loading...

DEMI PENUHI NAFSU SONGSANG, SUAMI SANGGUP JUAL ISTERI UNTUK LAKUKAN HUBUNGAN ‘FOURSOME’






Lelaki yang bergelar suami selalunya akan memikul tanggungjawab untuk menjadi ketua keluarga. Maka segala tanggungjawab seperti keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri menjadi tanggungjawab utama.

Malang sekali buat isteri keapda lelaki ini di Surabaya apabila suaminya sendiri bertindak jijik apabila sanggup ‘menjual’ isterinya sendiri kepada lelaki lain hanya kerana mahu melakukan hubungan seks secara ‘foursome’.

Memetik laporan dari Tribun News, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Selvin Firnando atau Epin menawarkan isterinya kepada mana-mana individu yang mahu melakukan seks dengan harga serendah RM159.

Pelanggan juga harus menanggung kos untuk menyewa hotel yang menjadikan suaminya ini mencari untung di atas aktiviti sumbangnya itu. Malah, si isteri pula hanya menurutkan sahaja permintaan suaminya itu kerana alasan dia amat menyayangi suaminya itu.

“Semasa melakukan hubungan intim dengan isterinya, suaminya akan merakam aksi mereka dengan telefon bimbit dan suaminya itu mempunyai nafsu yang songsang dan mahu melakukan seks dengan lebih seorang lelaki” kata pegawai polis yang menyerbu aktiviti pasangan tersebut.

Epin juga turut mengaku akan menonton filem lucah terlebih dahulu sebelum melakukan hubungan songsang tersebut bersama isteri dan lelaki lain.

Hasil keuntungan dari ‘menjual’ isteri yang diperolehi oleh Epin akan digunakan untuk perbelanjaan harian. Kegiatan terkutuk itu akhirnya terbongkar apabila pihak berkuasa melakukan serbuan di sebuah hotel di Surabaya.

Dalam operasi itu, polis menahan Epin, isteri dan dua orang lelaki lain yang berada di dalam bilik yang sama. Polis turut menyita sejumlah wang bernilai lebih 1 juta rupiah, kondom serta telefon bimbit.

Isteri yg sakiti hati suami dikira berdosa... Suami yg sakiti hati isteri pun kira berdosa... Iaitu berdosa dengan Allah, kerana tidak menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan...

Menjaga hati isteri dikira sebagai nafkah batin... Nafkah batin bukan hanya hubungan kelamin, tetapi termasuk juga menjaga rohani, kesihatan mental dan kesihatan emosi. Suami wajib beri nafkah batin ni, begitu juga isteri wajib tunaikan nafkah batin suami...

Suami hargailah dan jagalah isterimu... Memang susah nak faham isi hati perempuan... Tambah bila emosi yg sering berubah, tetapi ingatlah pengorbanan yg telah isterimu lakukan...

Seorang isteri tidak makan selagi suaminya tak makan...
Seorang isteri tinggalkan segala kepentingan diri, demi abdikan diri kepada suami untuk mencari redha Ilahi...

Hargailah isteri, kerana isteri adalah ibu anak-anakmu... Isterimu sama saja macam ibumu... Punyai rasa yang sama... Hargailah dan jagalah serta hormatilah isterimu... Selagi ia masih ada...

Firman Allah

Lelaki itu pemimpin bagi perempuan dengan apa-apa yang Allah telah lebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain, dan lantaran lelaki itu telah memberikan nafkah dengan harta mereka. Perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang setia dan menjaga diri di belakang suami akan apa-apa yang disuruh Allah menjaganya.

(An-Nisak:34)

NAFKAH

Si suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kepada si isteri iaitu: makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal.

Firman Allah

“Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik.”

(Al-Baqarah:233)

Suami juga hendaklah memberikan wang yang secukupnya kepada si isteri supaya ia boleh membeli keperluan rumahtangga. Untuk pakaian pula, si isteri berhak untuk pakaian yang sesuai mengikut keadaan dan kemampuan si suami. Si isteri juga berhak untuk mendapatkan tempat tinggal yang selesa, selamat dan sekurang-kurangnya mempunyai keperluan yang minimum. Nafkah anak-anak juga adalah tanggungjawab suami. Menurut Rasulullah, memberi nafkah kepada anak dan isteri sama hukumnya dengan orang yang berjihad ke jalan Allah. Suami haruslah ikhlas, walaupun kepenatan kerana apa yang dilakukan adalah ibadah.

Untuk keperluan batin pula, si suami hendaklah memenuhi keperluan isteri tanpa mementingkan diri sendiri.

PENDIDIKAN

Pendidikan agama sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita perlulah sentiasa memperbaiki diri kita yang serba kekurangan ini. Dalam sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggungjawab memberikan nasihat dan pengetahuan serta pengajaran hukum Islam dalam hal-hal fardu ain kepada isteri dan anak-anak. Oleh sebab itu, suami perlulah melengkapkan dirinya dengan pendidikan agama supaya ia dapat mengajar isterinya.

Dengan memberi panduan kepada isteri tentang pendidikan agama ini, tentulah ia akan mengelakkan keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang disebabkan oleh kejahilan tentang hukum-hukum agama. Suami hendaklah memastikan bahawa isteri mempunyai pendidikan agama yang mencukupi dan menggalakkannya menjalankan ibadat-ibadat sunat dan sebagainya.

PELINDUNG

Si suami juga bertanggungjawab memberi perlindungan, penjagaan dan kegembiraan kepada si isteri. Isteri adalah amanah Allah, maka sudah tentu si suami hendaklah menjaganya serta menggembirakan hatinya. Hendaklah si suami memastikan bahawa si isteri sentiasa berasa senang tanpa rasa susah hati dan sengsara:

Tempatkanlah mereka (perempuan-perempuan yang idah) di tempat kediaman yang sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah menyengsarakan mereka untuk menimpakan kesusahan kepada mereka.

(at-Talaq :6)

Menurut ayat di atas juga, suami bertanggungjawab menyediakan kediaman (yakni perlindungan) kepada si isteri. Suami hendaklah memastikan bahawa keselamatan si isteri adalah terjamin. Perempuan adalah kaum yang lemah, oleh sebab itu, sebagai kaum yang berdaya, suami hendaklah menjaga si isteri daripada sebarang bahaya. Untuk mencapai kebahagiaan dalam rumahtangga, rasa cinta dan kasih sayang perlulah wujud antara suami isteri. Suami hendaklah memberikan kasih sayang kepada si isteri dengan menjaga hatinya dan melayannya dengan baik.

Suami hendaklah memastikan bahawa hati si isteri tidak terluka dengan sikap si suami. Jika si isteri melakukan sesuatu perkara yang kurang disenangi oleh suami, maka si suami hendaklah bersabar dan beralah dengannya asalkan ia tidak merosakkan peribadi si isteri dan si isteri tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam Islam.

Sabda Rasulullah SAW:

Whoever of you whose wife behaves in a disagreeable manner and he responds by kindness and patience, God will give him rewards as much as job will be given for his forbearance.

Untuk memastikan bahwa si suami dapat bersabar dengan karenah si isteri, si suami hendaklah mempunyai sikap memahami dan memaafkan. Ini adalah perlu supaya tidak terjadi perbalahan sesama sendiri walaupun punca masalah yang timbul adalah kecil sahaja. Si suami hendaklah bersabar dengan keletah si isteri, bertimbang rasa, dan memahami penderitaan yang ditanggung oleh si isteri ketika hamil, melahirkan anak dan mengasuhnya. Pada ketika inilah si isteri kadang-kadang bertindak mengikut perasaan. Oleh sebab itulah pada ketika ini, si suami hendaklah melayan si isteri dengan baik dan lemah lembut. Janganlah kerana perkara yang kecil sahaja maka si suami menengking si isteri itu. Akibatnya, rumahtangga akan menjadi goyah.

Jika terdapat kecacatan secara fizikal atau sebagainya, si suami hendaklah merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai. Apa-apa tanda yang terdapat pada tubuh si isteri, adalah menjadi amanah kepada si suami merahsiakan segalanya kerana ia boleh mengaibkan si isteri jika dihebohkan. Kita perlulah mengasihi semua anggota keluarga kita. Setelah berkahwin, semua ahli keluarga pihak si isteri akan menjadi keluarga pihak si suami. Oleh sebab itu, si suami hendaklah menyayangi keluarga pihak si isteri seperti keluarganya sendiri.

MELAYAN & MENGGAULI ISTERI DENGAN BAIK
Gurauan adalah perlu dalam perhubungan suami isteri kerana ia boleh merapatkan lagi perhubungan mereka. Ia juga merupakan salah satu cara untuk merehatkan badan dan pemikiran. Suami hendaklah menggembirakan hati si isteri apabila berehat dengannya dengan berjenaka secara sederhana. Apabila menggauli si isteri, suami hendaklah melakukannya dengan lemah lembut, sopan santun dan tidak zalim.










loading...

0 Response to "DEMI PENUHI NAFSU SONGSANG, SUAMI SANGGUP JUAL ISTERI UNTUK LAKUKAN HUBUNGAN ‘FOURSOME’"

Post a Comment