loading...

Baitulmaqdis telah menjadi ibu negara Israel selama 3,000 tahun – Benjamin Netanyahu






Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendakwa, Baitulmaqdis telah menjadi ibu negara Israel sejak 3,000 tahun lalu dan menggesa rakyat Palestin menerima dan menghadapi ‘realiti’ itu.
Kata Netanyahu, Baitulmaqdis tidak pernah menjadi ibu negara mana-mana pihak lain.
“Anda boleh baca dalam buku bertajuk ‘Bible’, baca sejarah komuniti Yahudi melalui diaspora kami. Mana lagi ibu negara Yahudi kalau bukan di Baitulmaqdis?
“Lebih cepat rakyat Palestin menerima ‘realiti’ ini, lebih cepat kita akan menuju keamanan,” tegasnya.
Netanyahu berkata demikian berikutan protes umat Islam terhadap keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump yang mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Pengisytiharan itu telah menyebabkan banyak pihak yang membuat protest bantahan di seluruh dunia.
Sementara itu, jurucakap Naib Presiden AS, Mike Pence mengkritik pihak berkuasa Palestin dan Presidennya, Mahmoud Abbas, yang menolak untuk bertemu semasa lawatannya ke rantau tersebut.
Di Mesir, para ulama Islam dan Kristian juga turut membatalkan rundingan berjadual dengan Pence sebagai tanda protest terhadap AS.
Timbalan Presiden Persatuan GUaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Salkukhairi Abd Sukor, menyarankan Malaysia memutuskan hubungan diplomatik dengan AS sebagai langkah drastik membantah keputusan Donald Trump.

“Disebabkan Trump telah dengan terang-terangan melakukan pelanggaran terhadap undang-undang antarabangsa, ia alasan yang kukuh bagi negara-negara umat Islam di dunia untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Amerika.
“Langkah itu tidak akan menjejaskan ekonomi negara Islam kerana masih banyak lagi negara dunia yang tidak mengiktiraf Israel untuk dijadikan rakan diplomatik,” katanya.


ZIONIS TERUS MENGGANAS SELEPAS PENGUMUMAN TRUMP

Lebih 1,300 orang cedera dan empat terbunuh susulan bantahan pengisytiharan haram Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Penyelaras Media Aman Palestin di Gaza, Hamza Deirawi berkata, di Semenanjung Gaza,

rakyat Palestin menganjurkan bantahan sebaik pengisytiharan Rabu lalu sehingga berlaku ketegangan.
"Ada yang menaiki kenderaan menuju ke zon penampan iaitu kawasan antara Semenanjung Gaza dan sempadan dikuasai Israel, sehingga membawa kepada pertempuran.

Pada keesokan hari, jet Israel mensasarkan beberapa kawasan di Semenanjung Gaza sehingga menyebabkan tiga rakyat Palestin terbunuh dan mencederakan lebih daripada 30 yang lain.

"Sehingga kini di wilayah itu sahaja, empat terbunuh dengan lebih 200 rakyat Palestin cedera," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Di Baitulmaqdis dan Tebing Barat, rakyat Palestin menyuarakan kemarahan mereka sebaik selesai solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa dan berarak ke tempat pemeriksaan dikuasai rejim Zionis.

Susulan itu, rejim Yahudi mengerahkan tenteranya ke seluruh Baitulmaqdis dan Tebing Barat serta mula mengganggu serta menyerang penunjuk perasaan secara ganas dengan menembak peluru hidup, peluru getah dan gas pemedih mata.

"Jumlah kecederaan di seluruh tempat sehingga kini sudah melebihi 1,300 orang termasuk di Semenanjung Gaza selepas rakyat menunjukkan kemarahan mereka terhadap tindakan Trump.

"Hamas kemudian menyeru kepada Intifada atau pemberontakan terhadap keputusan ini yang dinamakan sebagai "Al-Quds Intifada"," katanya.

Hamza berkata, Presiden Palestin Mahmoud Abbas dalam ucapannya sebelum ini berkata, tindakan Trump itu telah membunuh operasi damai di Timur Tengah.











loading...

0 Response to "Baitulmaqdis telah menjadi ibu negara Israel selama 3,000 tahun – Benjamin Netanyahu"

Post a Comment

loading...
'));