loading...

RAMBUT SIAPA YANG PANJANG KAT BAHU BAJU ABANG NI!...BACA SEBELUM KOMEN!






Abang…abang…
Baik cakap ini rambut siapa yang panjang kat bahu baju abang ni…

Ali terpinga-pinga bila ditanyakan soalan seperti itu oleh isterinya

Rambut….rambut apa?

Rambut panjang seperti rambut perempuan…patutlah abang selalu balik lambat sekarang ni 😭

Ali menjadi bingung melihat rambut panjang yang dijumpai isterinya pada bahu kemeja kerjanya….

Hmmmm rambut siapa pula ini? Bisik hati Ali sambil memikirkan jawapan balas yang masuk akal untuk diberikan kepada isterinya…

Ayu tahukan,
Sejak kebelakangan ni kurang staff di OPD (Out Patient Department) Farmasi…sebab itu abang seminggu ini balik lewat untuk buat extended hour…

Yer, Ayu faham…tapi ayu curiga….ini rambut siapa…abang berambut pendek, ini panjang macam perempuan… 🤔

Mungkin rambut ini berpindah daripada white coat yang abang gantung di office…semua orang gantung white coat di situ termasuk budak-budak PRP (Pre-Registered Pharmacist) yang baru attach di OPD Farmasi tu…ujar Ali

“Huh….nasib baik Ayu boleh terima jawapan aku ini” bisik Ali selepas melihat isteri mula tersenyum dan boleh menerima jawapan yang diberikan.
*********

Ke-esokkan harinya seperti biasa Ali ke hospital untuk bekerja sebagai Pegawai Farmasi di OPD.

Hari itu Ali perhatikan satu persatu Pegawai Farmasi di OPD dan budak-budak PRP yang attach di situ…siapa yang free hair dan berambut panjang.

Hmmm….cuma Chan sahaja yang free hair. Yang lain semua bertudung. Tapi rambut Chan paras bahu sahaja….rambut semalam tu memang panjang gila…
***********

Sebulan telah berlalu…

Ayu bertanya lagi
Abang….siapa Pegawai di OPD tu yang free hair. Setahu Ayu memang semua bertudung…

Ali jawab dengan selamba…ada sorang tu budak PRP baru… Chan namanya. Dia jer yang free hair…

Ooo…Chan ni memang alami masalah rambut gugur ker? Boleh dikatakan setiap kali abang balik malam…mesti ada sehelai rambut panjang pada baju abang…

Ali semakin bingung.
Siapa punya rambut ini yer…
Kenapa bila balik Malam sahaja baru ada rambut tu?
**********

Masalah parkir memang berlaku di setiap hospital, terutama hospital besar di bandar-bandar…

Namun staff Farmasi di hospital Ali bekerja bernasib baik kerana dibenarkan parkir kenderaan di perkarangan stor farmasi…dengan syarat mesti staff Farmasi di hospital itu.

Selalunya stor farmasi ini di mana-mana hospital pun memang lokasinya pasti dihujung hospital…

Ali selalunya akan parkir kereta di kawasan belakang stor farmasi di bawah pokok yang besar yang banyak terdapat di situ…maklum sahajalah, hospital lama…pokok-pokok semua besar-besar dan sudah tua…

Bagi Ali…sekurang-kurangnya dapat parkir berteduh bawah pokok di situ…
*************

Suatu hari semasa Ali bertugas di kaunter OPD farmasi….Ali ditegur oleh kak edah…kak edah ni Penolong Pegawai Farmasi (ppf) yang telah lama berkhidmat di hospital tu…

“Ali….berani sungguh ko parkir kereta ko bawah pokok Kat stor tu…”

Eh…kenapa kak edah? Jawab Ali

Kat belakang tu kalau ko parkir dan balik siang-siang tidak mengapa….tapi balik malam ni…hmmm

Kenapa kak? Ali tertanya-tanya ingin tahu.

Ko tak dengar apa-apa masa malam-malam kat area parkir tu? Dan ko tak perasan ke kereta ko sahaja yang parkir Kat situ bila sudah Malam? Tanya kak edah.

Tak habis perbualan tadi…
Pesakit dah mula ramai dan semua fokus pada kerja mendispen ubat…perbualan Ali dengan kak edah terhenti di situ sahaja…
*************

Masih teringat-ingat soalan kak edah tadi bisik hati Ali dalam perjalanannya ke kereta yang di pakir di bawah pokok di belakang stor farmasi itu…

Hmmm dengar bunyi apa yer?
Ali cuba ingat setiap malam di kawasan pakir itu apa bunyi yang sering didengari…

Yang ada bunyi burung
Kekek.. kekek.. kekek..
Itu yang Ali selalu dengar…tapi Ali tak pernah mendongak ke atas pokok untuk melihat burung apa yang bunyi seperti itu…
************

Setibanya di kawasan pakir tu Ali cuba mendongak ke atas untuk melihat apa yang ada atas pokok itu…

Tidak kelihatan apa-apa…sebab dari jauh kelihatan gelap sahaja kawasan itu..

Setelah betul-betul Ali menghampiri keretanya….
kedengaran bunyi
Kekek…kekek…kekek
Dalam masa yang sama terjatuh sehelai rambut yang panjang ke bahu Ali.

Masa itu bulu roma Ali meremang…
Ali mendongak dan cuba mencari burung apakah bunyi seperti itu…

Tiba-tiba kelihatan kelibatan susuk wanita dengan jubah putih yang usang berjurai-jurai dengan rambut yang panjang menutupi wajahnya…

Kekek…kekek…kekek
Ngilai kecil makhluk itu membuatkan jantung Ali terus berdegup kencang…
Ali hampir terkencing ketakutan…

Dengan pantas Ali memasuki kenderaannya dan memecut laju keluar daripada parkir hospital itu…
**********

Seminggu Ali demam akibat kejadian itu…
Selepas seminggu barulah Ali nenceritakan kisah sebenarnya kepada isterinya Ayu…

Ayu yang mendengar Kisah suaminya itu juga demam selepas itu…tidak disangka rupanya rambut panjang yang disangkanya bukti suaminya itu curang rupa-rupanya milik kelibat berjubah putih di atas pokok 😬

Harap Anda tidak demam selepas membaca kisah seram ini

Pengajaran:
1. Elakkan letak kereta bawah pokok kerana ditakuti terhempap ranting atau dahan ketika hujan lebat atau kereta akan dipenuhi najis burung.

2. Elakkan bersangka buruk terhadap suami. Mungkin suami anda diganggu makhluk yang bersidai di atas pokok.

Inilah Alasan Istri Dilarang Buruk Sangka Pada Suami

Berprasangka buruk adalah suatu perbuatan yang buruk dan mengundang dosa. Allah memerintahkan orang-orang yang beriman utnuk menjauhi prasangka, sebab tak jarang prasangka-prasangka tersebut berujung pada perbuatan yan dzalim. Terlebih lagi apabila prasangka buruk tersebut ditujukan seorang istri terhadap suaminya.

Sebagaimana firman-Nya, “Wahai orang yang beriman! Jauhi kebanyakan berprasangka kerana sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain.” (QS.Al-Hujrat:12)

Istri yang selalu berprasangka buruk terhadap suami, akan menodai hakikat pernikahan yang dibangun atas dasar kepercayaan. Berbagai tidakan seperti mengintip HP, Facebook, Whats up, dan lainnya yang merupakan hak privasi suami adalah salah satu hal yang kurang baik.

Selain melanggar hak peribadi suami, tindakan itu juga menggalakkan pertikaian antara suami isteri. Tidak heranlah Rasulullah SAW sangat membenci perbuatan ini.

Rasulullah Saw. bersabda : “Berhati-hatilah kalian daripada tindakan berprasangka buruk kerana prasangka buruk adalah sedusta-dusta ucapan. Janganlah kalian saling mencari keburukan orang lain, saling intip-mengintip, saling mendengki, saling membelakangi dan saling membenci. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara.”

Prasangka buruk atau tajassus, sebagaimana menurut Abu Hatim bin Hibban al-Busti menjelaskan dalam kitabnya Raudhah al-‘Uqala’:

“Tajassus adalah cabang daripada kemunafikan, seperti sebaliknya prasangka yang baik adalah cabang daripada keimanan.

Orang yang berakal akan berprasangka baik kepada saudaranya, dan tidak mau membuatnya sedih dan berduka, sedangkan orang yang bodoh akan selalu berprasangka buruk kepada saudaranya dan tidak segan-segan berbuat jahat dan membuatnya menderita.”

Prasangka buruk dalam rumah tangga akan membuat kehidupan rumah tangga tidak berjalan baik. Suami akan merasa tidak nyaman. Dan jauh lebih buruk lagi justru istri tidak pernah merasa tentram dan selalu tertekan. Hal tersebut akan merusak visi dan misi pernikahan yang sebelumnya dsepakati.








loading...

0 Response to "RAMBUT SIAPA YANG PANJANG KAT BAHU BAJU ABANG NI!...BACA SEBELUM KOMEN!"

Post a Comment

loading...
'));