loading...

PM Malaysia Lebih Mementingkan Hubungan Diplomatik Dengan AS Berikutan Isu Baitulmaqdis...Sikap Pentingkan Diri Dan Hanya Jaguh Di Negara Sendiri Ujar Raja Bahrin






Hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Amerika Syarikat tidak akan terjejas berikutan isu pemindahan ibu negara Israel ke Baitulmaqdis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini kerana kerjasama masih lagi terjalin dalam hal-hal lain tetapi berkaitan hal Baitulmaqdis, Malaysia akan tetap pegang pada prinsipnya.

"Prinsip kita tidak boleh terima perkara ini kerana ia bertentangan dengan apa yang ditentukan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Selain itu, perkara ini juga akan menyulitkan two-state solution," katanya pada dalam sidang media selepas sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Di samping itu, menurut Datuk Seri Najib, perkara ini akan membawa kepada ketegangan dan pertumpahan darah sekiranya tidak dibendung.

"Difahamkan, bukan sahaja orang Islam marah mengenai perkara ini tetapi orang agama lain seperti Kristian juga tidak senang hati dengan pengumuman tersebut.

"Di Eropah pun, hampir semua tidak setuju mengenai perkara ini. Maknanya, bukan sahaja negara Islam tidak setuju tetapi pandangan itu turut dikongsi negara bukan Islam," katanya lagi.

Parti Amanah Nasional (Amanah) menuntut Malaysia menyatakan pendirian terhadap tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memindahkan kedutaan negara itu ke Baitulmaqdis.

Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak seharusnya menggunakan hubungan baiknya bersama Trump ke arah mempengaruhi polisi Trump untuk kebaikan umum umat Islam sedunia.

“Beliau sering mengumumkan hubungan baik dan istimewa beliau dengan Trump.

“Baik dalam isu pengistiharaan pengharaman umat Islam negara tertentu memasuki AS sehingga hasrat Trump memindahkan Kedutaan AS ke Baitulmaqdis, Najib membisu seribu bahasa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Najib dilihat lebih mengutamakan memelihara hubungan peribadi dengan Trump supaya tidak terjejas daripada menggunakannya untuk kepentingan umum umat Islam.

“Ini adalah  sikap mementingkan diri dan bukan sikap seorang pemimpin Islam yang berjuang dan berkorban untuk umat Islam sedunia.

“Adakah ini sikap seorang pemimpin yang kita boleh  berbangga membela Islam atau yang patut kita ganti? Seluruh Dunia dan Malaysia memerhati kelemahan kepimpinan Najib yang amat mendukacitakan,” ujarnya.

Raja Bahrin berkata, sebagai perdana menteri, Najib hanya berani menjuarai Islam di Malaysia sahaja seperti seorang  jaguh kampung.

“Di pentas antarabangsa Malaysia sudah tidak lagi relevan di bawah kepimpinan Najib. Itulah Nasib Malaysia hari ini selepas 60 tahun Merdeka.

“Adakah Malaysia mempunyai pendirian dalam isu yang melibatkan salah satu tempat terpenting untuk dunia dan umat Islam?,” soalnya.

Dalam masa sama, Amanah turut mengecam sekeras-sekerasnya tindakan Trump ini.

“Sejak menjadi presiden Trump bukan menjadi pendamai tetapi menjadi punca tercetus ketegangan dan persengketaan di Timur Tengah dan juga di Asia terutamanya di Korea.

“Hak orang Islam sedunia tercabar dan maruah kami tercalar teruk hari ini. Baitulmaqdis adalah isu terpenting menyelesaikan isu Rakyat Palestin dan Islam sedunia,” katanya.

AS adalah musuh nyata orang Islam dan Palestin dengan tindakan ini yang kami kutuk sekeras kerasnya.

“Hari ini mereka mereka yang memilih menjadi sekutu rapat AS adalah musuh umat Islam.

“Kami juga menuntut kerajaan Malaysia menghantar bantahan keras ke AS atas tindakan memindah kedutaannya ke Baitulmaqdis," katanya.


PRESIDEN Turki, Recep Tayyip Erdogan memberi amaran jika Baitulmaqdis diiktiraf sebagai ibu negara Israel.

Menurutnya, beliau akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel sekiranya Amerika Syarikat pengiktirafan tersebut.

Turki dan Israel memulihkan hubungan diplomatik tahun lepas, enam tahun selepas Turki memutuskan perhubungan dalam protes pembunuhan sembilan aktivis Turki Palestin dalam pertempuran dengan komando Israel di atas kapal yang cuba menghancurkan blokade Israel di Gaza.

Dalam satu ucapan di televisyen, Erdogan berkata, Baitulmaqdis adalah garis merah buat umat Islam, lapor BBC.

Ucapan secara langsung itu ditujukan kepada Trump.

“Kita boleh putuskan hubungan diplomatik dengan Israel mengenai isu ini,” katanya.

Sementara itu, Menteri Israel, Naftali Bennett berkata, Erdogan tidak melepaskan peluang untuk menyerang Israel.

"Akan selalu ada yang mengkritik, tetapi pada akhirnya, penyatuan Baitulmaqdis lebih baik daripada simpati Erdogan,” katanya.

Trump, pada Rabu akan mengumumkan keputusannya sama ada memindahkan kedutaan AS di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Trump dikatakan telah berbincang dengan beberapa pemimpin dunia sebelum pengumumannya berhubung perkara itu.

Jurucakap Palestin berkata, Presiden Mahmoud Abbas telah memberitahu Trump bahawa memindahkan kedutaan Amerika Syarikat ke Jerusalem akan membawa kesan berbahaya.

Raja Jordan Raja Abdullah turut berpandangan serupa berhubung kenyataan terbabit.

Beliau memberitahu Trump bahawa pemindahan kedutaan itu akan membawa kesan buruk terhadap kestabilan dan keselamatan rantau ini.











loading...

0 Response to " PM Malaysia Lebih Mementingkan Hubungan Diplomatik Dengan AS Berikutan Isu Baitulmaqdis...Sikap Pentingkan Diri Dan Hanya Jaguh Di Negara Sendiri Ujar Raja Bahrin"

Post a Comment

loading...
'));