loading...

DITUDUH HAMIL LUAR NIKAH, DIPAKSA KAHWIN KONTRAK TAPI RUPANYA BENDA LAIN YANG MEMBESAR DALAM RAHIM!






Tidak datang haid bukan hanya kerana hamil tetapi boleh jadi kerana penyakit pun boleh
Kitaran haid yang tidak menentu bukanlah hanya kerana seseorang wanita itu mengandung tetapi mungkin juga boleh menjadi tanda-tanda penyakit yang tanpa kita sedari berada dalam tubuh badan kita.

Mana tidaknya dengan isu anak luar nikah yang bersepah di luar sana mendatangkan lebih kebimbangan kepada golongan ibu bapa yang kadang-kalanya terlepas pandang akan apa yang berlaku kepada anak-anak mereka.

Tetapi bagi seorang wanita ini dia tidak menyangka bahawa hanya kerana dia tidak datang haid selama dua bulan maka dia telah dituduh oleh keluarganya memalukan keluarga apatah lagi selepas di pastikan oleh doktor bahawa dia sedang hamil lima minggu.

Apa yang membingungkan wanita ini adalah dia tidak pernah terlanjur dengan mana-mana lelaki apatah lagi memiliki teman lelaki jadi bagaimana dia mengandung, dia cuba untuk menerangkan kepada ahli keluarganya tetapi hampa.

Berikut merupakan kisahnya yang telah dia kongsikan di pages Kisah Rumah Tangga mengenai apa yang berlaku kepada dirinya.

Saya sendiri pun tak tahu dari mana nak mulakan cerita saya ini, begini saya berusia awal 20-an dan saya juga baru sahaja lulus degree manakala kehidupan saya biasa-biasa sahaja sehinggalah pada bulan November tahun lalu yang merupakan detik paling pahit bagi saya.

Saya pun tidak tahu mana silap saya sehinggalah saya tidak di datangi haid selama dua bulan menyebabkan ibu bapa saya langsung menuduh saya memalukan keluarga dan terus membawa saya ke klinik bagi membuat pemeriksaan kesihatan.

Selepas melakukan pemeriksaan saya amat terkejut sampai nak pitam apabila di beritahu bahawa saya telah hamil lima minggu sedangkan saya tidak pernah terlanjur dengan sesiapa pun serta miliki teman lelaki pun tidak dan pergaulan saya pun memang saya jaga dengan baik.

Bila jadi macam ini keluarga mula marah serta benci dengan saya dan saya di anggap anak yang hanya memalukan keluarga sebab keluarga saya ini memang dikenali ramai di sebabkan ayah saya merupakan seorang ahli perniagaan terkemuka.

Demi untuk menjaga aib keluarga saya telah dipaksa berkahwin dengan sepupu saya sendiri dan bakal suami saya itu pun bersetuju untuk turut membantu menutup aib keluarga saya.

Pada bulan Januari yang lalu kami tel;ah selamat di ijab kabulkan tetapi dengan cara perkahwinan kontrak iaitu sepupu saya yang sekarang bergelar suami telah di suruh menandatangani satu surat perjanjian sebelum kami berkahwin.

Dalam surat perjanjian terbabit telah dinyatakan bahawa kami akan bercerai pada bulan September iaitu selepas saya telah selamat bersalin dan juga habis pantang.

Selepas berkahwin saya terus mengikuti suami saya menetap di Kuala Lumpur dan untuk pengetahuan semua suami saya ini hanyalah bekerja sebagai budak penghantar pizza di Domino’s Pizza.

Pada awal pernikahan jujur saya katakan memang saya merasa amat tertekan sehingga saya demam selama seminggu tetapi saya bersyukur kerana suami saya ini amat prihatin dengan keadaan saya walaupun kami berkahwin hanya untuk menutup aib.

Suami saya menjaga saya dengan amat baik, malah ketika saya demam dia yang memandikan, mengelap badan saya serta yang telah memasakkan bubur untuk saya dan di mata saya dia amat baik apatah lagi dia seorang yang sangat menjaga solatnya.

Namun begitu ada satu perasaan malu apabila sepupu yang dari kecil cukup dekat dengan kita tiba-tiba dalam sekelip mata bertukar menjadi suami dan sekarang ini pula semua aurat saya dia dah tengok masa dia mandikan saya ketika saya demam.

Tapi boleh pula encik suami ini boleh tenang saja siap cakap dengan saya jangan fikir apa-apa dan anggap saja seperti abang menjaga adiknya, macam tahu-tahu saja apa yang bermain dalam fikiran ini.

Saya selalu menangis mengenangkan nasib saya serta sering kali saya memberitahu kepadanya bahawa saya tidak mengandung dan saya tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk terbabit.

Suami saya hanya akan sekadar mengangguk ketika saya meluahkan perasaan dan dia juga selalu berkata bahawa dia percayakan saya serta suamilah yang selalu memberikan kata-kata semangat ketika saya merasa betul-betul kecewa.

Walaupun kami telah sah bergelar suami isteri namun kami tidak pernah tidur sekatil tetapi sebaliknya kami tidur di dalam bilik yang berasingan cuma sekali saja kami pernah tidur sekatil itupun ketika dia memicit kepala saya ketika saya sedang demam dan kebetulan ketika itu dia baru balik dari kerja mungkin penat sangat sampai tertidur di sebelah saya.

Tetapi cukup sekadar begitu saja kerana kami sememangnya tidak pernah melakukan hubungan intim dan suami juga tidak pernah sekali pun terdetik untuk mengambil kesempatan ke atas diri saya yang sememangnya sah miliknya.

Dua bulan telah berlalu sejak kami berkahwin namun kami tetap menjalani kehidupan seperti pasangan yang janggal mana tidaknya sepupu yang sering mengusik saya di zaman persekolahan dahulu tiba-tiba kini telah bertukar menjadi suami, siapa yang tak janggal kalau dah macam itu gayanya.

Dulu suami yang saya kenali merupakan seorang yang periang serta suka menyakat tetapi selepas berkahwin dia telah bertukar menjadi seorang yang pendiam dan bercakap hanya bila perlu sahaja walaupun ketika sedang makan pun kami jarang sangat berbual.

Saya sekarang ini langsung tidak bekerja dan hanya suami saja yang bekerja tetapi saya pernah terlihat slip gajinya yang menunjukkan gaji bersihnya hanya RM 1,700 sebulan kami pula tinggal di rumah sewa RM500 sebulan.

Dah tolah sewa baki hanya RM1,200, tetapi apa yang membuatkan saya terharu adalah dia tetap memberikan saya nafkah RM500 setiap bulan untuk perbelanjaan saya sendiri manakala baki RM700 itulah yang digunakannya untuk belanja dapur, minyak motor, topup dan duit kopi sementara menunggu gaji bulan hadapan.

Saya tidak tahu macam mana dia uruskan perbelanjaan terbabit tetapi dengan ekonomi sekarang ini kau orang fikirlah sendiri cukup ke untuk tampung belanja sebulan dan apa yang bagusnya adalah suami saya ini tidak pernah mengeluh mengenai duit perbelanjaan yang tidak mencukupi.

Keluarga saya pula lepas kahwinkan kami terus lepas tangan macam itu saja tanpa memperdulikan saya lagi, hanya kakak saya saja yang selalu datang melawat saya di sini.

Satu pagi itu pada bulan April satu kejadian berlaku terhadap saya, saya tak tahu nak gembira atau sedih sebab ketika itu perut saya betul-betul terasa amat sakit dan ada darah yang mengalir dari alat sulit saya dengan kuantiti yang banyak sekali serta dalam fikiran saya hanya ingat saya datang bulan.

Dah jadi macam itu hati saya betul-betul senang kerana itu bermakna saya tidak hamil dan saya telah mengajak suami saya pergi buat medical ckeckup sekali lagi di hospital kerajaan untuk membuat pemeriksaan.

Seperti baru hendak bernafas senang hati tibatiba doktor sahkan saya terdapat tumor di rahim saya dan berkemungkinan penyebab siklus haid saya tidak keluar pada akhir tahun lalu.

Doktor telah menyarankan supaya saya melakukan pembedahan untuk membuang tumor terbabit dan suami juga telah bersetuju bahawa dia akan menanggung pembiayaan pembedahan terbabit dengan menggunakan duit simpanan yang di simpan ketika dia bujang dahulu.

Selepas selesai pembedahan suami telah mengambil cuti selama dua minggu untuk menjaga saya dalam pantang.

Keprihatinan dia terhadap saya telah membuatkan saya jatuh hati dengannya tetapi saya tidak berani untuk meluahkannya sebab takut hanya mendapat malu sahaj jika bertepuk sebelah tangan.

Selepas saya telah sihat seperti biasa tiba-tiba keluarga saya terus datang berjumpa suami dan ayah telah meminta agar kami bercerai lebih awal daripada perjanjian yang telah ditandatangani serta saya disuruh oleh ayah untuk menyambung sertifikat master.

Memang saya mengaku saya amat geram dengan ayah saya yang di lihat hanya mementingkan diri sendiri dan langsung tidak memperdulikan saya malah suami saya juga seakan hanya menurut permintaan pakciknya itu.

Pada bulan Ramadhan yang lalu suami telah unpergi ke pejabat agama untuk urusan perceraian, masa itu memang saya rasa sedih sangat sebab saya dah mula sayangkan suami saya itu dan pada hari raya baru-baru ini saya ada bertanyakan kepadanya adakah betul dia nak bercerai dengan saya.

Suami hanya tertawa sambil berkata bahawa itu adalah perjanjian yang dibuat sebelum berkahwin, walaupun dia ketawa tetapi saya tahu dia pun turut menyembunyikan perasaan sedih untuk berpisah dengan saya.

Mungkin juga kerana ego atau sebab dia tidak mahu bertengkar dengan ayah saya menyebabkan dia sukar untuk meluahkan rasa hatinya itu.

Saya sedih sangat serta tidak mahu bercerai dengannya kerana saya tahu saya tidak mungkin akan berjumpa dengan lelaki sepertinya lagi, ketika tiada siapa pun yang mempercayai saya dia lah satu-satunya insan yang sentiasa memberikan kata semangat serta mempercayai saya.

Saya cuba nak menyelamatkan rumah tangga saya tetapi saya tidak berani untuk meluahkan isi hati saya ini kepadanya takut kalau-kalau dia akan menolak saya.

Sejak hari raya yang lalu saya masih duduk dengankedua orang tua saya dan itu bermakna dah tiga minggu lebih saya tidak balik ke rumah suami manakal suami pula lepas habis sahaja cuti raya terus balik semula ke rumah dia dan bekerja semula seperti biasa.

Mesti semua ingatsuami saya ini tidak berpendidikan bukan sebab hanya bekerja sebagai penghantar pizza tetapi untuk pengetahuan suami saya lebih pandai daripada saya cuma dia tidak suka melakukan kerja dalam pejabat menyebabkan dia memilih kerjaya ini.

Tetapi saya tidak kisah semua itu, tiba-tiba malam tadi dia telah menghantar whatsapp ke telefon saya, mungkin dia telah terbaca luahan saya di facebook.

Suami siap cakap seronok sangat ke dapat banyak like dan seronok ke buat macam ini serta telah menyuruh saya mengemaskan kain baju sebab esok dia akan datang jemput saya balik ke rumah kami dan siap cakap dekat saya macam tak ada rumah sendiri duduk rumah orang lama-lama.

Kalua baca mesej macam itu memanglah rasa sakit hati tetapi nak tak nak saya berkemas juga, esok dia pun datang untuk menjemput saya di rumah keluarga saya dan selepas bersalaman dengan semua ahli keluarga terus sahaja kami bertolak balik.

Sepanjang perjalanan memang dia hanya mendiamkan diri serta nampak betul-betul serius dari kebiasaan yang sentiasa blur dan tenang sahaja.

Sesampai sahaja di rumah lepas Isyak saya terus masuk bilik nak lelapkan mata selepas penat berjalan jauh, tetapi baru sahaja nak lelapkan mata tiba-tiba suami hantar pesanan Whatsapp dekat saya.

Malam itu saya rasa sayalah insan yang paling gembira serta bahagia apabila suami juga turut merasakan apa yang saya rasakan terhadapnya namun perjanjian tersebut masih belum selesai lagi serta kami juga telah di panggil ke pejabat agama untuk lafaz talak.

Suami telah yakinkan saya bahawa dia akan menyuruh mak ngahnya untuk berbincang semula mengenai hubungan kami.

Terima kasih encik suami kerana sudi menerima diri ini, terima kasih juga kepada netizen yang telah mendoakan kami dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas doa-doa kalian.








loading...

0 Response to "DITUDUH HAMIL LUAR NIKAH, DIPAKSA KAHWIN KONTRAK TAPI RUPANYA BENDA LAIN YANG MEMBESAR DALAM RAHIM!"

Post a Comment

loading...
'));