loading...

‘Chicken Pox’ Kering Dalam 7 Hari, Ibu Ini Kongsi Tips Dan Cara Penjagaannya






Chicken pox yang dikenali sebagai cacar air berpunca oleh virus Varicella dan ia amat mudah berjangkit. Biasanya ia berlaku pada kanak-kanak, namun ia juga boleh terjangkit kepada semua peringkat umur.

Bila anak kecil terkena chicken pox, mereka memang mudah merengek disebabkan tidak selesa. Kalau tak kena cara, habis satu badan cepat merebak dek kerana asyik menggaru. Makin lambatlah pula ia sembuh kalau begitu.

Dalam artikel kali ini, kami berbesar hati kerana Puan Elly Chong sudi berkongsikan cara penjagaan anaknya, Noah yang baru saja dijangkiti chicken pox baru-baru ini. Alhamdulillah, dalam masa 7 hari saja semua kesan bintik-bintik merah dah kering.

Jom ikuti perkongsian ini selengkapnya.

PENGALAMAN & TIPS PENJAGAAN ANAK SEMASA DIJANGKITI CHICKEN POX / CACAR AIR
Minggu lepas Noah kena chicken pox. Alhamdulillah chicken pox Noah dah baik, 7 hari je dah kering semua.

Ramai ibu yang mesej bertanya Elly macam mana jaga Noah selama Noah kena chicken pox. Jadi, di sini Elly kongsikan sedikit tips dan petua yang Elly amalkan sepanjang 7 hari tersebut.

Mula-mula masa hari pertama kena, Elly memang dah panik. Pagi tu kami terus bawa Noah pergi jumpa doktor dan sahkan ia memang chicken pox / cacar air. Jadi, doktor bagi ubat makan antiviral (untuk elakan daripada merebak) dan juga ubat sapu untuk hilangkan gatal.

Selain menggunakan ubat yang doktor bagi, Elly nak share tips penjagaan khusus yang mungkin dapat mempercepatkan proses penyembuhan chicken pox:

1. KERAPKAN MANDI
Mandi air suam saja, tak perlu letak sabun ya. Sebab kadang-kadang sabun boleh menyebabkan keradangan / gatal pada kulit.

anak demam campak chicken pox

2. DAUN SEMAMBU / NEEM LEAF
Ini petua daripada mak Elly. Ambil segenggam daun semambu dan blend sampai hancur. Lepas mandi nanti tempek pada blister atau luka-luka / bintik merah tu. Biarkan kering. Amalkan setiap hari. Insya Allah luka akan cepat kering.

Satu lagi cara adalah ambil daun semambu dan masukan dalam tab mandi anak. Biar anak berendam dalam air suam serta daun semambu. Daun semambu memang mujarab untuk hilangkan kegatalan dan mempercepatkan proses pengeringan chicken pox.
Kalau rajin, boleh ambil daun-daun semambu untuk dibuat lapik tidur anak. Caranya, letakkan daun semambu dalam kain batik dan gunakan sebagai tempat lapik tidur anak. Mudah-mudahan anak akan lena sepanjang malam tanpa rasa gatal-gatal.




Beginilah rupa daun semambu

3. AIR KELAPA
Untuk anak-anak yang berumur setahun ke atas, boleh bagi minum sedikit air kelapa. Air kelapa boleh membantu sejukkan badan. Selain itu, ia dipercayai dapat keluarkan bintik-bintik ruam chicken pox dalam badan dengan lebih cepat.

4. PASTIKAN KUKU PENDEK
Pastikan kuku anak sentiasa pendek dan bersih. Sebab luka chicken pox memang gatal dan miang. Tambahan pula anak kecil memang cepat sangat tangan mereka ‘merayap’ nak menggaru.

Untuk bayi bawah 1 tahun, Elly cadangkan pakai mitten / sarung tangan untuk elakan mereka menggaru bintik-bintik ruam chicken pox.

anak demam campak chicken pox

5. MINUM AIR YANG BANYAK
Air, air, air. Memang ‘wajib’ minum banyak air untuk elakkan dehidrasi. Dehidrasi boleh melambatkan proses metabolisme dalam badan.

6. PANTANG MAKAN
Kalau boleh, kita kawal pemakanan anak pada waktu-waktu begini. Paling penting, kurangkan makanan bergula sebab gula akan menurunkan tahap imunisasi anak.

Lebihkan sayuran, makanan bersup, dan elakkan makanan yang menyebabkan miang / gatal / alahan. Contohnya seafood, ayam, telur, ikan masin / bilis. Sekejap saja pantang makan. Lepas dah baik nanti bolehlah makan semula.

7. KUARANTIN
Adalah lebih baik jika kita boleh kuarantinkan anak kita supaya dapat mengelakkan daripada chicken pox berjangkit. Sekiranya ada bayi kecil atau adik-beradik yang lain, seeloknya kita asingkan mereka sebab ia mudah berjangkit.

SEMOGA BERMANFAAT!
Itulah sedikit sebanyak pengalaman dan perkongsian Puan Elly tentang cara penjagaan anaknya semasa diserang chicken pox. Insya Allah anda juga bolehlah amalkan tips-tips dan petua ini untuk anak-anak kalau ada yang terkena cacar air / chicken pox.

Apapun, jangan lupa dapatkan nasihat doktor sekiranya berlaku sebarang komplikasi atau masalah yang merisaukan pada anak sepanjang proses penyembuhan.

Feel free to share, semoga ia dapat membantu mereka yang sedang berikhtiar untuk anak-anak.








loading...

0 Response to "‘Chicken Pox’ Kering Dalam 7 Hari, Ibu Ini Kongsi Tips Dan Cara Penjagaannya"

Post a Comment

loading...
'));