loading...

Al Fatihah, Bacaan Solat Paling Dahsyat






Al Fatihah adalah bacaan solat yang amat dahsyat. Dalam fiqih tuntunan shalat, Al Fatihah merupakan bacaan shalat yang bersifat rukun. Teristimewa, Allah akan menjawab pada setiap ayat yang kita baca. Luar biasa, bukan ...? :-)

Buktinya? Ini dia, firman Allah dalam hadis qudsi:

Nabi SAW bersabda, "Allah SWT berfirman: Sembahyang itu Kubagi dua antara Aku dan hamba-Ku. Untuk hamba-Ku ialah apa yang dimintanya.

Apabila ia mengucapkan Alhamdulillahi rabbil alamin, Aku menjawab: "Hamba-Ku memuji-Ku".

Apabila ia mengucapkan Arrahmaanirrahiim,
maka Aku menjawab: "Hamba-Ku menyanjung-Ku".

Apabila ia mengucapkan Maaliki yaumiddiin,
maka Aku menjawab: "Hamba-Ku mengagungkan-Ku".

Apabila ia mengucapkan Iyyaka nabudu waiyyaaka nastaiin,
maka Aku menjawab: "Inilah bahagian-Ku dan bahagian hamba-Ku, dan untuk hamba-Ku apa yang dimintanya".

Apabila ia mengucapkan Ihdinashirratal mustaqim, shiratalladzina an'amta alaihim ghairil maghduubi alaihim waladhaalin, maka Aku menjawab:
"Inilah bahagian hamba-Ku, dan untuk hamba-Ku apa yang dimintanya" (HR Muslim).

Sungguh luar biasa, ternyata Allah terus menjawab bacaan solat kita ... Terungkap sudah rahsianya, mengapa Rasulullah membaca Al Fatihah ayat-demi ayat (tidak menyambungnya), sebagaimana dikatakan dalam hadits: "Kemudian beliau SAW membaca Al-Fatihah, beliau memenggalnya ayat demi ayat ... "(HR Abu Dawud).

MEMBACA AL FATIHAH DALAM SOLAT, CARA BACAANNYA, DALIL DARI HADIS RASULALLAH SAW.
April 3, 2010 at 11:01am
Sambung dari MS : 40.
03.04.2010.

MEMBACA AL FATIHAH DALAM SOLAT.

Ramai orang islam tahu dan pandai membaca Al Fatihah ,sebab telah di ajar dari kecil lagi oleh ibu bapa kita atau ustaz kita. Kebanyakannya telah menghafal dari kecil lagi. Apabila di suruh solat dengan membaca Al Fatihah (salah satu rukun solat) maka mudahlah baginya bersolat. Sampailah umur kita sudah remaja,dewasa dan tua kita tahu bahawa Al Fatihah rukun solat yang tidak boleh ditinggalkan , kita cari dan kita baca buku berkaitan dengan solat kebanyakannya menceritakan “rukun solat” ada tiga belas,salah satunya membaca “Al Fatihah”.Itulah kebanyakan buku buku tentang solat (MUNGKIN).

Jadi apalah salahnya apabila umur kita meningkat, kita tingkatkan juga ilmu pengetahuan kita berkaitan solat, sebab solat ini sangat penting dalam ugama islam, solat tiang ugama, solat mesti (wajib) ditunaikan dalam apa keadaanpun (sebagaimana telah diterangkan sebelum ini ). Maka kita harus tahu mengapa wajib membaca Al Fatihah,bagaimana cara bacaannya dan apakah dalilnya.
Semuanya itu berdasarkan Hadis Rasulallah SAW kerana secara detailnya (menyeluruhnya) solat banyak di terangkan oleh hadis Rasulallah SAW.

Didalam Al Quran hanya di sentuh secara umum sahaja.Rasulallah SAW bersabda,mafhumnya “ Aku tinggalkan kepada umatku dua pekara, Quran dan SunnahKu (Hadis) ,sesiapa yang berpegang kepada kedua duanya insya Allah tidak akan sesat”.

Oleh itu mari kita selongkar, kita gali mengapa membaca Al Fatihah itu diwajibkan didalam solat, bukannya susah sangat untuk tahu, kita tidak perlu membaca dan mengingatkan hadis hadis semasa kita solat , dengan mengetahui akan sebab dan puncanya kita lebih khusu’ ,menjadikan kita beramal dengan ada ilmu (kita tahu apa yang kita amalkan) , tidaklah kita jadi orang yang beramal hanya sebagai “Pak Turut” sahaja.

Ayoh mari kita mulai ,MUDAH saja sebab ISLAM ITU MUDAH, semoga kita beroleh rahmat dari Allah SWT,Amin.

Membaca Fatihah wajib didalam solat samaada solat fardu atau solat sunat telah dinyatakan dalam banyak hadis ,diantaranya:-

1. Dari Saad Bin Abu Said ,Abu Hurairah: Sabda Rasulallah SAW:
[Mafhumnya] ” …Bacalah apa yg mudah dari Al Quran selepas membaca Al Fatihah…”
[Hadis ini panjang, disunting sebahagian sahaja]
(Sohih Bohari:Jld 2:MS 217)

2. Hadis “Atha’ RA:Sabda Rasulallah SAW:” …Al Fatihah sudah cukup”
[Sebahagian hadis sahaja dari hadis yang panjang]
(Sohih Muslim:Jld 1:MS 198.no351)

3. Dari Ubadah Bin Shamit RA bahawa Nabi SAW bersabda:”Tidak ada solat bagi orang yang tidak membaca Al Fatihatil-kitab”
(Hadis riwayat Jamaah:Fikih Sunnah:Sayid Sabiq:Jld 1:MS290)

4. Sabda Rasulallah SAW: “ Tidak sah solat bagi sesaorang yang tidak membaca Al Fatihah”
(Hadis riwayat Al Bukhari dalam sahihnya 2/190,Abu Daud 1/130/131).

Diriwayatkan dari dari hadis Ummu Salamah- Bahawa ia (Ummu Salamah) ditanya tentang bacaan Rasulallah SAW ketika solat,Ia menjawab,”Baginda membaca ayat ayat Al Quran dan berhenti tiap tiap ayat”.
(Edisi Lengkap:Sifat Solat Nabi: Syikh Muhammad Nashiruddin Al Albani:MS360).

Abu ‘Amir mengatakan :”Rasulallah SAW membaca Al Fatihah secara perlahan lahan”
(Ibid:MS363).

Rasulallah SAW membaca surah Al Fatihah dan berhenti pada setiap ayat:
“Bismillahi Rahmanir Rahiim” –berhenti- “ Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin”-berhenti-
Baginda berhenti seketika setiap satu ayat (tujuh ayat) hinggalah seterusnya sampai akhir ayat .
(Mafhum dari riwayat hadis Ummu Salamah dan tarjihnya disebut juga dalam Al Irwa’-no343)

Rasulallah SAW memanjangkan suara setiap huruf “madd” (bacaan yang harus dipanjangkan bacaannya)
(Al Baihaqi meriwayatkannya (2/44) –Sifat Solat Nabi:MS364).

KESIMPULAN:

Dari hadis hadis diatas jelas bahawa wajib membaca surah Al Fatihah didalam solat fardu atau solat sunat.Rasulallah SAW membaca Al Fatihah dengan teratur iaitu membaca dengan perlahan (tidak membaca dengan cepat atau deras), Baginda juga membaca dengan berhenti pada setiap ayat (bermakna tujuh kali berhenti pada tujuh ayat Al Fatihah). Baginda membaca dengan tajwid, iaitu memanjangkan suara pada tempat yang harus dipanjangkan bacaan.

Nah ! sekarang baru kita tahu begitu rupanya, selama ini pun kita tahu ,tapi mungkin tidak tahu hadis yang berkaitan dengannya, sebab sesuatu amalan dalam islam ini misti berdasar kan Al Quran dan sunah (hadis), itu sahaja MUDAH kan?








loading...

0 Response to "Al Fatihah, Bacaan Solat Paling Dahsyat"

Post a Comment

loading...
'));