loading...

MEMANG PELIK..Kereta Menteri Dikecualikan Saman Had Laju, Tetapi Ambulan Kena Saman Had Laju?






Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berpendapat kenderaan rasmi menteri perlu diberi kelonggaran terhadap peraturan keselamatan jalan raya.

Ini kerana katanya, menteri dan timbalan menteri hanya menggunakan kenderaan rasmi kerajaan untuk urusan kerajaan dan mereka perlu berkejar ke daripada satu urusan ke satu urusan yang lain.

"Biasanya kami (menteri, timbalan menteri) hendak cepat. (Pemandu) kami terpaksa memandu laju dari satu program ke satu program yang lain kerana masa yang suntuk.

"Kalau ada polis tahan, biasanya kami akan berterus terang yang kami baru selesai hadir satu program dan perlu hadiri satu lagi program dalam masa terdekat. Biasanya pihak berkuasa akan beri kerjasama," katanya ketika ditemui pemberita di luar sidang Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan saman terhadap kenderaan rasmi menteri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Kujat.

Terdahulu, Masir ketika bersidang dalam Dewan Rakyat di Parlimen hari ini berkata, mana-mana kenderaan rasmi menteri atau timbalan menteri yang dibawa melebihi had laju yang ditetapkan boleh disaman pegawai polis trafik.

Dalam pada itu, Nur Jazlan turut mengakui setakat ini, kenderaan rasmi kerajaan tidak pernah menerima saman daripada polis trafik.

"Kenderaan rasmi kerajaan hanya untuk urusan rasmi kerajaan. Hanya sekali-sekala kami terpaksa memandu lebih had laju. Saman ini sepatutnya difokuskan kepada pengguna jalan raya.

"Berapa kali kita pernah dengar kenderaan rasmi menteri terlibat kemalangan? Tidak pernah. (Tetapi) Kadang-kadang atas urusan kerajaan, terpaksa lajukan kenderaan. Dan atas urusan kerajaan, ia perlu dimaafkanlah," katanya lagi.


Kereta Menteri Dikecualikan Saman Had Laju, Tetapi Ambulan Kena Saman Had Laju

Kereta rasmi milik kerajaan tidak akan disaman sekiranya mereka memandu melebihi had laju, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau menjelaskan, ia kerana kebanyakan kereta yang dinaiki menteri adalah untuk urusan rasmi kerajaan.

Bagaimanapun, beliau berkata, perkara itu berbeza sekiranya saman had laju dikenakan terhadap kereta milik peribadi.

"Kereta kerajaan, (jika) kita dalam urusan rasmi, kita terpaksa bawa laju kita maklum pada polis.

"Contohnya saya terlambat dari satu acara untuk ke acara lain, kemudian saya perlu memandu laju dan ditangkap. Kami akan jelaskan pada polis yang kami dari acara itu ke acara itu.

"Kalau kereta rasmi, kami akan jelaskan pada polis. Kereta rasmi kerajaan digunakan untuk urusan kerajaan. Takkan digunakan untuk urusan kerajaan kita kena bayar saman juga.

"Kalau kereta sendiri, pemandu saya memandu kereta peribadi saya, saya akan bayar (jika disaman)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan pemberita berhubung soalan yang dibangkitkan Teo Kok Seong (DAP-Rasah) dalam Dewan Rakyat kepada kementerian dalam negeri mengenai kadar saman kesalahan jalan raya dan jumlah saman yang dikeluarkan oleh kementerian berkenaan.










loading...

0 Response to "MEMANG PELIK..Kereta Menteri Dikecualikan Saman Had Laju, Tetapi Ambulan Kena Saman Had Laju?"

Post a Comment