loading...

LULUH DAN HANCURNYA HATI SAYA BILA BUKA BEG KERJA SUAMI...RUPA - RUPANYA.....






Kisah hidup saya dengan suami, 23 November 2006, kami disatukan. Suami hanya kerja kampung, menoreh getah dan tinggal di rumah mertua.

Selepas 4-5 bulan berkahwin, saya disahkan hamil. 2 Februari 2008 saya selamat melahirkan bayi lelaki. Saya sudah rasa sangat bahagia pada saat itu walaupun susah, tetapi suami ada di sisi yang kuat bekerja mencari rezeki untuk kami.

Sekali lagi saya disahkan hamil. 4 Mac 2009, saya selamat melahirkan bayi perempuan. Dua bulan selepas bersalin, suami pergi Sarawak menjalani latihan selama 6 bulan. Kembalinya suami ke sini sebagai anggota polis dan bekerja di balai polis.



Suami dapat rumah di kuarters polis di Shah Alam. Dah tolak bank, tolak rumah, hanya tinggal RM600. Dengan motosikal EX5 suami berulang ali pergi kerja. Memang rasa bahagia.

Pergi beli barang di Tesco dengan anak seorang di depan, seorang lagi di tengah-tengah naik motosikal.

Akhirnya suami dapat beli sebuah kereta terpakai. Dengan gaji RM600 saya rasa sudah sangat bahagia sebab anak-anak dan suami di sisi.

Disebabkan rumah jauh dari tempat kerja suami, kami pun berpindah ke kota. Dekatlah sikit dengan tempat kerja suami.

Anak lelaki pun dah berumur 6 tahun, masuk sekolah tadika di situ. Tahun 2013,saya selamat melahirkan bayi perempuan, anak yang ketiga. Saya rasa saya sangat bahagia. Tetapi inilah dikatakan isteri diuji saat suami susah, suami diuji saat dia senang.

7 tahun dalam perkhidmatan polis, saya percaya 100% kepada suami. Pada tahun ke 9 perkahwinan kami, saya diuji dengan ujian yang terlalu berat. Saya mendapat petunjuk melalui mimpi. Seminggu saya bermimpi yang suami saya ada perempuan lain. Akhirnya hati saya tergerak untuk membuka beg kerja suami. Betapa hancurnya hati saya bila terbaca surat nikah suami di Thailand. Mengigil seluruh badan.

4 bulan saya bersabar sebab fikirkan anak-anak. Tetapi saya mengalah sebab saya tidak sanggup bermadu. Setiap hari menangis dan persoalan bermain di fikiran, apakah salah saya? Saya suruh suami pilih antara saya, anak-anak dengan isteri baru dia. Namun, suami enggan melepaskan siapa-siapa. Jadi saya mengalah sebab saya tidak sanggup.

Betapa terseksanya saya, selama 4 bulan bertahan, akhirnya saya diceraikan pada bulan Disember yang lalu di saat saya mengandung 4 bulan. Suami lebih memilih isteri barunya berbanding saya yang sudah 9 tahun hidup susah dengannya.

Saya tinggal dengan ibu di kampung. Saya tidak pernah bekerja, habis pantang ini terpaksalah saya mencari kerja untuk menanggung anak-anak. Doakan anak-anak yang tidak tahu apa-apa ini membesar dengan sihat walaupun tanpa kasih sayang seorang ayah.-KRT

Untuk suami yang curang, baca dan hayati pesanan Ustaz Azhar Idrus ini:

Suami : Ustaz, perempuan simpanan saya lebih ramping daripada isteri saya. Isteri saya gemuk.

Ustaz : Perempuan simpanan kamu pernah melahirkan anak kamu ke? Tentu tidak, bukan? Kerana dia lebih sayangkan tubuh badannya berbanding kamu. Isteri kamu pula sanggup korbankan tubuhnya kerana dia lebih sayangkan kamu dari tubuhnya sendiri.

Suami : Ustaz, perempuan simpanan saya manja dan lemah-lembut. Isteri saya langsung tiada masa  untuk saya dan kadangkala dia garang dengan saya.

Ustaz : Perempuan simpanan kamu tidak ada tanggungjawab untuk dipikul. Dia tidak perlu tahu masalah kamu, hutang-piutang kamu. Kerana itu dia sentiasa gembira bersama kamu. Berbanding dengan isteri kamu dia memikul semua masalah kamu. Masanya terpaksa dibahagi untuk menjaga kamu dan anak-anakmu. Kerana dia tahu menjaga anak-anakmu adalah tanggungjawabnya dan itu tanda cintanya padamu.

Suami : Isteri saya jarang memujuk saya berbanding perempuan simpanan saya. Dia sentiasa memujuk saya.

Ustaz : Isteri kamu sudah puas memujuk anak-anakmu bila mereka bertanya bila kamu akan pulang. Anak-anak mengadu tentang kamu yang tidak pernah mengambil tahu tentang mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di mata anak-anakmu sedangkan kamu masih sibuk bergelumang dengan dosa bersama perempuan simpanan kamu. Perempuan simpanan kamu itu pernahkah terfikir tentang maruah kamu?

Suami : Tapi ustaz..

Ustaz : Beginilah, jika isteri kamu tidak cukup sempurna untuk kamu, kamu ceraikan saja dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tidak tahu bersyukur seperti kamu. Cuba kamu fikir, kalau bukan kerana dia korbankan bentuk tubuhnya kerana kamu, sepanjang hayat kamu tidak akan melihat waris keturunan kamu. Kalau dia mahu, dia juga boleh memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai kamu. Tetapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tidak pernah kamu hargai. Bukan dia yang tidak cukup sempurna untuk kamu tetapi kamu yang tidak layak mendapat isteri sepertinya. Lebih baik kamu nilai diri sendiri dari kamu menilai isteri kamu kerana dia adalah ibu kepada anak anakmu.

5 PETANDA SUAMI CURANG PADA ISTERI

PERTAMA: SIKAP BERUBAH

Apa yang berubah? Ha, ada banyak perubahan. Antaranya, dari mesra dengan anak-anak serta isteri jadi kurang mesra. Suka menyendiri bersama handphone. Selain tu, bila ditanya oleh isteri "sayang kat mana?" si suami akan melenting "eh, U ingat I keluar dengan perempuan ker?" (walhal...memang tengah dating pun) Sebab tu marah bila ditanya. Ada juga yang terlebih 'CARING' pada isteri dan anak-anak. Yang tu memang ketara sangat la, kalau selama ini biasa aje perangai tu tapi jadi luar biasa. Memang sah ada yang tak kena tu.

KEDUA: HANDPHONE ADA KATA LALUAN/PANDAI BAWA HANDPHONE DALAM TANDAS

Ha..yang ini memang KETARA luarbiasa la kalau berlaku pada suami. Confirm ada yang tak kena, dan yang tak kena tu ialah suami CURANG. Ada berhubung dengan wanita lain. Takkan dengan lelaki lain sampai bawa handphone masuk toilet?!!! Lepas tu siap letak password lagi tu.

KETIGA: JAWAB PANGGILAN CARI TEMPAT YANG JAUH DARI ORANG

Bila bunyi handphone, si suami pandai tak jawab dua tiga kali lepas tu kali ketiga baru jawab tapi pergi ke sudut yang tiada orang. KG bukan nak ajak berprasangka buruk pada suami, tapi kalau kebiasaannya bunyi handphone jawab tanpa peduli alam sekeliling tetiba berubah jadi macam tu. Tidakkah pelik?

KEEMPAT: OBSES DENGAN MEDIA SOSIAL/WHATSAPP/TELEGRAM

Handphone dah letak kata laluan, bila ada panggilan lari dari orang untuk jawab panggilan tu. Ha...tu baru panggilan. Yang bermesej di whatsapp atau telegram ker wechat ke sambil bawa handphone bawa masuk toilet? Berjam-jam duduk dalam tandas dok bermesej dengan kekasih gelap le tu kan? Takkan ko gambar tahi kau yang berketul-ketul tu? Kenapa nak letak kata laluan kalau si suami tu setia?

KELIMA: KELUAR TANPA MAHU ISTERI ATAU ANAK-ANAK IKUT SERTA

Kalau sebelum ni, pergi shopping atau pasar mesti dengan isteri dan anak-anak. Tapi ini tetiba nak jalan seorang-seorang dan bagi alasan jumpa kawan itu la ini la. Tau-tau jumpa dengan kekasih gelap. CURANG ler tu.


Okey la, tu aje isi pembentangan KG hari ini. Ingat suami-suami diluar sana, biasanya isteri ni ada sixth sense tau. Bila isteri ada rasa semacam tu, pasti benda tu ada yang tak kena. (biarpun tak semua la). Walau apapun, KG nasihatkan setialah pada isteri anda. Pengorbanan isteri terlalu besar, memberikan dan melahirkan zuriat kamu. Bersabung nyawa masa bersalin. Tapi selepas dua tiga anak berdert, kamu nak cari PUCUK MUDA la pulak? Yang pucuk muda pun akan jadi pucuk tua juga nanti.

Sekian.








loading...

0 Response to "LULUH DAN HANCURNYA HATI SAYA BILA BUKA BEG KERJA SUAMI...RUPA - RUPANYA....."

Post a Comment

loading...
'));