loading...

Misteri Terungkap! Ternyata, Inilah Erti Jika Garis Tangan Anda Membentuk Huruf ‘M’ Dan Kenali Personaliti Dari Bentuk Jari. Yang Jenis B Tu Hmmm






Menurut sesetengah orang, garis-garis pada telapak tangan dipercaya bolehmengungkapkan karakter dan nasib kita. Bukan sahaja karakter dan nasib, bahkan garis tangan mampu mengungkapkan semua hal tentang kehidupan Anda.

Mulai dari kewangan, kesihatan, watak, jodoh dan lain sebagainya. Maka tak hairan, banyak peramal yang menggunakan media telapak tangan untuk meramal, atau biasa dikenal dengan metode palmistry.

Bentuk garis tangan setiap orang sudah tentu berbeza-beza. Ada yang membentuk huruf ‘N’ dan ada juga yang membentuk huruf ‘M’. Tapi tahukah Anda, orang-orang dengan garis tangan membentuk huruf ‘M’ dianggap sebagai orang yang istimewa.

Mereka dianggap sebagai orang yang berbakat, terutama memiliki intuisi yang kuat serta bisa menjadi rakan yang sangat baik jika menjalankan bisnes apapun.

Jika pasangan Anda juga memiliki garis tangan yang sama, bererti ia tidak suka membohongi Anda, membuat lawak atau menipu Anda. Bahkan, ia boleh mengetahui jika Anda sedang berbohong atau menipunya.

Wanita dengan garis tangan membentuk huruf ‘M’, memiliki intuisi lebih kuat dari laki-laki dan jika kedua pasangan sama-sama memiliki garis tangan seperti ini, maka sudah tentu wanita yang lebih dominan memiliki intuisi yang lebih kuat.

Orang-orang dengan garis tangan istimewa ini memiliki kekuatan untuk membuat perubahan yang mereka mahukan dalam hidup dan mampu merebut peluang dalam hidup.

Bahkan, menurut kepercayaan masyakarat, semua Nabi juga memiliki telapak tangan dengan garis tangan seperti ini. Jadi, jika Anda sebahagian dari orang-orang yang memiliki garis tangan membentuk huruf ‘M’, bererti Anda adalah orang yang istimewa.

Kenali Personaliti Dari Bentuk Jari. Yang Jenis B Tu Hmmm
Gambar menunjukkan tiga jenis panjang jari , bertanda A, B dan C. Semak jari anda dan ketahui makna di sebaliknya.

1. Jari Kumpulan A

Mereka yang memiliki jari manis yang lebih panjang daripada jari telunjuk menunjukkan mereka seorang yang cantik dan kacak. Mereka juga mempunyai daya tarikan yang sangat menarik. Di samping itu, mereka lebih agresif dan tegas dan ia tidak ada masalah bagi mereka untuk mengambil risiko.

Profesion mereka biasanya ialahaskar, jurutera, pemain catur dan mereka juga berjaya dalam menyelesaikan silang kata. Ahli-ahli sains dalam kajian mereka mendapat bahawa mereka yang memiliki jari manis lebih panjang akan hidup lebih senang berbanding dengan mereka yang memiliki jari manis lebih pendek.

2. Jari Kumpulan B

Mereka yang memiliki jari manis lebih pendek daripada jari telunjuk mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan bersikap sombong. Mereka lebih suka bersendirian dan tidak suka diganggu di masa lapang mereka.

Mereka bukan jenis orang yang akan mengambil langkah pertama dalam perhubungan, tetapi mereka sentiasa menerima dan menghargai perhatian yang mereka terima.

3. Jari Kumpulan C

Mereka yang mempunyai jari manis dan jari telunjuk sama panjang adalah mereka yang sukakan kedamaian, dan berasa tidak selesa apabila mereka mendapati diri mereka berada di dalam zon konflik.

Mereka ini seorang yang sangat teratut dan sentiasa cuba bergaul dengan semua orang. Mereka ini disifatkan seorang yang setia dalam perhubungan yang penuh dengan kelembutan dan penyayang terhadap pasangan mereka.

Hurm.. Jari anda tergolong dalam kumpulan mana ya?

Tapi jangan pula anda percaya bulat-bulat dengan apa yang diberitahu nanti. Sama seperti zodiak. Ia tidaklah tepat sepenuhnya.








loading...

0 Response to "Misteri Terungkap! Ternyata, Inilah Erti Jika Garis Tangan Anda Membentuk Huruf ‘M’ Dan Kenali Personaliti Dari Bentuk Jari. Yang Jenis B Tu Hmmm"

Post a Comment

loading...
'));