loading...

Ibubapa Mana Tak Sayang Anak?4 Perkara Ini Perlu Kita Tahu Ketika Anak Kena Diarrhea






Lepas je sarapan, terus anak anda keluar masuk tandas tak henti-henti sampai tak pergi sekolah… Berulang sampai 3-4 kali pulak pagi tu. Sebagai ibu mesti kita risau kan? Bila ditanya ada makan sembarangan atau tidak, katanya makan biasa-biasa saja semalam, makanan yang ibu masak dan beli di kantin sekolah. Hairan betul… Apa masalah anak anda sebenarnya?

Haa, ada kemungkinan anak anda mengalami diarrhea! Jangan tak tahu, terdapat banyak sebab yang boleh menyebabkan berlakunya diarrhea termasuklah jangkitan virus, bakteria serta parasit. Ia boleh berlaku selepas makan atau minum benda tercemar.

GEJALA BERBEZA


Ketika mengalami diarrhea, terdapat gejala berbeza bergantung kepada jenis bakteria, virus atau parasit. Secara amnya, diarrhea hadir dalam semua kes dan gejala lain antaranya demam, mual, muntah, kembung dan kekejangan abdomen.

Sekarang, anda boleh nampak yang diarrhea satu penyakit serius lebih-lebih lagi dalam kalangan kanak-kanak. Jangan dibiarkan, takut nanti melarat pula. Cuba baca 4 perkara yang anda tak tahu berlaku pada anak ketika mereka mengalami diarrhea ni. Risau kita dibuatnya…


1. HADIRNYA TOKSIN, VIRUS DAN BAKTERIA BERBAHAYA


Apabila dijangkiti diarrhea, toksin, virus dan bakteria berbahaya akan masuk ke dalam badan. Bagaimana? Mungkin disebabkan oleh tangan yang kotor, makanan atau minuman tercemar dan jangkitan dari haiwan peliharaan. Mungkin juga disebabkan anak anda ada tersentuh najis dari seseorang yang telah dijangkiti (contohnya terpegang lampin kotor).



Selepas itu, anak anda menyentuh mulutnya dengan tangan yang sudah dijangkiti, mudah sekali kuman merebak ke dalam badan. Jangan dilengahkan dan cuba dapatkan ubat anti-diarrhea yang boleh menyekat dan menyahaktifkan bakteria, toksin dan virus seterusnya membuang kesemua itu dari dalam badan melalui najis.

2. KEROSAKAN PADA DINDING USUS


Bakteria, toksin dan virus yang merebak ke dalam badan akan menyerang dinding usus anak anda seterusnya merosakkannya. Dinding usus rosak bermaksud kerosakan villios dan crypt yang membantu dalam penyerapan. Apabila dinding usus rosak, terdapat penurunan dalam penyerapan nutrien.



Biarpun dinding usus rosak mampu pulih sendiri dalam masa 2 minggu, ubat diarrhea seperti diosmectite boleh memberikan lapisan pelindung kepada dinding usus dari keradangan bagi membolehkan ia pulih lebih cepat. Fungsi mucoproteksi dapat membantu mengembalikan penyerapan nutrien seperti sedia kala semasa diarrhea.

3. BERLAKU DEHIDRASI DALAM BADAN


Selain kurang nutrien, air dalam badan mungkin juga akan berkurangan disebabkan oleh diarrhea sehingga boleh menyebabkan dehidrasi kritikal dalam badan.

Apabila dehidrasi terjadi, mereka akan merasa dahaga sepanjang hari dan gelisah kerana kurang air dalam badan. Selain itu, mata dan mulut mereka akan kering dan kurang buang air kecil. Hal ini akan menyebabkan mereka lemah, jika dibiarkan dan menjadi semakin teruk, ia boleh mengancam nyawa!



Jika nampak anak anda mulai lemah, beri dia rehat secukupnya dan minum air secara kerap bagi membantu mengelakkan dehidrasi dalam badan. Beri anak anda minum air yang dimasak (direbus, ditapis atau air yang dimeteraikan secara komersial) adalah lebih baik!

4. SAKIT DI BAHAGIAN ABDOMEN PERUT


Diarrhea kadang-kala disertai dengan sakit perut. Ianya terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya ketakcernaan, keradangan akibat virus, bakteria, jangkitan parasit, alahan makanan, intoleransi laktosa atau penyakit usus.

Sakit perut biasanya boleh berlaku selama dua ke tiga hari. Tetapi, jika gejala ini berlarutan lebih seminggu ditambah dengan loya, muntah dan demam ia mungkin simptom penyakit atau gangguan usus. Anda dinasihatkan untuk dapatkan rawatan daripada doktor secepat mungkin.








loading...

0 Response to "Ibubapa Mana Tak Sayang Anak?4 Perkara Ini Perlu Kita Tahu Ketika Anak Kena Diarrhea"

Post a Comment