loading...

Amalan Dan Dzikir Yang Boleh Diamalkan Untuk Menghilangkan Kepenatan Setelah Melaksanakan Tugas Seharian






Bagi mengatasi kepenatan semasa  melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri
kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya
Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya
kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.

Saidina Ali berkata :


“Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang.
Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu.”

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan
hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu
tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w.
tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.
Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.

Baginda s.a.w. berkata:


“Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik
daripada apa yang kamu minta daripadaku?                                 Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,                     bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali,
bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan                                            bertakbir (Allahuakbar) 33 kali.

Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.”

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada
anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan
kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w.
ini.

Katanya “Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku.”

AAlangkah baiknya amalan ini dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca ‘Subhanallah’ (33 kali), ‘Alhamdulillah’ (33 kali)
dan ‘Allahuakbar’ (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya Allah – Allah dari petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun” (Sabda Rasulullah SAW)

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati
Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat
kemenangan yang besar.”

Kisah Ali bin Abi Talib dan Fatimah Az Zahrah.

Sesungguhnya, sewaktu Ali bin Abi Talib berkahwin dengan Fatimah Az Zahrah, hidup mereka memang diselubungi dengan keadaan yang serba dhaif. Cuma berbekalkan selimut, bantal, penggiling gandum, dua gelas dan beberapa botol minyak wangi saja.

Tidak ada satu pun perabot yang berharga di dalam rumah itu. Bahkan kerana kemiskinannya, Ali tidak mampu menggaji pembantu untuk membantu pekerjaan isterinya yang berat itu.

Akhirnya pada suatu hari.

Berkatalah Ali kepada Fatimah,"Kau begitu penat wahai Fatimah. Tidak sanggup hatiku melihatmu. Kiranya Allah telah mendatangkan beberapa tawanan. Cubalah kau minta satu untuk membantumu di sini."

Kesudahannya, dengan berat hati Fatimah menemui ayahnya.

"Kenapa kau wahai puteriku?" tanya Rasulullah SAW kehairanan.

"Tidak ada apa-apa wahai ayahku. Aku hanya ingin memberi salam."

Sesungguhnya, Fatimah teramatlah malu dan segan mahu mengutarakan keinginannya. Lalu, melangkahlah Fatimah pulang kembali kepada suaminya dengan hati yang berat.

Ali yang benar-benar kasihan melihat isterinya, mengajaknya kembali menemui Rasulullah SAW. Kali ini, Ali sendiri yang menyampaikan hajatnya sedangkan Fatimah cuma tertunduk malu.

"Demi Allah, tidak! Aku tidak akan memberi kamu satu pun. Tawanan itu sudah aku jual untuk memberi makan para ahli Suffa yang kelaparan dan ada 80 orang." jawab Rasulullah SAW menolak permintaan mereka.

Akhirnya.

Mereka berdua pun melangkah pulang setelah menyampaikan maaf dan rasa terima kasih. Namun begitu, sesungguhnya permintaan mereka itu telah mengetuk hati nurani Rasulullah SAW akan penderitaan mereka berdua.

Malam itu, Rasulullah SAW singgah ke rumah mereka.

"Mahukah kamu aku ajarkan sesuatu yang lebih baik dari permintaan kamu siang tadi?" tanya Rasulullah SAW dengan lembut.

"Tentu saja kami bersedia, ya Rasulullah SAW." jawab mereka serentak.

"Ini aku terima dari Jibril a.s. Setiap kali kamu selesai solat bacalah tasbih sepuluh kali, tahmid dan takbir juga sepuluh kali. Kemudian, ketika akan tidur bacalah tasbih, tahmid dan takbir masing-masing 33 kali." kata Rasulullah SAW.

Sesudah itu.

Rasulullah SAW pun bergerak pergi setelah mengajarkan kalimat untuk membekali mereka menghadapi kelelahan dan kepenatan. Tiga puluh lima tahun kemudian, Ali kemudiannya mengakui kemujaraban doa tersebut.

"Demi Allah, benar-benar mujarab. Setelah Rasulullah SAW mengajarkan itu kepada kami, kami tidak pernah sekejap pun meninggalkan doa itu hingga sekarang." kata Ali kepada para sahabatnya.











loading...

0 Response to "Amalan Dan Dzikir Yang Boleh Diamalkan Untuk Menghilangkan Kepenatan Setelah Melaksanakan Tugas Seharian"

Post a Comment

loading...
'));