loading...

Inilah Teguran Rasulullah SAW Tentang Ketawa Kerana Mematikan Hati Dan Yang Membuat Syaitan Menangis,Takut Dan Ketawa...Kongsikan Kepada Yang Lain






Suatu ketika Rasulallah saw dalam perjalanan untuk menunaikan solah lalu Baginda saw ternampak satu kumpulan orang yang sedang ketawa berdekah-dekah sehingga menampakkan gigi.

" Sekiranya kamu banyak mengingati maut pasti tidak akan berlaku keadaan yangsaya lihat ini; Oleh itu perbanyakkanlah mengingati maut. Tiada satu haripun berlalu tanpa kubur berkata, "Aku ialah rumah kesunyian, rumah kesaorangan, rumah debu dan rumah ulat-ulat".

Apabila seseorang mukmin dimasukkan kedalam kubur maka kubur akan berkata, "Kedatanganmu dialu2kan, tersangat baik kerana kamu telah datang kepadaku. Daripada kalangan manusia yang berjalan diatas muka bumi, engkaulah yang paling aku sukai. Hari ini engkau telah datang kepadaku, engkau akan melihat sebaik-baik layanan daripadaku".

Selepas itu kubur akan meluas sejauh mata memandang. Kemudian akan terbuka satu pintu yang melalui pintu itu akan masuk bayu dan wangi-wangian dari syurga secara berterusan.

Apabila orang yeng berdosa dimasukkan, kubur akan berkata, "Tiada kata-kata aluan untuk kedatanganmu. Sangat jelek kedatanganmu. Daripada kalangan manusia yang berjalan diatas muka-bumi engkaulah yang paling aku benci. Hari ini engkau telah diserahkan kepadaku, engkau akan melihat layanan daripadaku"

Selepas itu kubur akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuk akan berceragah antara satu sama lain. Kemudian 70 ekor ular akan dilepaskan keatasnya. Sekiranya seekor sahaja daripada ular itu menghemburkan bisa keatas bumi, maka sehelai rumput pun tidak akan tinggal. Ular itu akan terus mematuk orang tersebut hingga kehari khiamat. Selepas itu Rasulallah saw bersabda,

"Kubur merupakan satu kebun daripada kebun-kebun syurga ataupun satu lembah daripada lembah-lembah neraka".(Misykat)


Keterangan

Takutkan Allah snt ialah perkara yang sangat-sangat perlu lagi penting. Perkara inilah yang menyebabkan Rasulallah saw sering merenung. Mengingati maut akan menamakan sifat takut kepada Allah, oleh sebab itulah, Rasulallah saw menyarankan supaya kita sering mengingati maut kerana amalan ini penting lagi pula memberi munafaat.

Ketawa Melampau Matikan Hati

Suka dan duka menjadi asam garam kehidupan. Setiap insan sering dihadapkan dengan pelbagai keadaan hidup. Menangis dan hiba sering dikaitkan dengan kedukaan atau penderitaan. Ketawa pula selalu menjadi manifestasi keriangan dan kepuasan yang tidak semua insan dapat merasai.

Islam tidak melarang umatnya melahirkan rasa kegembiraan dan kepuasan hati mereka dengan ketawa. Namun, sebagai agama syumul dengan pelbagai adab dan disiplin, syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan. Ini bagi mengelakkan umat Islam dipandang rendah martabatnya oleh orang lain. Ini menyingkap sirah Rasulullah ketika hebat melancarkan misi dakwah melalui jihad perang selepas hijrah ke Madinah.

Allah menempelak sebahagian tentera munafik yang pada mulanya menyatakan persetujuan bersama Nabi Muhammad di medan peperangan. Bagaimanapun, mereka membatalkan janji dan persetujuan pada saat genting tentera Islam bakal berperang dengan kekuatan tentera musyrikin Quraisy dalam Perang Uhud.

Berikutan peristiwa itu, Allah berfirman bermaksud:
“Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka usahakan.” (Surah at-Taubah: 82).

Jelas daripada maksud ayat ini, Allah mengungkapkan sifat lazim kaum munafik selalunya suka mengamal tabiat ketawa berlebihan. Sedih, murung, riang, gembira dan ketawa adalah sentuhan naluri semula jadi tetapi Islam tetap mengehadkan untuk mengelak berlaku keadaan yang melampau.

Islam menyediakan pilihan yang boleh diamalkan bagi mengelak kita daripada bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila hati dan perasaan bertindak balas dengan apa yang dialami. Rasulullah bersabda bermaksud:
“Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.” (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)

Sewajarnya setiap insan mukmin segera menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara menzahirkan perasaan tersendiri dengan cara berlebihan. Hal ini kerana dibimbangi boleh membawa kepada beku dan matinya hati.

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah.

Ketawa yang sampai ke tahap berlebihan akan lebih mengundang perkara negatif. Orang banyak ketawa lebih suka membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan sesuatu bermanfaat. Banyak ketawa juga boleh melupakan manusia daripada mengingati mati dan himpunan dosa yang menimbun dalam diri.

Apabila lupa kepada mati, manusia lupa membuat persiapan menuju ke alam abadi kerana terlalu leka dengan keindahan, kekayaan, keseronokan dan kegembiraan yang tidak lebih hanya bersifat sementara.

Justeru, bermuhasabah diri adalah jalan paling terbaik supaya tidak terlalu leka dengan keseronokan dan keriangan yang dinikmati di dunia.

Kita juga diminta tidak mudah berpuas hati dan leka dengan pencapaian tersendiri dan akhirnya menjadikan ketawa sebagai teman kepada keseronokan

Syaitan takut, menangis dan ketawa

Syaitan, Jin  dan manusia mempunyai perbezaan darjat. Manusia lebih tinggi darjatnya daripada Syaitan dan jin. Kerana itulah sebenarnya Syaitan dan jin sangat takut pada manusia. Namun kerana syaitan dan jin berjaya menakut-nakutkan manusia maka manusia menjadi takut pada syaitan dan jin. Sebagai seorang muslim seharusnya kita tidak boleh takut kepada syaitan dan jin. Jika syaitan dan jin mengganggu manusia sudah sewajarnya manusia untuk melawannya,

"Sesungguhnya mereka itu tidak lain hanyalah syaitan yang menakut-nakutkan (kamu) dengan kawan-kawannya (orang-orang musyrik Quraisy), karena itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu, jika kamu benar-benar orang yang beriman" (QS . Ali Imran 3:175).

Ertinya: "Mujahid berkata:" Syaitan itu sebenarnya sangat takut oleh salah seorang dari kalian (manusia). Oleh kerana itu, apabila kamu dapati, janganlah takut kerana kalau takut, ia akan menunggang kalian (mengganggu), akan tetapi kerasi (kasarilah), pasti ia akan pergi ". (Riwayat Ibn Abi Dunya)

"Mujahid berkata:" Sesungguhnya syaitan dan jin kafir itu takut oleh kalian sebagaimana kalian takut oleh mereka "(Riwayat Ibnu Abi Dunya)

"Imam Mujahid berkata:" Suatu malam ketika saya sedang melaksanakan solat, tiba-tiba muncul makhluk sebesar anak laki-laki di hadapan saya. Lalu saya desak dia untuk ditangkap. Akan tetapi ia bangun dan lompat ke belakang dinding sehingga saya mendengar jatuhnya. Setelah itu, ia tidak penah datang lagi "(Riwayat Ibnu Abi Dunya).

Ketawa dan menangisnya Jin

Dalam sebuah hadis dikatakan bahawa syaitan akan ketawa apabila seseorang menguap dengan mengeluarkan suara seperti; "euuuay" atau "haaaa". Hadis bahawa syaitan tertawa adalah:

"Abu Hurairah berkata, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:" Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci nguap. Apabila seseorang bersin lalu mengucapkan al-hamdulillah, maka muslim yang mendengarnya perlu mendoakannya. Adapun menguap datangnya dari syaitan, kerana itu tahanlah sedapatmungkin. Apabila ia menguap terus keluar suara "haaa", maka syaitan akan ketawa "(HR. Bukhari dan lainnya).

Sementara syaitan akan menangis apabila seseorang membaca surat as-Sajdah dan ketika sampai pada ayat sajdahnya yakni ayat yang ke-15, ia melaksanakan Sujud Sajdah. Hal ini sebagaimana dikatakan dalam sebuah hadis.

"Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:" Apabila anak Adam membaca surat as-Sajdah kemudian dia sujud sajdah (ketika membaca ayat sajdahnya ayat ke-15), maka syaitan akan pergi menangis sambil berkata: "Aduh celaka dan sialnya nasibku" Bani Adam diperintah sujud, maka kemudian dia sujud maka baginya syurga, sedangkan aku ketika diperintah sujud aku menolak maka bagiku neraka (HR. Muslim).








loading...

0 Response to "Inilah Teguran Rasulullah SAW Tentang Ketawa Kerana Mematikan Hati Dan Yang Membuat Syaitan Menangis,Takut Dan Ketawa...Kongsikan Kepada Yang Lain"

Post a Comment

loading...
'));