam dan kesejahteraan hidup. Firman Allah yang bermaksud-”Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah serta kamu pula beriman kepada Allah.” (Surah Ali ’Imran, ayat 110)

  Justeru, Syariat Islam[1] adalah syariat yang lengkap sebagai pegangan hidup meliputi segala aspek kehidupan manusia dan ia relevan sepanjang zaman. ”Kemudian, kami jadikan engkau wahai Muhammad di atas syariat atau jalan yang lurus, ikutilah ia dan jangan engkau mengikuti kemahuan orang-orang yang tidak mengetahui” (al-Jathiyah, ayat 18). Syariat Islam mempunyai hukum-hakamnya yang terdiri daripada pelbagai perintah dan tegahan, juga galakan. Ia terbahagi kepada lima perkara asasi yang berkait rapat dengan kehidupan manusia iaitu:

memelihara agama
memelihara jiwa dan nyawa
memelihara akal dan fikiran
memelihara harta
 memelihara keturunan
  Agama Islam mementingkan aspek memelihara keturunan. Islam dari awal lagi mengharamkan zina kerana ia boleh merosakkan keturunan yang baik hasil daripada kelahiran anak luar nikah. Bukan sekadar itu sahaja, Islam turut mengharamkan setiap perbuatan yang membawa kepada zina seperti melihat gambar lucah, melihat aurat wanita, pergaulan bebas antara lelaki dan wanita, berdua-duaan, berkhalwat dan sebagainya.Dalam hal ini hukum Islam sudah jelas bahawa zina dan sebarang mukaddimah yang menyebabkan zina adalah haram biarpun dengan alasan darurat sekalipun. [2]

   Memang tidak menghairankan lagi bahawa semua agama-agama langit bersepakat atas pengharaman zina dan menentangnya dengan keras. Dan akhir agama iaitu Islam mengeraskan lagi larangan melakukan zina kerana natijahnya cukup buruk iaitu akan mencampur-adukkan keturunan keluarga, melakukan jenayah ke atas anak yang dilahirkan, menjatuhkan nama baik kaum kerabat, memecah belahkan perhubungan manusia dengan manusia, menyebarkan penyakit kronik[3] di antara sesama manusia, merendahkan moraliti dan sebagainya. Firman Allah yang bermaksud ”Jangan sekali-kali kamu mendekati perbuatan zina itu, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang jijik dan jalan yang buruk sekali” (Al-Isra’;32)

 Berkhalwat dengan wanita asing (bukan mahram[4]) adalah haram. Ini kerana apabila berdua-duaan maka bisikan-bisikan buruk dan hasutan jahat dari yang ketiga akan menhancurkan pertahanan iman dan seterusnya terjerumus ke lembah penzinaan. Rasulullah s.a.w. telah bersabda:” Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah dia bersendirian dengan wanita asing, tidak ada bersamanya Mahramnya, kerana yang ketiganya adalah syaitan”.(Riwayat Ahmad) dan di dalam salah satu Hadis lagi; ” Jangan sekali-kali seseorang kamu bersendirian dengan seorang wanita asing, melainkan ada bersamanya Mahramnya”.(Riwayat Bukhari dan Muslim) .Naluri semulajadi manusia ini bakal mencemar kehormatan kekeluargaan dan kehidupan suami isteri serta masyarakat.[

gejala sosial di Malaysia semakin banyak dan menjadi-jadi. Gejala sosial meliputi kegawatan moral yang melanda masyarakat tidak kira agama, bangsa, umur dan jawatan. Setiap hari di pelbagai media massa seperti akhbar, televisyen, majalah, internet dan sebagainya kita mendengar dan melihat kes-kes buang bayi, keluarga bercerai berai, rempit, bohsia dan sebagainya. Salah laku remaja dan dewasa yang berdua-duaan sudah menjadi lumrah dalam masyarakat moden Malaysia.  Hubungan antara lelaki dan perempuan yang akhirnya menjurus kepada perlakuan khalwat yang menyebabkan masyarakat memandang jijik kerana kesan yang timbul dari perbuatan khalwat itu.

  Konsep kebebasan hidup yang dipeloporkan oleh ideologi ciptaan barat telah meracuni minda masyarakat Malaysia hingga warganegara sudah hilang jati diri. Budaya mengajak kepada keseronokan dan memenuhi tuntutan nafsu telah menjejaskan institusi kekeluargaan rakyat Malaysia. Cinta sebelum kahwin atau sesudah berkahwin tetapi dengan pasangan tidak sah yang lain telah menjerumus ke mukadimah zina dan membawa kepada keruntuhan kedamaian sebuah keluarga yang harmoni pada awalnya. Anak-anak akan hilang kasih sayang kerana ibu bapa bercerai atau bertelingkah kerana si suami atau si isteri telah ditangkap berkhalwat. Anak-anak ini akan mencari teman-teman untuk mencari ketenangan lantas akan terjebak dengan aktiviti tidak bermoral dan melanggar undang-undang seperti merempit, menagih dadah, mencuri, gangster dan sebagainya.

 kesalahan khalwat tidak boleh dipandang ringan. Yang dikhuatiri daripada perbuatan itu ialah kemungkinan akan berlaku zina, yang bukan saja membawa dosa besar kepada pasangan terbabit tetapi memberi kesan besar kepada masyarakat sekiranya menghasilkan anak luar nikah. Anak yang masih suci dicampak merata-rata macam sampah. Setiap hari kita melihat dan mendengar anak dibuang ke dalam tong sampah, longkang, tepi jalan, dan ada juga yang masih ada sifat naluri kemanusiaan diletakkan di tangga masjid.

 Masyarakat amat peka mengenai kes khalwat kerana tidak mahu kawasan perumahan mereka menjadi tempat maksiat. Kebanyakan kes tangkapan khalwat datang dari laporan, aduan dan kerjasama masyarakat, ini menunjukkan bahawa masyarakat tidak boleh menerima perbuatan mungkar dan memandang keji perbuatan khalwat. Mereka bertanggungjawab untuk membanterasnya.








loading...

0 Response to "USTAZ MILIKI 4 ISTERI DITANGKAP KHALWAT DENGAN REMAJA SEBELAH RUMAH."

Post a Comment

loading...
'));